Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Tuesday, May 3, 2016

SATU DALAM SERIBU

Bismillah. 

Olla ! 

Sebelum ---

Sedang hati bergelojak dan kepingin join trip ke Pulau Perhentian. Tiba-tiba 

'tuut-tuut' 

"Assalamuaaikum.", "Waalaikumussalam, first thing first i am sorry because i can't join the trip because of blablabla", "ouh.ok"

Letak je gagang fon. 

Ahhh! Takkan nak melompat kot ke jeti. **cari jalan** Yeah! Family aku hantar sampai rumah ibu angkat kat area besut. Then, pandai-pandai lah aku nak hidup. Life must go on.

Tu antara sedikit sebanyak yang boleh survive sendiri sebelum terjadi apa-apa. 

Sebelum tu, expectation aku sebelum join trip ni memang aku ingatkan semuanya orang tua tau. Serious! dari cara dorang borak dalam group what'sapp pun dah boleh agak. *sorry*

Tapi tanggapan aku terus melencong ke laut bila sampai jeti, tengok-tengok. Uish! Berlawanan dari tanggapan aku ni. 

Semasa ---

Awal-awal memang rasa nak balik. Sebab? Sukar untuk dikenalpasti. Mungkin aku tak biasa dengan suasana macam tu. Macam mana? Aku tak reti sangat nak bersosial. Kurang. 

Takpela. Semua tu tak bagi masalah pun bagi aku, yang penting aku and the gang enjoy je. Alang-alang dah join takkan nak patah balik, dah la FREE kot *muka bangga*

First day, takde apa-apa yang menarik KECUALI time naik bot tu. Memang best! Pergh! Aku tak tahu nak imagine macam mana best nye waktu  tu, dengan angin yang bukan sepoi-sepoi dah yang menyapa. Nak tercampak pun hado. 

Pape pun kau kena tempuh gak. 

Second day ni memang pergh! Aku takkan lupa. Never never and never. I felt like a whale of my time when i had passed my confident level. Omy!

Aku terjun laut kot! Mana pernah sebelum ni. Hatta buat water confident pun tak pernah nak timbul-timbul. 

Berbekalkan keazaman juga tercalit keberanian ku tempuh segalanya dengan redha. Bukan apa, aku takut air masuk telinga je. hehe. Ketakutan yang menghantui aku utnuk menjinak-jinak dengan air. 

As we know, Pulau Perhentian ni memang masyhur dengan keindahan alam tambah-tambah dengan hidupan laut memang sangat-sangat memukau mata yang memandang. So, tersangat rugi bagi aku kalau tak redah je kan. 

Sesampai je dekat turtle point, orang suruh aku terjun. Aku terus terjun. Yes, tanpa tahan nafas pun. Dah mula gelabah dalam air. Air mula masuk ruang kerongkong semua. Hahaha *gelak sorang-sorang bila ingat balik* moral dari sini, berfikir sebelum bertindak, jangan main redah je terjun tu kan dah dapat hasilnya. Masin!

Nikmat tu !

Kejar punya kejar penyu, tak dapat jugak nak nengok. Takpela mungkin kali ni takde rezeki lagi tu. Ni la padahnya aku bersangka buruk, aku ingtakan pemandu bot tu gurau je, aku ingatkan dia kata orang mat saleh tu penyu. Tu yang tak semangat mana nak kejar penyu, blur telan banyak sangat air masin. 

Awal-awal tengok dalam air tu. Subhanallah! Memang jauh dari permukaan air, terasa diri ni memang sangat-sangat kecil. 

Lalu, berenang-renang lah daku ke tempat yang ada banyak coral . Subhanallah! Memang takde perkataan lain yang keluar dari mulut aku, kadang tu excited jugak sebab ikan berenang betul-betul depan mata. Yang ni memang live! Takde nye siaran yang direkod then ditayang balik, ulang and ulang cam astro. Takde! 

Punya la excited aku sampai dah tak sedar jauh dari orang lain. Patah balik kat member-member. Betul la kata mekna, kalau dah ralit sangat duk perhati memang kalau berenang jauh mana pun takkan sedar, nikmat tu memang tak terkata. 

Yang tu memang paling best and lagi nikmat dari mana-mana nikmat yang dah biasa Allah kurniakan kepada hambaNya yang lain. Syukur. 

Malamnya pulak. Yang ni memang cari nahas la. Santai je. Tapi! Ada persembahan ringan dari group. Biase la, campfire siap dengan gitar sekali. Lagu yang menyingkap memori suka duka kami sepanjang berada di sana. Mungkin. 

Third day, Takde pape yang syok kecuali cam biase la naik bot balik ke kem damai. Berkhemah kat sana plak untuk satu malam. Malam-malam best woo. Tidur kat tepi pantai. Sejuk kalah aircond kat rumah! 

Trekking tu biase je. Yang luar biasa bagi aku itu la. Yang menyelam-nyelam tu. Memang satu nikmat paling besar dan jelas pada mata kasar aku.

Maka nikmat tuhanmu yang manakah kau dustakan? ( Ar-rahman:13 )

Yeah! It's prove!

Kau kena korek lagi bell. Banyak lagi nikmat yang kau kena terjah sendiri. Lagi syok kalau kau try berdikari, baru la nikmat tu dia boleh resap dalam rongga badan kau.

Memang tak disangka-sangka la. Program ni la paling santai yang pernanh aku join walaupun berbentuk ala-ala perkhemahan gitu. Khemah tetap khemah tapi feel dia tu lain sikit bila jadi orang yang mengikut bukan orang yang diikut.

Untuk slot tazkirah pagi tu la, aku kira mungkin ada yang terasa dengan perkataan aku. Mungkin ucapan maaf perlu, atau tak? Kerana.

وذكر فان الذكرى تنفع المؤمنين 

Maksudnya: "Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesunguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-oarang mukmin" 

( Az-zariyat:55) 
Ya. Itu juga bermaksud aku sayang mereka. Sayang mereka untuk mengingatkan mereka akan nikmat yang sebenar-benar nikmat yang perlu kita hargai dan tiada pada seseorang yang bergelar kafir. Iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.


Selepas---

Apa yang aku dapat?

Banyak! Banyak pengalaman yang lagi mematangkan fikiran aku. Yang dulunya masih lagi dalam buai, sekarang munkin sudah melangkah dan berpijak di bumi yang nyata. Ece. Mudah-mudahan.

Tiada nikmat yang dapat ku ungkap dengan kata-kata mahupun tulisan melainkan kau sendiri yang merasakannya. Sungguh!

Cukup-cukup berpuas hati walaupun terkadang mungkin ada kekurangan. Biasa, manusia. Takkan pernah berpuas hati dengan diri sendiri walaupun sudah mencuba sedaya upaya.

So, then. cukuplah aku tutup penulisan aku dengan lirik lagu  berita kepada kawan. Kau kena menjiwai tau lirik ni, baru feel dia tu datang.


Perjalanan iniTrasa sangat menyedihkanSayang engkau tak dudukDisampingku kawan
Banyak ceritaYang mestinya kau saksikanDi tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncangDihempas batu jalananHati tergetar menatapkering rerumputan
Perjalanan ini punSeperti jadi saksiGembala kecilMenangis sedih ...
Kawan coba dengar apa jawabnyaKetika ia kutanya mengapaBapak ibunya tlah lama matiDitelan bencana tanah ini
Sesampainya di lautKukabarkan semuanyaKepada karang kepada ombakKepada matahari
Tetapi semua diamTetapi semua bisuTinggal aku sendiriTerpaku menatap langit
Barangkali di sanaada jawabnyaMengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosanMelihat tingkah kitaYang selalu salah dan banggadengan dosa-dosaAtau alam mulai engganBersahabat dengan kitaCoba kita bertanya padaRumput yang bergoyang

Thanks to all of you. Tidak ketinggalan untuk kumpulan 3. That's all. Penned off.


سيروا على بركات الله

No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude