Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Saturday, April 16, 2016

ULUL-ALBAB

Bismillah. 

Semalam punye cerita.

Aku join usrah under kak sumayyah (naqibah). Perwatakan beliau cukup mengagumkan aku. Dari awal-awal kenal dengan dia memang dah boleh agak, dia ni jenis yang happy go lucky.

Dan dari situ terdetik dalam hati aku, "Allah takkan abaikan hidup cuti aku ni sia-sia dan mereput. Syukur". Tu salah satu hikmah aku join usrah la. Then, hikmah yang lain menyusul sepintaslalu dalam benak fikiran.

Dapat ilmu, kena share. Walaupun hakikatnya benda ni dah memang kita tahu or maybe selalu dah kita dengar kan. Tapi tak salah kalau nak share jugak kan.

So, baca la dulu ayat ni. Kasi hadam dulu cukup-cukup.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.
Ali-'Imran:190-191
Apa yang korang faham dari ayat ni?

Dari perkongsian, kalau kita tengok ayat pertama. Aku bagi yang simple dan mudah faham. It means bukti kebesaran Allah. Segala percaturan Allah perfect dan berlaku dengan lancar tanpa ada cacat cela. Kebesaran Allah dari kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam ni. Everything.

Ayat Kedua

Allah jelaskan tentang ciri-ciri orang yang BERAKAL. Iaitu golongan Ulul-Albab.

Orang boleh cakap, aku nak jadi cam orang ulul-albab. Tapi, hakikat sebenar, kita tahu ke erti sebenar ulul-albab tu?

So, ayat ni la jawapannya. Golongan ulul-albab ni, setiap detik, saat, minit hatta jam pun sangat bermakna bagi dia.

For what? Untuk mereka sentiasa mengingati Allah. Walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Yes, hatta tidur ke main pun masih ingat Alllah.

Hanya dengan sebenar-benar tekad dan usaha je yang akan dapat tittle ni. Dan golongan ni akan sentiasa berfikir akan kebesaran Allah.

Maknanya setiap apa yang dia buat mesti ada je benda yang dia yang berkaitan dengan Allah. Hikmah mungkin, sebab, and everything back to Allah.

srikandi-srikandi islam :)

Dan aku nak selit sikit perkongsian yang aku dapat dengan menghadirkan diri ke UMT baru-baru ni. Dengar speech Dr. Zakir Naik and his son Farid Naik.

Walaupun speech yang disampaikan in english. Tapi aku cuba grab sikit-sikit yang mana aku faham. Kalau aku nak ulas setiap biji dia cakap memang sampai ke esok dan esok dan esok dan seterusnya takkan habis.

So, kesimpulan yang dapat aku simpulkan. Everything belongs to Allah.

Ada kaitan tak ngan ayat kat atas?

Nah. Apa-apa yang kita buat kat dunia. Sepanjang masa, always remember Allah. Sebab?

Setiap detik yang Allah bagi pinjam kat dunia ni akan DISOAL. Ingat tu. Kalau lagho sikit, terus ingat balasan yang kita akan dapat kalau buat ni ni ni ni ni.

Paling dekat pun dengan kita, ingat mak ayah dah la. kan.

Last, kita cuba sama-sama tekad untuk menjadi mukmin yang benar-benar bersifat dengan sifat ulul-albab. Bukan hanya masyhur di dunia, malah di akhirat terus menjadi yang tergolong dikalangan mukmin-mukmin yang lain.

Bukan senang, kalau kita tiada kemajuan dalam diri. Cuba. InshaAllah setiap percubaan hatta niat juga dikira sebagai ibadah dan mendapat ganjaran andai nawaitu kita hanya kerana Allah. Bukan sia-sia. *cam ala-ala ostajah pilihan dah  *masuk bakul sendiri angkut lah


سيروا على بركات الله



Friday, April 1, 2016

SUATU ERTI HIDUP

Bismillah. 

5 hari 4 malam. Alhamdulillah. Suatu nikmat yang telah menyedarkan aku akan realiti kehidupan sebenar di sebuah kampung. 

Berkampung di Kampung La Besut as anak angkat kepada seorang ibu dimana pada pandanganku cukup sempurna untuk menumpang kasih. 

Well, kampung ni memang sangat2 femes dengan La Hot Spring, memang takkan menyesal datang sini. Lagi nikmat bila kita dapat kecap nikmat kemasyarakatan kat kampung ni. Sungguh!

*****

Yes. Segalanya tanpa diduga. Aku join program ni pun dah last minute. Tanpa berbekalkan ilmu didada hanya menurut segala kehendak hati. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Allah ada. 

Tit tok tik tok. 

Bermacam-macam tanggapan menerjah ruangan minda. Confuse plak mai tibai. Nak join ke tak. Haha. Tup tup. "ok beb, aku join." 

Sampai kampung je. Omy! Bapak ah jauh. Hulu gila kot. *mengeluh*


cabaran baru bermula *senyum sinis*

Hari pertama memang agak penat. Penat badan boleh layan, penat otak tu sakit sikit. 

Hari kedua tu memang syok gila. *walaupun penat tahap langit petala ke 7* 
Redah hutan. Masuk semak. Selam kaki dalam air. Nikmat beb! Penat tu tak usah duk kata la. Sampai jalan pun aku rasa tak cecah bumi pun. Redha.

Next day, motivasi untuk adik-adik memang the best. Siap joget-joget. Aku tak kesah, asal dorang happy aku pun happy.

Jap. Ada slot interview bhai. Chill je. First time bagi aku agak formal. Tapi kalau dah borak tu memang taknak berhenti plak. 

Jam berganti jam. Hari berganti hari. Hari dimana bersama dengan anak-anak SK Kg La adalah satu moment bagi aku memang tak pernah aku dapat sebelum-sebelum ni. Dia punya zouq tu lain dari yang lain. 

Suatu nikmat bagi aku and the geng tak pernah nak sedar. Nikmat SYUKUR. 

Ya. Tersentap dari lena. Budak-budak kat sini pada aku sangat istimewa. Special case. Aku memang takdapat luahkan segalanya kat sini.Kena rasa sendiri bhai.

Pesan aku. Semewah mana hidup kita sekarang ni, ingatlah segala kemewahan itu takkan dapat mengukur suatu keikhlasan. 

Pertemuan dan perpisahan takkan pernah berpisah. So, at last balik rumah masing-masing.

Tanpa diduga, segala kenangan diiringi dengan pemberian. Banyak gila barang duk angkut dari kampung ni. Macam-macam ada. Petai, pisang, petai jeruk, kain batik and so on.

Dan yang paling menyayat, mengoyak dan menyiat hati aku. Banyak sangat hadiah yang aku dapat dari adik-adik kat sini. Sangat-sangat terharu dan menyentuh segala jiwa raga la bak hang.

Femes kejap time sign autograf.

Walaupun nilai hadiah tu tak seberapa tapi akak sangat-sangat hargainya. Hargai segala kenangan kita bersama. Mula dari tak kenal langsung sampai la kenal sikit-sikit. *mata masuk habuk*

Curi masa.Pesan yang elok-elok untuk adik-adik. Mereka memang mudah terima nasihat kita. Slow-slow takpe.

*****

Satu pengalaman lagi yang aku kira tak dapat dinilai dengan wang. Pengalaman ni yang banyak ajar aku erti kemasyarakatan. masyarakat yang memerlukan antara satu sama lain. 

Berkongsi kasih sayang, suka duka, susah senang segalanya dikongsi bersama. Aku lihat corak kemanisan disitu *ece

Erti sahabat. Aku perlukan mereka untuk terus menuntun dalam pelangi kehidupanku. Segala kekuranganku dapat dibendung dengan kekuatan mereka. 

Betulla, walaupun 5 tahun bersama aku masih belum mengenali kerenah mereka hatta keluar sekolah.

Aku belajar untuk terus baiki segala kekurangan. 

So, lepas ni kalau-kalau ada pape program yang perlukan khidmat baik aku jangan segan-segan la contact aku. Aku ada. Kerja settle! *cet* -istighfar balik

Last! 

Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah. 

Duit bukan segala-galanya. Takkan dapat dinilai dengan pengalaman yang belum tentu dapat dikecapi oleh semua  insan. Ada peluang cuba dulu. Yakin. Allah ada bersama, membantu. 


سيروا على بركات الله




 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude