Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Saturday, December 26, 2015

MUDAH TAPI PAYAH

Assalamualaikum.

Ada yang berkongsi mengatakan bahawa apabila berada di rumah, diri semakin futur dan jauh dari Allah. Saya tidak dapat menyangkal fakta tersebut. Tetapi sangkalan saya merosot dek kerana persoalan yang timbul dari benak fikiran ini, adakah kita berusaha untuk menghindari perkara tersebut? Atau hanya melayan hawa nafsu? 

Sewaktu di sekolah atau mungkin di universiti ada program-program ilmiah yang dianjurkan, tadarus Al-Quran, pengamalan sunnah nabi dan sebagainya. Tapi bagaimana di rumah? Tepuk hati tanya iman. Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana pengisian rohani dan jasmani di sekolah mahupun di universiti boleh dikatakan cukup berbanding berada di rumah. Tambahan pula dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang saling ingat mengingati andai terleka.

Ok.



Jom kita terjah sama-sama. Apakah punca-punca yang menular pada diri kita?

TIME *tiktoktiktok*
Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka ula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
(surah Al-'Asr 103: ayat1-3)
See? Jelas Allah tegur kita dalam A-Quran. Apa lagi yang tak cukup? Ok. Tenang.
Sayangku. Ketahuilah bahawa hidupmu sungguh singkat. Ibarat cacing dihujung mata kail dan tunggu masa untuk diserang oleh pemangsa. Begitu juga manusia yang hidup di dunia hanya tempat persinggahan sebelum melangkah ke alam barzakh.

Tahu tak pesanan Rasulullah SAW tentang masa? Ok. I tolong ingatkan uolls k. Rasulullah SAW sering berpesan, nikmat yang sering dilupakan oleh manusia ialah nikmat sihat dan waktu lapang. Dah bersedia dengan soalan-soalan yang akan diajukan oleh Allah pada hari Hisab kelak? #deep.

Buat kebaikan tak susah bro and sis sekalian. Ada ke pergi masjid kena bayar dan fikir macam mana nak sampai masjid berbanding ke tempat hiburan macam konsert. Ada ke?
الا بذكرالله تطمئن القلوب
Maksudnya: "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram" 
(Surah Ar-Ra'd 13: ayat 28)
Mudah tapi payah. Begitu juga dengan diri sendiri. Mudah je sambil berbaring fikirkan kebesaran Allah atau mainkan alunan Al-Quran di laptop mahupun telefon bimbit. Payah sebab tidur itu lebih nikmat selepas seharian berpernat lelah dengan hal-hal duniawi.

Mudah tapi payah. Sambil berjalan berzikir dan selawat kepada junjungan baginda SAW. Payah keran alunan muzik lebih menghiburkan dan dapat menghilangkan segala tekanan dunia. Siapa kata? Nafsu mengertak. Iman membidas. Hati? Deep.

Manusia zaman sekarang. Ah! AKU LA TU. Lalai. Leka. Ingat Mati, please. Yes. Ingat Mati.

Mungkin hal ni ramai yang tahu tapi tak buat. Atau ramai yang tak tahu tu pasal tak buat. Atau mungkin taknak tahu terus. Ok. Simple. Saya suka kata-kata hikmat ini.
Manusia yang bijak adalah manusia yang merancang untuk mati.
Sesungguhnya jika seseorang itu selalu memikirkan ajalnya. Baginya dunia ini tidak memberi apa-apa dan hanya tempat untuknya menambahkan amalan untuk bertemu dengan pencipta yang hakiki. Untuk merebut Syurga yang abadi. Bersama bidadari-bidadari dan wildan-wildan yang tidak puas melayani. Alangkah indahnya jika syurga itu terdampar di hadapan bola mata manusia.

Alangkah buruknya jika dosa itu dizahirkan pada fizikal manusia. Setiap kali kita melakukan dosa, maka dizahirkan dengan titik hitam pada wajah. Dan setiap kali itulah manusia akan sedar akan perbuatan dosanya dan terus bertaubat kepada Allah.

Sayang Allah kepada kita melebihi kasih sayang kedua ibu bapa kita. Ingatlah.

Setiap yang kau dan aku miliki di dunia
Pasti akan dihisab di akhirat sana

سيروا على بركات الله

Friday, December 25, 2015

MUKA BARU

Bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada awal kalam dan kemudiannya ingin saya kongsiakan liku-liku kehidupan yang akan dihadapi oleh seorang hamba Allah yang kiranya sedang berusaha untuk mencari keredhaanNya. Ini merupakan blog terbaru dan terkini selepas blog lama dibubarkan atas sebab-sebab tertentu. Saya berharap agar pengunjung yang mengunjugi blog ini dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar daripada kisah-kisah kehidupan saya yang akan coretkan disini.InshaAllah.

Bukanlah untuk mencari populariti. Cuma sedang mengasah kemahiran dalam penulisan yang lebih matang dan lepih up to-date kepada isu-isu yang terkini mahupun yang akan datang. Mungkin kadang-kadang saya hanya berangan-angan. Saya berharap agar angan-angan saya akan mendatangkan faedah kepada diri saya sendiri.

Lupakan.

InshaAllah. Pada Muka Baru ini juga saya akan sampaikan dan kongsikan perkara-perkara yang berfaedah dan dapat sebar-sebarkan kepada masyarakat supaya ummat manusia yang meniti arus pemodenan ini tidak lalai dalam mencapai matlamat hidup sebenar sebagai khalifah di bumi ini. 

Sabda Rasulullah SAW:
الدال على الخير كفاعله
Maksudnya: "Orang yang menunjuk ke jalan kebaikan sama seperti mengerjakannya."
Semoga segala coretan mahupun perkongsian di laman ini menjadi bukti kepadaku diakhirat nanti bahawa aku telah menyampaikan kepada hamba-hambaNya walaupun sepotong ayat. Akhir kalam, salam perkenalan dari hamba yang mengimpikan syurga Firdaus.


سيروا على بركات الله

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude