Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Saturday, April 16, 2016

ULUL-ALBAB

Bismillah. 

Semalam punye cerita.

Aku join usrah under kak sumayyah (naqibah). Perwatakan beliau cukup mengagumkan aku. Dari awal-awal kenal dengan dia memang dah boleh agak, dia ni jenis yang happy go lucky.

Dan dari situ terdetik dalam hati aku, "Allah takkan abaikan hidup cuti aku ni sia-sia dan mereput. Syukur". Tu salah satu hikmah aku join usrah la. Then, hikmah yang lain menyusul sepintaslalu dalam benak fikiran.

Dapat ilmu, kena share. Walaupun hakikatnya benda ni dah memang kita tahu or maybe selalu dah kita dengar kan. Tapi tak salah kalau nak share jugak kan.

So, baca la dulu ayat ni. Kasi hadam dulu cukup-cukup.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.
Ali-'Imran:190-191
Apa yang korang faham dari ayat ni?

Dari perkongsian, kalau kita tengok ayat pertama. Aku bagi yang simple dan mudah faham. It means bukti kebesaran Allah. Segala percaturan Allah perfect dan berlaku dengan lancar tanpa ada cacat cela. Kebesaran Allah dari kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam ni. Everything.

Ayat Kedua

Allah jelaskan tentang ciri-ciri orang yang BERAKAL. Iaitu golongan Ulul-Albab.

Orang boleh cakap, aku nak jadi cam orang ulul-albab. Tapi, hakikat sebenar, kita tahu ke erti sebenar ulul-albab tu?

So, ayat ni la jawapannya. Golongan ulul-albab ni, setiap detik, saat, minit hatta jam pun sangat bermakna bagi dia.

For what? Untuk mereka sentiasa mengingati Allah. Walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Yes, hatta tidur ke main pun masih ingat Alllah.

Hanya dengan sebenar-benar tekad dan usaha je yang akan dapat tittle ni. Dan golongan ni akan sentiasa berfikir akan kebesaran Allah.

Maknanya setiap apa yang dia buat mesti ada je benda yang dia yang berkaitan dengan Allah. Hikmah mungkin, sebab, and everything back to Allah.

srikandi-srikandi islam :)

Dan aku nak selit sikit perkongsian yang aku dapat dengan menghadirkan diri ke UMT baru-baru ni. Dengar speech Dr. Zakir Naik and his son Farid Naik.

Walaupun speech yang disampaikan in english. Tapi aku cuba grab sikit-sikit yang mana aku faham. Kalau aku nak ulas setiap biji dia cakap memang sampai ke esok dan esok dan esok dan seterusnya takkan habis.

So, kesimpulan yang dapat aku simpulkan. Everything belongs to Allah.

Ada kaitan tak ngan ayat kat atas?

Nah. Apa-apa yang kita buat kat dunia. Sepanjang masa, always remember Allah. Sebab?

Setiap detik yang Allah bagi pinjam kat dunia ni akan DISOAL. Ingat tu. Kalau lagho sikit, terus ingat balasan yang kita akan dapat kalau buat ni ni ni ni ni.

Paling dekat pun dengan kita, ingat mak ayah dah la. kan.

Last, kita cuba sama-sama tekad untuk menjadi mukmin yang benar-benar bersifat dengan sifat ulul-albab. Bukan hanya masyhur di dunia, malah di akhirat terus menjadi yang tergolong dikalangan mukmin-mukmin yang lain.

Bukan senang, kalau kita tiada kemajuan dalam diri. Cuba. InshaAllah setiap percubaan hatta niat juga dikira sebagai ibadah dan mendapat ganjaran andai nawaitu kita hanya kerana Allah. Bukan sia-sia. *cam ala-ala ostajah pilihan dah  *masuk bakul sendiri angkut lah


سيروا على بركات الله



No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude