Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Tuesday, May 10, 2016

KERELAAN BUKAN PAKSAAN

Bismillah. 

Segala persiapan untuk temuduga boleh dikatakan last minute. Walaupun tak berhasrat dalam profesion guru, tapi semangat as muslim tu masih lagi kental. 

Gelak sorang-sorang bila imbas balik semua benda yang berlaku semalam. 

Persiapan sebelum temuduga, kemain lagi huru-hara dunya dibuatnya. Mahu taknya, pagi hari temuduga tu baru rajin nak search pasal nama menteri, hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan and adik beradik yang seumpa dengannya. 

Tu satu hal. Yang satu hal lain pulak, aku terlupa nak sahkan slip SPM. But, relax je. Abah pulak yang bleber berbakul-bakul. *macam dia pulak nak interview*

Tapi semalam aku memang cun. Sirius! Tak tipu . haha. Ala-ala korporat kot. Dengan blazer melakap kat badan and kasut tumit yang aku anti. Tapi berjaya gak disarung pada kaki aku. Nice. 

Perjalanan yang menyeksakan bagiku. Why Malaysia? Kenapa perlu menetapkan syarat kasut yang bertumit? Sedangkan bunyi tapak kasut wanita tu dah dikira berdosa. kan? 

Sampai je. Erk! Majoriti yang datang semalam aku tak kenal. Minoriti kenal-kenal lupa. Dan aku perasan beberapa pasang mata starred to me. 

Perasan apakah? Perasan. Aku tinggi sangat ke? Salahkah aku? *hujan hujan muka sedih*


Selesai taklimat pendek, ku atur langkahku ke bilik penemuduga. Setelah ke hulu hilir, lama tunggu bhaii . Dalam surat pukul 8 pagi, boleh dikatakan SATU JAM aku tunggu. Pukul 9 baru mula. Sesi pertama kut, nama first sekali kut. *bangga*then*istighfar*

Jalan punya jalan nampak bilik amali. Oh ya, aku punya subjek je special sikit pasai dia ada 3 checkpoint. *ala-ala explorace gitu* First aku amali, everything gonna be okay. For me, inshaAllah. 

Walaupun kena buat ayat dalam bahasa arab and jawikan erkataan rumi yang bagi aku pergh! cukup-cukup "mudah". 

Seusai amali, group aku terkedek-kedek ke bilik utama untuk sesi grouping and individu. dalam group aku tu sorang je laki. Dimanakah kaum Adam? Kesian gak aku tengok dia. Budak imtiaz besut, bolehla kalau nak borak-borak hilangkan bosan tu. Muka pun boleh tahan la. Ada rupa. 

Aip aip. Batas-batas syara' masih lagi diaplikasikan. Ostaj ostajah booh. 

Punya la syok time ni. 

Why?

Sebab semua yang aku baca pasal menteri-menteri and so on about it takde kena mengena pun masa temuduga. Dia tak tanya walau sepatah harom pun. haha

Sebab kedua BOLEH CAKAP BANYAK-BANYAK.

Aku pun tak perasaan yang aku banyak cakap, aku mula sedar time ustaz yang temuduga aku tu suruh berhenti bercakap. haha. Kacau la ustaz tu, klimaks cerita aku tak sampai lagi dah suruh berhenti. Redha je la. 

Pasal apa je pun. Suruh hurai sikit pasal hasrat aku yang nak terap ciri-ciri ulul albab dalam diri budak-budak. Then, aku try klentong selit sikit-sikit masa aku join program penempatan baru-baru ni je la. 

Grouping ni satu hal. Selama ni jarang sikit menonjol diri kalau nak lukis-lukis ke tulis-tulis untuk bentang. Aku takde la kreatif tapi kalau nak cakap-cakap tu boleh la. Aku bantai je tulis and lukis tu, lantak ah. Tulisan aku cam hidup segan mati tak mahu je masa tu. 

Bagi-bagi tugas bentang biase je. Then, bentang. Biasa je. Takde yang menarik, cuma mukaku agak tebal waktu tu bila aku start intro dalam bahasa arab then dah mula campur-campur melayu. *ostaj geleng-geleng kepala sambil sedekahkan senyuman kat aku* cun!

Last sebelum kitorang angkat kaki blah, ostaj suruh tite semua cakap arab. OMENG! Relax. Cool. Senang ja. Cakap pasal hobi je. And dalam masa seminit je. 

Enzim adrenalin dirembes sehingga mencapai tahap optimum. 

Otak ligat duk susun ayat. Last-last yang keluar dari mulut aku berterabur. Penat kena kutip balik. 

Overall, memang pengalaman tu dapat la even takde la formal sangat bagi aku. Berbanding member-member aku yang kena interview kat tempat lain. Kesian. Kena bash abeh! Parah parah. 

Tapi yang penting aku mesti utamakan yang penting. Harapan ummi dan arwah tok ayah aku serta kaum kerabat wa ahlul bait yang lain. Nak sangat tengok aku jadi *manusia yang bermanfaat kepada ummah* Doakan dipermudahkan segala urusan orang-oranng muslim termasuk aku. 

Sedikit perkongsian sebelum cari tilam

Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Al-Baqarah :216

Ok. That's all for tonight. 


سيروا على بركات الله

No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude