Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Thursday, October 27, 2016

ALHAMDULILLAH

Bismillah.

Kunci BAHAGIA.

 Apakah? Nak bahagia pun kena ada kunci jugak ke? 
"Selama ni aku redah je pintu bahagia tu takde kesan buruk pape pun, bahagia je"

Ya, bahagia memang dapat. Redha nak campak mana? Dush!

So, rahsia yang sebenar-benarnya yang tersimpan rapi dalam BAHAGIA lalu dijaga dan dipantau oleh kerajaan langit ialah SYUKUR. 

Kita takkan nampak benda ni sehingga kita sedar ada benda yang jatuh seolah-olah dai langit gitu,
tu pun kalau kita sempat sedar. 
Kalau sempat mati dulu tanpa sedar akan kewujudan tu macam mana? *seram

Alhamdulillah. 

Cukup dengan satu sebutan dengan dua suku kata dalam bahasa arab yang boleh menggambarkan rasa syukur kita terhadap ilahi. 
Banyak lagi cara yang kita dapat zahirkan rasa syukur ni. 
Cuma segalanya terpulang kepada kita sama ada kita sedar atau tak, yang kita tak sedar akan ketidaksedaran tersebut

Bersyukur atas segala-galanya 
Ya 
Segala-galanya. 

Sedarkah kita di dunia ni cuma menumpang sahaja?
Tiada satu pun milik kita. Segalanya milik Allah. Kita takde hak. Saya ulang. 
KITA TIADA HAK

Jadi, 

Bersyukurlah dengan segala pemberian Allah. Kerana syukur ini juga antara pemberian dari Allah untuk hambaNya yang ikhlas kepadaNya. 

Syukur kerana masih lagi dikurniakan pancaindera yang lengkap dengan nikmat-nikmat yang walaupun tidak terzahir pada penglihatan tapi mungkin dizahirkan dengan mata hati.

Syukur dengan 2 nikmat besar yang diberi bonus untuk kita yang bergelar islam iaitu nikmat Iman dan Islam. Manfaatkannya dengan sebaiknya.

Syukur dengan nikmat ibu dan bapa yang banyak mengerah keringat untuk mendidik kita dari dalam perut ibu sehingga membesar menjadi dewasa.

Syukur kerana dikurniakan orang sekeliling yang menurut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Syukur dengan segala nikmat hatta ianya sekecil zarah yang tidak keterlihatan pada mata kasar manusia tapi kesyukuran itu mampu dilihat pada Allah dengan nilaian yang besar.

Syukur dengan segala ujian yang diberi olehNya kerana suatu ujian itu dapat mengukur tahap keimanan kita terhadapNya.

Semoga kita diberi ganjaran Syurga dengan asbab mensyukuri segala nikmatnya dan

BERBAHAGIALAH HINGGA KE JANNAH




سيروا على بركات الله

No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude