Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Thursday, May 26, 2016

UJIAN DALAM UJIAN

Bismillah.

Alhamdulillah . Satu lafaz yang terkandung beribu makna yang tersirat. 

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan beberapa kejutan. Surprised! Gituuu. Ok then, ujian dalam ujian. Dalam satu masa. Bayangkan aku kena fikir banyak benda. Yes. Kadang-kadang buat keputusan lagi parah dari melaksanakannya. 

Result UPU keluar. Alhamdulillah. Apa yang dihajatkan memang dapat tapi agak melencong sikit. Why? Aku dapat asasi scn tech. Tapi untuk cenderung ke medik agak tipis sebab persaingan yang cukup2 sengit dengan asasi perubatan.

Ke hulu ke hilir. Makan tak lalu. Suram je muka. Happy tu ada sikit sebab aina ngan mimi ada sekali. Istikharah. Hati memang tak tenang waktu tu. Dalam hati duk berbolak-balik aje. Allah. Susah! 

18hb mei 2016 *aku akan ingat tarikh ni*

Dapat call "Hello assalamualaikum, ni saudari ... ke?" 

"Waalaikumussalam. Ya saya. Boleh saya bantu?" *sivik gler aku*

"Saya dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Tahniah. Saudari telah terpilih untuk ditaja ke Jordan dalam bidang bahasa arab."

Allah! Terketaq-ketaq tangan aku waktu tu. Speechless.

"Saya nak tahu jawapan saudari harini atau selewat-lewatnya esok ya. Nanti saya akan email semua maklumat ni ya." 

Aneh. Lapang je dada. Certain maybe dah rasa ni kerja ejen la yang duk tipu-tipu tu. Tapi bagi aku, tak. Tetibe aku terus buat keputusan and terima je. Uish. Cepat betul decide. Mungkin ini adalah jawapan bagi istikharah aku. ecece.

Orang yang paling senang dengan keputusan aku adalah ummi dan abah. Thanks for supporting me. Tapi dalam masa yang sama ummi try tanya pendapat yang lain. And Alhamdulillah majority bagi opiniom yang positif. I liked! 

Nak dijadikan cerita bwtapa sibuknya aku minggu ni. Malam yang dapat tahu tu terus gerak naik kl. Angkut semua anak beranak naik kereta. 

Masuk meeting tu macam wow je. Sorang pun aku tak kenal. Pandai-pandai la bawak diri. Penerangan yang cukup-cukup cun bagi aku. Ditaja sepenuhnya. Alhamdulillah. 

Bagi aku, inilah masanya untuk kita tunjuk kematangan kita kepada mak ayah kita denga berdikari dan berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan keringat peluh mereka. Buktikan yang kita mampu meringankan beban mereka. 

Yang aku dapat simpulkan kat sini bukan senang nak senang. Susah! Tapi usaha tu kena ada.

Kita tak tahu amalan mana yang Allah terima. Amalan kita yang duk dakwah sana sini atau amalan kecil yang dibuat dengan ikhlas. - Imam Hassan Al Banna


Alhamdulillah. Settle semua dokumen2 yang kena hantar. Ulang-alik la dari rumah ke kl. Jauh. Nampak pengorbanan seorang ayah kat sini. Memang takkan dapat dibalas dengan wang ringgit. 

Dengan keizinan Allah. InshaAllah aku akan melangkah ke bumi anbiya' dalan masa yang terdekat. Doakan aku supaya dicekalkan hati dan iman dalam menempuh onak duri. ace.. 

Perasaan dengki dan iri hati terhadap sahabat-sahabat aku yang ambik medik kat luar sana memang membara dalam jiwa. Tapi percayalah, Allah tahu yang terbaik untuk kita.

Hatta kita dah tanam impian nak jadi doktor dari kecik, kalau bukan kerana rahmat Allah, kau takkan jadi doktor punya . 

Kecuali kau terus berdoa dan berusaha. Fikir untuk masa depan. Mungkin ini yang tebaik untuk semua. 

Kat mana-mana pun kita tercampak, hati mesti kental. Teruskan berdoa dan berharap kepada Allah sebelum kau mencari dan mengadu kepada ciptaan Pencipta.


سيروا على بركات الله

No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude