Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Sunday, February 28, 2016

NAK MERAJUK, MENGELUH, PROTES?

Bismillah.

Dahsyat! Banyak giler benda nak kena print. MENGELUH.  Kadang-kadang aku tak faham jugak kerja abah ni. Hmm. Abaikan. Biarkannya menjadi satu monolog dalam diri aku je. #sisgigih

PROTES! 

Rajukan dan keluhan membawa kepada protes. Protes kepada siapa. Layakkah kita. Hanya tahu melihat ujian yang hakikatnya menduga keimanan hati.

Masih juga mahu merajuk. masih juga mahu mengeluh. Masih juga berani memprotes. Tertipu. Dek kerana mata hati sendiri yang buta. Bukannya mahu melihat nikmat yang menggunung. Sungguh hamba yang memang tidak tahu malu. Sombong! 

وان تعدوا نعمة الله لا تحصوها ان الله لغفوررحيم
Maksudnya : "Dan jika kamu menhitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(An-Nahl:18)
See. Kita sedar tak yang kita tak sedar?

Diri mudah melihat kelebihan orang lain. Merajuk yang tiada berkesudahan. Result keluar. Hanya tahu bermolog sendiri tanpa jawapan yang berkesudahan.

"Mengapa aku tidak pandai seperti dia, asyik mendapat keputusan yang rendah dalam peperiksaan."

Timbul pelbagai persoalan dalam diri. Mengapa aku tidak petah berbicara seperti dia. Mengapa aku tidak termasuk dalam golongan yang cemerlang seperti dia. Asyik-asyik dia je. Semua benda dia nak kebas. Mengapa mengapa dan mengapa.

Segalanya membawa kepada protes dalam diri.

Kerana terlalu mengikut hati yang sering tidak puas, usaha yang entah kemana. Jika mendapat keputusan yang rendah dalam peperiksaan, sungguh mudah mengankat bendera putih. Malas. Malas melanda diri, pelbagai alasan yang digunakan untuk selalu meletakkan diri pada aras bahaya dalam berusaha.

Tertipu dengan hati yang sudah dicemari titik-titik hitam.

Seharusnya berusaha mencari kelebihan diri, bukan begitu mudah menyerh kalah. Selalu tetapkan diri dalam keadaan yang bermatlamat hidup agar hidup tidak disia-siakan begitu sahaja. Allah tidak begitu kejam menjadikan manusia itu hanya dipenuhi keburukan dan kekurangan.

Hati mudah menyalahkan Dia. Hati mudah mengatakan Dia tidak adil. Bukannya mahu membongkar kekuatan diri untuk menjadikan diri lebih baik. Terus berpegang dengan diri yang tidak layak dalam semua perkara malahan banyak memberi alasan pada diri.

Yang dipandang hanya kelebihan orang lain yang lebih. Merungut. Sedangkan Allah telah membentangkan ruang dan peluang kepada kita. Haruskah kita terus merungut. Mata hati tertutup daripada terpandang anugerah daripada Allah yang sudah ada dalam diri.

Insafi diri. Contohi mereka yang mencuba untuk terus bergerak dalam landasan yang penuh liku-liku walaupun kekurangan dari segi fikizal tetapi masih mampu berdiri teguh.



Masih juga mahu mengeluh.

Terkadang kita sakit sedikit, mengeluh. Allah tarik nikmat pernafasan. Ya, selsema. Mengeluh. Cuba positifkan setiap ujian yang Allah hantar itu diibaratkan seperti hidangan buat kita. Hidangan yang mampu membawa kita kepada kenikmatan. Bilamana kenikmatan tersebut dapat membawa kita semakin dekat kepada Allah.

Masih juga mahu merajuk.

Apabila diberi nikmat, sedikit tanda bersyukur. Tetapi, apabila ditimpa ujian, seribu keluhan terluah. Satu kesalahan cukup mudah memadamkan seribu kebaikan. Satu ujian dengan mudah melenyapkan seribu nikmat.

Ingatlah.

Dalam usaha meniti tanggan ke Syurga, ujian itu perlu. Setelah pemberian nikmat yang bergunung. Sungguh, bahagialah apabila diuji. Kerana setiap ujian terselit suatu kejaiban yang menjadi rahsia Ilahi. Berusahalah. Allah tahu yang terbaik.


سيروا على بركات الله

No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude