Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Tuesday, August 16, 2016

TAUTAN HATI YANG TULUS

Bismillah.

| 8-12 Ogos 2016 |

Tarikh keramat yang takkan luput dalam ingatanku. 
Yang mengajar aku erti sebuah realiti hidup.

Sebelum 

Ramai yang beranggapan Kem Biro Tatanegara ni tempat brainwash la, promote kerajaan la and bla bla bla. Aku pun fikir benda sama. Aku terpengaruh dek coretan-coretan blog yang pernah aku baca pasal kem ni. And sudah semestinya akan menyiasat dulu sebelum ke kem. Ala-ala CSI gittu.

Pada awalnya aku memang tak tahu yang akan join program macam ni. Aku salah sorang hamba Allah yang suka je dengar kalau ada kem-kem macam ni. Konon ada aktiviti lasak.

Lalu ku atur langkahku satu persatu. Ku capai backpack ku yang hampir lusuh warnanya dek kerana dimamah sang mentari. Uhuk! Lantas ku packing barangku sepertimana yang telah tercatat pada kertas kosong.

Semasa 

Punyala tak sangka. Jauh jugak tempat kem ni. Aku duk main pusing2 highway dalam sejam kot. Ujian betul la waktu tu. Dalam kul 3 pagi baru boleh lena. Tu pun tak sempat nak mimpi yang indah-indah.

Disana, punyai latar belakang yang berbeza dan perspektif yang berbeza. Dari tempat yang berbeza untuk menggarap ilmu yang sama sepertiku. Ramai manusia mula membanjiri dewan. Awal-awal ni lek je, takde yang menarik pun. Duk taklimat je la. tadah telinga puas-puas.

And time semasa ni jugak la. Terlampau banyak moment moment yang secara tak sengaja di create bersam dengan budak-budak yang entah datang dari ceruk mana. Ops! Ter over plak ayat aku malam ni. Dari awal slot bersama sampai akhir memang letop letop gitu ah. No comment

Memang macam dah kenal lama. Masing-masing macam dah kenal hati budi. Tapi aku tak tunjuk semua lagi la perangai aku. Eh ye ke?

Dan bila suruh taaruf tu la dapat kenal sorang-sorang punya pros and cons dorang included me. Taaruf macam biasa je. And memangdangkan aku sorang je yang fius loghat kat otak ni takleh nak bertukar, aku hentam je la cakap dalam loghat kelantan tu. Dorang punya gelak, fuh fuh cam tak ingat dunia. Hahaha. Maaf untuk itu.

Tapi aku tak kesah. Asalkan aku kenal asal-usul aku. Ece, tersalah masuk bakul angkat sendiri. Timbul sorang mamat dari kedah ni duk panggil aku NAB. Aiseh! Macam dah kenal lama plak main hentam je panggil aku sesuka hati. Tapi terus terang aku kata, aku ok je. *muka baik*

Lepastu dah ramai start panggil aku Nab. Hebat penangan dia. *muka sindir*

Aku paling syok dengar tentang seorang insan ni yang telah berpisah lama dan inshaAllah bakal berjumpa di Syurga kelak. Cerita dia sangat-sangat menyentuh ruang hati aku paling dalam. Sirius dong! Aku memang respect dengan perjalanan hidup dia. Aku takkan kedekut kalau kata nak berkongsi sayang aku dengan dia termasuk family aku sekali. *muka sedih*

Hah! Agak terkezut jugak la bila masa makan kena campur dengan berlainan jantina ni. Aku pun tak tahu apa masalahnya kalau fikir balik. Tapi of course agak kurang selesa kat situ.Tapi nasib la duk meja hujung-hujung boleh la aku melantak ikut suka hati aku je. Makan 6x sehari kot. Wat lek je.

Lama-lama ok je. Takde la culture shock sangat.

Dan lepas dari taaruf tu la aku dapat kenal sedikit sebanyak latar belakang sorang-sorang. Ada yang dah takde ibu, keluarga yang kurang ambil berat, masalah disiplin tahap dewa tapi Alhamdulillah aku tengok dorang ni Allah masih sayang and still lagi limpahkan rahmatNya. See? Allah sayang kita kan.


And aku bersyukur sebab tergolong dalam group ni and dapat plak abang fasi yang kiut miut. Bijak plak tu. Memang sifu ah!

So, program ni berjalan seperti biasa. Latihan dalam kumpulan memang best. Semua terpulang pada kita untuk lakarkan suasana kelas macam mana. Kalau sopan, sopan lah. Kalau haru, haru lah. Gituu.

Jadinya, sepanjang slot slot kat dalam proram ni aku memang enjoy habis. Takde satu pun aku sia-siakan diri aku dari duk pendam je apa-apa perasaan yang duk menyapa kat tepi. Takde takde. Memang takde. Aku ludah habis apa yang aku duk simpan dalam tengkuk ni. (baca:tersirat)

Then, berprogram seperti luar biasa gitu. Lain dari yang lain. Kalau nak samakan dengan kem-kem kepimpinan ke apa yang pernah join sebelum-sebelum memang totally different! Serius! Yang ni lagi syok dari semua kem yang pernah aku join. *setakat mana yang aku ingat la*

Malam kebudayaan. Yes! Memang takkan terlepas dari malam seribu malam ni.  Lagu yang kitorang present masa tu Perajurit Tanah Air. Punya la syok sangat duk bersajak guna dialek klate, aku dah mula perasan muka-muka yang meminta simpati supaya diterjemahkan kepada bahasa dewan pustaka. Haha. Lantak ah. Dapat nombor 3 weih! >.<

DAN!

Jangan ingat kau akan terlepas dengan sejenis kuih ni yang diimport dari British! Yeah!

!!!EXAM!!!

Hahahahahahahahahahaha. *gelak setan*

Tapi rilek je. Soalan semua takkan lari dari ceramah-ceramah dalam slot sebelum ni. Kalau lari pun, kejar je la. Tak susah nya. Aku? Alhamdulillah. Tak study banyak pun. Cuma duk dengar orang yang duk baca and ulang beda sama je. Tapi dalam dewan aku ada je tanya pegawai yang jaga exam tu. Dapat jawapan free je. Rahmat Allah itu luas!

Last but not least, bermula la saat-saat dimana air mata dikatakan mampu menggantikan air mutlak untuk berwudhu'. Ceh! Jangan buat dah la. Segala bait-bait rindu mula menjamah hati. Yang baru kenal, rasa macam tak nak berpisah terus. dan seumpama dengannya. 

Maka, wujudlah bukti yang mampu menyimpan kenangan-kenangan baru yang dicoret bersama yang dinamakan gambar



cari aku.hahaha 

Selepas 

Kesan yang aku boleh agak dan terdetik dalam diri aku ialah AKU MULA SAYANG MALAYSIA!

Sebab apa tau, sebabnya Allah masih jaga dan lindung Malaysia daripada anasir-anasir yang kita belum pasti tentang kesahihannya dan keburukannya. 

لئن شكرتم لازيدنكم ولئن كفرتم ان عذابي لشديد 
Maksudnya: Jika kau bersyukur maka aku akan tambahkan kepadamu, jika kamu kufur sunguh azabku sangat pedih

Bersyukurlah! Dah banyak nikmat dan rahmat Allah dah bagi dekat kita. Sama ada kita perasan atau tidak.

Akhir kalam. Selalu perbaharui niat. InshaAllah Allah akan tolong dan bantu kita dalam setiap langkah yang menuju redhaNya.



سيروا على بركات الله


 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude