Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Friday, March 4, 2016

TALI YANG TAKKAN PERNAH PUTUS

Bismillah. 

فاذا عزمت فتوكل على الله

Fuuh! Nak mula dari mana.

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. *bukan jadi raty sehari plak ya*

First thing first, aku tak tahu nak rasa apa. Nope! Bukan bermakna aku takde perasaan k. Memang hati aku agak berdebar sebelum keluar result, tu pun sebab duk baca what's app budak-budak ni duk kata berdebar semua tu. Aku tumpang sekaki la. hehe

Tapi, alhamdulillah. Sebelum, semasa and selepas dapat result hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku berasa seolah-olah sesuatu perasaan yang bertandang dalam sanubari aku yang takleh nak describe yang melebihi dari ketenangan tu.*ece, 'ter'over sikit*

Dan segalanya terjawab bila kita dah serahkan segalanya pada Allah. Alhamdulillah. Tahniah untuk diri aku sendiri. Dan tak lupa untuk sahabat-sahabat aku yang banyak sokong aku. Tanpa mereka juga aku takkan dapat apa yang aku dapat sekarang ni.

Actually, banyak benda yang aku akan coretkan kat sini. terima je la bentuk apa sekalipun, batik, tenun, mahupun kain kapan. *hambar.haha*

Mungkin benda ni kita sendiri terlepas pandang. REDHA 

Aku mungkin tidak sehebat mana-mana pakar yang apabila melontarkan suaranya ramai peratusan yang menerimanya berbanding menyangkal. Seperti aku, aku hanya mampu mengingatkan balik benda penting yang patut kita utamakan dan utamakan kepentingan tersebut.

حبل من الله وحبل من الناس
 Tali Allah aku taknak sentuh sebabnya aku memang respect sangat2 bab ni. Memang aku sendiri kalah sebab aku masih goyah. Masih banyak yang perlu aku betulkan.

Tali manusia. Erti kata lain hubungan sesama manusia. Kita try terjah satu persatu. Mula dengan mak ayah kita. Yang tu aku takleh nak kata apa sebab nafsi-nafsi punya cerita la.

Guru. Yes. Mereka adalah insan yang sangat kita hormati selepas mak ayah kita. Bahkan, Rasulullah juga sangat menyanjungi manusia yang bergelar guru hatta yang berkongsi ilmu walau sepotong ayat juga Baginda hormati.

Aku cuma nak touch up balik hati kita. Walaupun benda ni dah lepas, masih lagi ada peluang untuk kita sama-sama ubah untuk hadapi dunia luar. Mungkin akan berguna untuk kita suatu hari nanti. Aku cuma nak bagi khulasah dari perbualanku dengan seorang guru.

Walaupun usaha kita tidaklah seberapa dengan result yang cemerlang yang kita perolehi itu sebenarnya tercalit redha seorang guru.

Next, orang sekeliling. Yes. Sahabat. Actually it's all about our attitude. Memang benda ni agak klise bagi kita. Tapi jangan ambil mudah. Banyak benda yang remeh macam ni memberi impak yang maksima dalam diri kita. Renung balik.

Yang ni aku tak nak bahas panjang-panjang sebabnya mungkin semuanya agak faham dengan perangai masing-masing. Act, aku takut. Aku takut sangat bila aku tengok diri aku sendiri. Bagi aku, aku dah gagal pimpin sahabat-sahabat ke jalan yang jarang orang lalui. Jalan dimana dipenuhi taman-taman indah. Memang. Aku fail.

Jadi aku menyusun segala jari yang melekat pada diri aku, memohon ampun dan maaf sangat-sangat sebab aku banyak menyusahkan sahabat-sahabat aku. Asyik-asyik kena tadah telinga aku bleber je. Dah memang takde muka orang lain. Maaf sangat-sangat sebab tak dapat nasihat korang semua macam mana Rasulullah nasihat sahabat-sahabat yang lain.

Maaf. Hanya satu perkataan yang mampu ku luah demimu sahabat.

Terimalah segalanya dengan hati yang terbuka. Dengan hati yang penuh keinsafan kepada Allah sebagai hamba. Aku menulis kerana Allah dan kerana aku sayang korang semua. Belum tentu lepas ni kita dapat jumpa chitchat together gether macam mana waktu sekolah dulu kan.

Zaman ke arah kedewasaan telah mengkaburi zaman keremajaan.

Segalanya bakal ditentukan oleh diri kita sendiri dengan terus meminta kepadaNya.

 *penat menaip*

Untuk itu sahabat.

Segala ranjau telah kita lalui bersama 
Dari permulaan sehingga ke akhirnya
Rebah bersama bangkit bersama 
Berkongsi segala duka dan lara

Kini tibalah waktu untuk kita mengikut haluan dunia
Haluan yang bakal kita teroka
Hanya kita yang mampu mencorat segalanya
Dengan berkat Allah Yang Maha Kuasa

Terima kasih untuk segalanya
Memori terindah kita bersama 
Selamat tingal duhai sahabatku 
Semoga dapat bersu kembali 

Kalau bukan di dunia
InshaAllah di Syurga nanti 



Last but not least. Masih belum terlambat untuk aku ucapakan TAHNIAH kepada semua sahabat-sahabat aku dalam segala keputusan yang telah kita gapai. Dari 11 A sampai kepada yang infiniti. Moga segalanya Allah redha dan berlapang dada.

Banyak nasihat yang aku dapat dari cikgu-cikgu. Even, kita tiada a sekalipun takpe. Bersyukurlah. Cuba fikir orang yang kurang bernasib baik dari kita yang takde peluang langsung untuk belajar.  Banyak lagi peluang kita yang menunggu. Yang ni baru permulaan bagi kita. Allah saje nak uji kita, Dia sayang kita. Allah meamang tak  nak bagi dekat dunia InshaAllah kat akhirat Allah dah sediakan yang special khas untuk kita. Teruskan bersangka baik dengan Allah.

Apa-apa pun pilihan kita lepas ni. Jangan terlepas peluang untuk kita capai balik benda yang sangat penting bagi kita supaya kita tidak berpisah jauh dengan dia. What? Yes. Al-quran. That's all from me.

Keseriusanku tidak bermakna aku membencimu
Kasih sayngku terhadapmu tersemat padu di dalam sanubariku
Hanya menjadi perantaraan antara aku dengan Pencipta dan Penjaga hatiku
Justeru, kenali aku sebelum kamu menilaiku
until we meet again. InshaAllah.


سيروا على بركات الله





2 comments:

  1. Awk buat sy rse yg kita akan berpisah sgt² lepas ni.. Setakat ni sy masih lg menjajah wimozad tu ,, mari la htr makanan.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Act maybe kita semua akan ikut haluan masing-masing kan. So, peratusan utk gather sme2 tu la agk tipis sikit kan. Huhu. Nanti i masak sedap2 bg u ok. Biar gemok sikit 😂😂

      Delete

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude