Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Monday, September 26, 2016

MELAKAR SEJARAH. EK (?)

Bismillah.

19 SEPTEMBER 2016

Seawal jam 4 pagi ku terjaga dari lena yang panjang sepanjang malam. Semangat pagi yang aku harap takkan berubah menjadi pudar pada siangnya. Jaulah HEWI ! Dan hari ini aku diberi kesempatan untuk menerjah bandar-bandar tinggalan tamadun pada zaman sebelumnya. *ayat skema buku*

Mempersembahkan!


Biarkan gambar berbicara. Pesan aku awal-awal, sebelum kita nak terjah tempat-tempat macam ni perlu ada minat dan minat tu akan mendorong kita untuk tahu sejarah pasal semua tempat yang kita terjah.
Aku kurang berminat dengan sejarah, tapi minat itu boleh dipupuk. Kan? So history, please be nice to me.


Gua ini tercatat banyak maksud yang tersirat dan tersurat. yang pasti aku tak banyak kaji pasal benda ni. Yang aku tahu banyak khilaf yang kata gua Ashabul Kahfi terletak kat banyak tempat dan di Jordan lah
salah satu darinya. Di Jordan mungkin antara yang sohih tentang penempatan mereka.

Stok-stok zaujah anda. Pilih-pilih! >.< *jk


colosseum


Ahh! Tiba-tiba takjub bila sampai sini. Adakah aku berada dalam buku teks sejarah? Adakah aku berda dalam zaman-zaman mereka? lol

Kalau kau nak tahu pasal sejarah tentang tempat-tempat ni semua kau boleh search google je.
Kalau tak malas, boleh buka balik buku teks sejarah sekolah menengah. Haa kat situ kau akan nampak kisah-kisah dia dan jangan lupa baca. Lepas baca jangan terus lupa sejarah. Senang cerita, jangan jadi macam aku. Sobs :'( *menangis sambil teguk air masak



Bandar Amman. Phew! Padat weii

Istana tinggalan lama, seakan berbentuk masjid. unik!

Awek cun dari rebid. Auc! Gedik. * mata ke atas tangan kejang

Jadi untuk post kali ni, suka untuk saya tinggalkannya secara terrgantung. lol.

سيروا على بركات الله









Saturday, September 17, 2016

PERJALANAN TERCIPTA

Bismillah.

Kalau dibaca post sebelum ni, haa tu post yang berminggu-minggu lepas dah sebenarnya. Baru di post mungkin disebabkan atas faktor tertentu. Maaf.

Hari ni tiba-tiba jari nak menaip banyak sikit. Mungkin teruja nak share semua benda yang berlaku dalam hidup kat tempat baru, tak sampai sebula lagi duk sini dah banyak benda create tanpa sedar. Mungkin.

Awal-awal hari datang memang teruja sangat sebab dapat naik flight and fly jauh-jauh. Nak explore and bla3. Dan bila sampai sini (Jordan) tak tahu nak kata macam mana. Semua benda yang hadir dalam hidup aku lepas tu aku dapat rasa nikmatnya sesuatu nikmat bila kaki berpijak di mana tempat yang pernah dipijak oleh para anbiya' dan sahabat. Speechless.

Dan hidup aku mula dihiasi dengan ukhuwwah ukhuwwah yang berpelangi gitu. Cantik.  >.<

Pada suatu hari, sedang aku meng create my flow. Tiba-tiba

Biarkan gambar berbicara. 

Kafarah dosa ni. Mungkin Allah nak sental hati aku sikit. Don't worry, aku sihat je sekarang. Makin sado kot. :D

Pada waktu ni mungkin perut aku tak sesuai lagi dengan makanan kat sini kot. Atau mungkin tak makan ikut waktunya a.k.a gastrik. Memang dah lama sangat aku tak kena wabak ni. Kun fayakun.

Ketepikan wabak tu jap, sambung dengan pengembaraan aku plak. Aku hampir lupa sebenarnya nak tulis apa dek kerana otak duk fikir melalut je ni.

So far, duk kat sini memang best. Dan banyak benda kita boleh manfaatkan sebaiknya bila duk sini. Kau kena feel sendiri baru kau tahu nikmatnya weih. Trust me! *feeling meh

Dari awal minggu Sambutan Pelajar Baru (SPB) hingga tamat Minguu Taaruf Siswa (MTS) dan sampai sekarang pun aku takleh nak describe perasaan pelik apakah yang hadir bertandang dalam sanubari ni. *ceh!

Kesedaran yang nyata yang aku sedar, duk kat sini takde sesiapa pun yang kenal perangai lama kita disebabkan kita seketul je tercampak kat sini. So, dalam kesempatan seketul ni. Cuba manfaat sebaiknya untuk ke arah yang lebih baik.

Semua perjalanan yang cuba dicipta setakat ni Alhamdulillah semuanya manis-manis belaka, mungkin disebalik kemanisan itu aku terlupa akan pahitnya suatu kemanisan apabila tdak dimanfaatkan sebaiknya. Pahit yang sebenar-benar pahit juga perlu untuk melengkapkan 1001 rasa dalam hidup kita. Mungkin ;)

Segala nikmat yang Allah buka dekat bumi anbiya' ni, kita akan berasa untung. Why? Why? Why? Kenapa aku kata macam tu?

Sebab semua benda free dan cash lagi beruntung kerana Allah bagi bonus kepada hambaNya untuk menjejakkan kaki ke makam dan dhorih sahabat-sahabat nabi yang syahid pada jalan Allah. Bonus! Nah! Siapa yang taknak bonus weih.

Aku sempat melawat beberapa makam dan dhorih para sahabat antaranya muaz bin jabal, abu ubaidah al jarrah dan seangkatan dengannya. Bila langkah je kaki kat tempat tu, sayu dan syukur. Aku terpukau dengan haruman yang merebak dari kubur para mujahid islam ni. Subhanallah. Makam para mujahid seharum tak terkata apatah lagi makam Rasulullah. Kan :')

***
Baru-baru ni kan raya. So!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 
dari perantauan

Hari raya haji kat sini memang syok sebab tak perlu keluar duit pun satu hari sebab makanan semua free. Yeah! Raya pertama hingga raya kedua aku dah berjaya ke hulu ke hilir dan hampir mencecah 10 buah rumah. Wow! Jimat kan duit poket aku? >,<

Ummi abah jangan sedih-sedih tau beraya tanpa anak perempuan kesayangan ni. Tunggu nanti 4 tahun i balik okay. *mungkin tak sampai 4 tahun aku dah balik.ngeh ngeh

Jari aku dah bagi amaran untuk hentikan penulisan, seolah-olah jari mengerti akan urusan yang lagi mustahak yang menantiku selepas ini. Jadi aku tinggalkan sedikit pesanan dariku untukmu seperjalanan aku di sini.

Sedikit perkongsian atau pesanan akhir sebelum aku shut down penulisanku,

Dari awal hidupku Allah dah beri banyak nikmat dan ibrah (pengajaran) dalam hidup ini.
Aku sedar
dari awal ibu bapaku membentukku untuk menjadi mawar berduri yang mampu dilihat manusia tapi payah untuk menyentuhnya
Aku sedar
pada wakt itu ibu bapaku mengajarku untuk menjadi insan yang selalu taat akan perintah Allah dan melarang apa yang dibenci olehNya, Ya
Aku sedar
makin hari aku membesar dan menjadi acuan yang dibentuk oleh ibu bapaku
Aku sedar
aku disokong sepenuhnya oleh ibu bapaku dalam semua perkara dan ditegur andai terdapat kepincangan
Aku sedar
aku harus terpisah jasad seketika daripada mereka sebagai suatu keperlan dalam hidupku
Aku mula sedar
hidupku diatur sempurna oleh Yang Maha Agung
Dan aku mula sedar
Tanpa Allah, ibu bapa, orang di sekelilingku, siapalah aku hingga saat ini 

Jadi pesan aku, jangan pernah berhenti mengejar Syurga Ilahi.

سيروا على بركات الله



LANGKAH BARU

Bismillah.

Jauh perjalanan 
Luas pemandangan

*Tarik nafas-hembus*

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya, terjejak wa terpijak kakiku di bumi anbiya'. Walaupun perjalanan yang memakan masa yang agak lama dan banyak benda kena selesaikan dalam masa yang singkat, tetap tak menghalang aku sampai sini.

Harini masuk hari ke 4 aku duk sini. Datang dengan harapan inshaAllah pulang dengan kejayaan.

Nak kata sedih tu, langsung tak. Tapi bila tengok mata ummi abah merah ala-ala drakula gitu memang tak tertahan jugak la tapi tetap berusaha untuk cover. Konon nak control cun depan ummi abah. Tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu.

Dan bermulalah langkah - langkah hijrahku di bumi anbiya' ni.

post ni taknak panjang-panjang. Cukuplah hanya untuk memuaskan hati segelintir kenalanku yang duk paksa update blog sikit. huhu. Alhamdulillah happy sangat duk sini sampai takde ayat dah nak karang.

Betapa happy nya aku duk sini, ummi boleh tegur pipi aku semakin gebu. OMY! tak sampai pun seminggu duk sini. Apakah?

Untuk permulaan ni, doakan aku semoga aku dapat gapai matlamat aku dunya dan akhirat. Terima kasih juga kepada semua kenalan aku yang sudi membaca post ni kerana setia mendoakan aku. Semoga Allah membalas jasa kalian semua setimpalnya. Amiin.

Jangan mudah menyerah
Karna hidup tiada yang mudah
Hijrah memang payah
Karna Syurga itu susah 
Tiada yang lebih indah selain aturan Allah.


Penned off.

سيروا على بركات الله


 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude