Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Friday, December 25, 2015

MUKA BARU

Bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada awal kalam dan kemudiannya ingin saya kongsiakan liku-liku kehidupan yang akan dihadapi oleh seorang hamba Allah yang kiranya sedang berusaha untuk mencari keredhaanNya. Ini merupakan blog terbaru dan terkini selepas blog lama dibubarkan atas sebab-sebab tertentu. Saya berharap agar pengunjung yang mengunjugi blog ini dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar daripada kisah-kisah kehidupan saya yang akan coretkan disini.InshaAllah.

Bukanlah untuk mencari populariti. Cuma sedang mengasah kemahiran dalam penulisan yang lebih matang dan lepih up to-date kepada isu-isu yang terkini mahupun yang akan datang. Mungkin kadang-kadang saya hanya berangan-angan. Saya berharap agar angan-angan saya akan mendatangkan faedah kepada diri saya sendiri.

Lupakan.

InshaAllah. Pada Muka Baru ini juga saya akan sampaikan dan kongsikan perkara-perkara yang berfaedah dan dapat sebar-sebarkan kepada masyarakat supaya ummat manusia yang meniti arus pemodenan ini tidak lalai dalam mencapai matlamat hidup sebenar sebagai khalifah di bumi ini. 

Sabda Rasulullah SAW:
الدال على الخير كفاعله
Maksudnya: "Orang yang menunjuk ke jalan kebaikan sama seperti mengerjakannya."
Semoga segala coretan mahupun perkongsian di laman ini menjadi bukti kepadaku diakhirat nanti bahawa aku telah menyampaikan kepada hamba-hambaNya walaupun sepotong ayat. Akhir kalam, salam perkenalan dari hamba yang mengimpikan syurga Firdaus.


سيروا على بركات الله

No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude