Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Sunday, July 3, 2016

KATA PUTUS

Bismillah.

|Selamat Hari Raya|

Satu topik yang dah lama hangat tapi aku je yang lambat hangatkannya. So masih belum terlambat untuk aku hangatkan balik kan?

Banyak ucapan tahniah wa takziah yang aku dapat atas berita baik and khabar angin yang aku akan fly untuk sambung belajar. Alhamdulillah.

Dan ramai yang ingat aku fly untuk ambik course medik. Ehe. Ye la, mana taknya angan-angan aku sebelum ni bukan main menggunung tinggi lagi nak jadi doktor pakar sakit puan TAU! hahaha

Tapi tapi.. macam gatal je jari ni nak menaip segala kisah belakang tabir hidup aku.

Begini. Al-kisahnya bermula pada tanggal 2015 . tit . tit . tit

*****

Pada tarikh yang aku tak pasti bila, satu persoalan yang belegar-legar di fikiranku. Naluriku terusik akan sesuatu. Apakah? Apakah?

Haa. Entah kenapa tetibe tanpa diduga, tup. Aku musykil nak ambik medik ke bahasa arab. Suddenly! Tapi benda ni aku rasa mungkin dari tahun lepas kot duk dalam otak ni maybe baru tahun ni sempat perasan benda ni.

Benda tu singgah sekejap je. Aku boleh dikatakan anak harapan family jugakla. Ummi nak sangat tengok aku jadi doktor at the same time aku pun nak sangat sarung baju doktor tu and gantung steteskop kat leher. Nah! Kuat berangan kan? hehe



Dipendekkan kisah. Akhir tahun lepas aku ada join program Karnival Lepasan Sekolah (KLS). Aku ada tertarik dengan pameran pameran yang dianjurkan pasal masa depan semua ni la. Aku ke booth iMedik. Not bad. Then, ke booth syariah. So, dengar punya dengar dia punya penerangan tu, aiseymen macam minat tu ada. Ok, benda ni tak berhenti sampai program tu je. 

Bila balik tu and lepas dapat result SPM aku terus isi segala benda yang berkaitan dengan masa depan aku semua ni la. Pastu pastu, aku tertarik nak isi kelayakan ke timur tengah under KPT. Tapi yang tu cuma sekadar kelayakan sahaja, bukannya mampu kalau layak pun. Kalau nak pergi kena tanggung sendiri la. And aku layak. Ok. Sampai situ je. 

Suatu hari, aku mengorak langkah ke pejabat seseorang yang cukup cukup arif tentang NLP ni. Aku cuma nak teman si sahabat je, tak tahu plak yang aku mesti terjebak sekali dalam soal siasat masa depan ni. Then sampai turn aku, tetibe aku musykil 

"Saya tegas nak jadi doktor pakar sakit puan. Tapi.. saya berminat dalam bahasa arab. Acaner tu?"

Tak pasal-pasal kena gelak dengan orang je. Macam detektif. \gila aku nak kena jawab semua soalan tapi aku stuck tetibe and taktahu kenapa. Yaang pasti aku macam tak nampak je yang masa depan aku. 

Oh ya, detektif yang soal siasat aku tu salah sorang motivator masa program KLS tu. 

Then, bila dia kata dia nak aku decide masa depan aku sebelum keluar dari pejabat dia, Otak aku terus mengapu. Tanpa dapat kesan punca sebenar, aku main redah je kata doktor tapi dalam masa yang sama hati aku berat. Gimana ya? 

Aku tak banyak fikir pun pasal benda ni. Aku buat istikharah and teruskan istikharah.

Sampaila aku dapat tawaran usim and runding punya runding jalan nak ke medik tetibe aku dapat call dari KPM yang diorang nak taja aku untuk sambung bahasa arab di jordan. Aku terus terima tanpa banyak soal. Ummi Abah and family sokong keputusan aku. 

*****

Maka melesetlah segala impian and cita-citaku yang pernah aku bina waktu kecil-kecil dulu. Doktor.

Aku yang akan datang bukanlah aku pada masa lalu. InshaAllah future pendidik to be. Semoga mendapat taraf murabbi and bermanfaat di dunia untuk mendapat syafaat di akhirat. Tembakan doa untuk diri ini. 

So, nasihat aku gunakan setiap peluang nikmat hidup yang Allah tebarkan kat bumi ni. Setiap orang Allah dah atur jalan cerita hidup masing-masing. Allah nak tengok samada kita ingat atau sedar akan kewujudanNya. 

Unik. Tu yang aku dapat simpul daripada kekuasaan Allah tehadap kisah hidup aku. Semua yang Dia atur ada hikmah yang tersembunyi. Tunggu masa untuk gali and korek sampai dapat lihat hikmah je. 

And aku terbaca satu benda

Bila kita dapat peluang untuk berhijrah and lihat dunia luar. Pergilah. Tak perlu berfikir panjang kerana tercalit hikmah di setiap langkah kita dalam bermujahadah kepadaNya. Tak perlu khuatir kerana Allah sentiasa bersama orang-orang soleh.

Tak perlu fikir fikir lagi. Ada peluang tunggu masa then fly! Bebaskan sayapmu dan bermujahadahlah karna Syurga tidak mudah utuk dimiliki. 



سيروا على بركات الله
 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude