Bismillah.
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan
Kau nak Syurga?
Sekarang ni. Apa yang kau buat. Apa yang kau fikir. Apa yang kau tengok. Semua tu ada tak yang menggambarkan kau nak Syurga? Ada?
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Syurga dikelilingi dengan kesukaran, sementara neraka dikelilingi dengan keseronokan". (Riwayat Muslim)
Diceritakan bahawa Ibn Khafif menderita sakit pinggang. Jika kesakitannya datang, beliau tidak mampu bergerak sama sekali. Biarpun begitu, setiap kali masuk waktu solat beliau meminta agae dibawa ke masjid.
Seseorang berkata kepadanya " usah paksakan dirimu."
Ibn Khafif membalas "jika engkau mendengar seruan muazin, hayya 'ala al-solah, namun engkau tidak melihatku di saf-saf masjid, maka carilah aku di tanah perkuburan."
(kisah ini diceritakan oleh al-zahabi dalam siyar a'lam al-nubala')
Nafsu kita sering memberontak. Taknak penat sangat dalam ibadah ni. Kalau boleh ibadah tu tolak tepi, awal-awal lagi.
Nafsu kita sangat menyukai kerehatan. Jika kita sering belai dia, duk ikut je semua tuntutan nafsu tanpa memaksa diri untuk melawannya, maka kecemerlangan dunia bahkan darjat tinggi di akhirat lesap macam tu je. Ya, Puff! *hilang*
Belajarlah daripada cara ulama-ulama terdahulu dengan memaksa diri mereka dalam menundukkan nafsu. Cara mereka mungkin terkadang kelihatan sangat keras, namun kekerasan terkadang memang diperlukan untuk mendidik jiwa yang nakal ini.
Sekadar perkongsian yang cukup ringkas kali ni mudah-mudahan dapat menggilap balik hati kita yang kian pudar dalam melihat kepada kebaikan.
Hati ni kalau sental sikit je dah boleh sentap, maknanya kita tidak tertinggal jauh dari Allah. Allah takkan pernah bosan dalam mendengar bodekan hambaNya. Muhasabah balik diri. Kita cuba sama-sama. Henshin.
سيروا على بركات الله
No comments:
Post a Comment