Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Saturday, March 12, 2016

SAYANGKU, AKHOWAT

Bismillah. 

Duhai Muslimah.

Bila sentuh tentang hati mesti mudah terusik kan? Bila pekena ayat power dari sang muslim mesti terus cair kan? Melting gitu. Aku? Jangan kata tak pernah. 

Bukan setakat perempuan je. Lelaki pun pernah. Hatta iman setebal lemak gajah sekalipun mesti mudah cair bila nampak perempuan cantik-cantik, solehah, ala-ala wanita melayu terakhir gitu. 

Tenang. Semua itu memang fitrah. Fitrah yang Allah campakkan dalam hati-hati setiap manusia untuk menguji tahap keimanan kita terhadapNya.



Satu pesanan " mata muslimah ni ibarat radar. pasti ada saja sasaran yang akan menepati ciri-ciri kemahuannya. Dikesan melalui radar, lantas dibawa rasa suka itu ke hati. Terusik" Pada mulanya suka. Then, mula la duk berangan-angan, ganggu minda. Bila terserempak, tak keruan. *mohon diri sendiri terasa*

Dear Muslimah, disini ku kepilkan nasihatku untukmu dan tidak lupa untukku jua :
1. Usahakan diri untuk mengawal 'radar' mu itu.
2. Terjaga radar, maka terjagalah hatimu. 

Easy right? Tapi tidak semudah itu apabila dipraktikkan. Memang, aku sendiri pernah melaluinya. Perit tu di sini *hati*. Mujahadah sangat-sangat diperlukan waktu ni untuk terus sado dan meletakkan segala kebergantungan kepada Allah.

Andai terusik hati itu, mohon. Jagalah. 
Andai terusik hati itu, pintalah kepadaNya agar dijaga hati itu untuk yang selayaknya.
Andai terusik hati itu, berdoalah padaNya agar dijaga rasa suka itu dan tidak terpesong. 

Andai terusik hati itu, didiklah ia agar selalu mengingati Penciptanya Yang Maha Esa.
Andai terusik hati itu, ingatkan ia kepada hal-hal yang dapat menyibukkan diri.
Andai terusik hati itu, pesan padanya "Jika dirimu menyerahkan hati kepada yang bukan selayaknya, boleh jadi 'dia' yang telah ditakdirkan buatmu juga melakukan perkara yang sama, yang telah menyerahkan hatinya kepada orang lain terlebih dahulu sebelummu. wanauzubillah."

Andai terusik hati itu, istighfarlah. Bersihkan setiap titik hitam yang mula muncul. 
Andai terusik hati itu, jangan segan. Hadirkan dirimu ke taman-taman syurga (majlis ilmu). Ceritakan kepada temanmu mahupun ustazah yang arif dan percaya. Atau mngkin kongsi dengan ibu yang lebih mengenali siapa diri kita. 

Let's say. Kalau hati kita degil sangat nak lupakan 'si dia'. Try jawab soalan aku ni, jawab nafsi-nafsi je, dalam hati ok? Jujurlah pada diri sendiri. Tak banyak pun. 

*soalan cepu cemas.*

1. Antara masa kita bersama dengan 'dia' atau dengan Dia yang lagi banyak?
2. Dah pasti ke 'dia' tu jodoh kita?
3. Rugi je duk jaga jodoh orang kan? 

See? Major kalau jawapan tu positif. Tahniah! Iman anda masih dapat diselamatkan. So, pasai apa duk tercegat lagi. Pi bentang sejadah. Taubat banyak-banyak. Allah takkan pernah bosan layan kita berbanding 'si dia' yang belum tentu ikhlas melayan kita. 

Kesan yang kita dapat bila kita dah let it go semua benda alah macam ni. 

*jeng, jeng, jeng*

- Jauh dari maksiat. 
- Hidup kita lebih terjamin.
- Hidup tak terikat dengan mana-mana pihak. *ece

Dan yang paling penting. Ilmu senang ja nak melekat, takdelah susah sangat nak kejar kalau lari tang mana pun kan. Ingatlah. Ilmu takkan datang kepada hati yang hitam dan gelap. Ilmu takkan pandang pada hati yang jauh dari Allah, dekat dengan maksiat. 

Semoga Allah meredhai hati-hati yang sentiasa ingat padaNya dalam apa jua keadaan sekalipun. Ayuh! Bangkitlah wahai ummah dan jangan mudah lemah. 


سيروا على بركات الله

No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude