Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Saturday, October 22, 2016

POWER OF TAHAJJUD

Bismillah.

Apabila kepala ligat duk susun ayat yang sesuai untuk post kali ni dan apabila jejari pantas menaip 
setiap bait yang terhambur keluar dari benak fikiran.
Tiada apa yang hendak dikongsikan melainkan kegumbiraan dalam kehidupan setelah diri 
bergelar musafir penuntut syahid. 

Tiada kata yang perlu diucapkan melainkan syukur
karna
disebalik kesyukuran itu Allah telah melipat kali gandakan kesyukuran tersebut dengan 
nikmat yang takkan pernah jelas di mata tapi mungkin dizahirkan dengan suatu perasaan 
yang mana mungkin dapat diterjemahkan melalui kata-kata melainkan 
rasa rendahnya kita sebagai hambaNya. 

Setelah berminit-minit menaip tanpa arah tuju yang mungkin terselit manfaat jua di situ. 

TAHAJJUD

yes and ya. Aku memilih untuk menulis mengenainya,
tajuk yang sesuai untuk aku hamburkan perasaan yang bertandang dalam diri yang kepingin aku kongsikan 
bukanlah ntuk mencuri perhatian malah untuk dijadikan pedoman dalam hidup aku dan kau, yes kita la. 

Sebelum aku story mory, suka untuk aku hadirkan beberapa soalan untuk kita tanya diri sendiri. Termasuk aku. 

Pernah tak kita tanya diri kita satu soalan ni je. 

Adakah aku sudah melebihi Allah dalam semua perkara berbanding makhlukNya? 

Buka minda, buka hati dan tanya diri sendiri. 

*****

Al kisah dari kisah-kisah pendek seorang hamba. 

"Ya Allah, aku lapar." 

"Fulanah, makan jom. Akak dah sediakan sarapan. Makan ni, jangan biar perut kosong."

"Ya Allah, aku dah lewat ni."

"Rileks Fulanah, ustazah tak masuk kelas lagi ni. Sempat je."

"Ya Allah, aku teringin nak minum jus buah."

"Jom Fulanah, keluar minum n makan salad buah malam ni. Kawan-kawan akak dari jauh datang. Meh la join sekali."

"Ya Allah, homework ni ada yang tak lengkap lagi."

"Eh Fulanah, jom bincang sekali. Kita try tanya arab tu la pasal benda ni. Jom!"


Gulungan demi gulungan yang disimpul mati, bahawasanya *ala-ala wakil rakyat yang sedang berceramah*
tiada satu pun urusan yang sukar melainkan jika kita menyerahkan kepada Allah. 

Awal pagi bangun duk date dengan Allah. Wallawes! Romantic giler. 
Feel dia tu lagi nikmat dari kita makan beda yang paling lazat kat atas muka bumi ni termasuk masakan mak kita. *serious talk*

Aku takdelah nak over sangat, tapi kadang over tu perlu jugak kan dalam menyampaikan sesuatu yang kita rasa kita nak orang yang dengar cerita kita tu faham apa yang kita nak sampaikan.
*emoji muka semangat* kadang aku report je kat blog ni, bila la nak letak emoji emoji sikit. tak maju
melencong sikit.

So, kesimpulan ikat matinya. AKAN DATANG SUATU KEUNTUNGAN DALAM DIRI JIKA KITA MELETAKKAN SEGALA PENGAHARAPAN KITA HANYA KEPADA ALLAH.

Percayalah.
Percayalah.
Walau dimana dirimu, Allah always be with you.


سيروا على بركات الله

No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude