Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Wednesday, February 24, 2016

JIWA KENTAL

Bismillah. 

Alhamdulillah. satu kalimah yang meniti di bibirku saat diri dapat mengecapi nikmat Allah buat kali yang ke berapa pun aku tidak pasti. So, untuk hari ni. Selamat hari lahir aku ucapkan untuk adikku yang merupakan anugerah terakhir dari Allah untuk keluarga aku *the siblings. Ahmad Izhar Hakimi. Nama yang mempunyai makna yang tersirat. InshaAllah semoga namanya dapat membentuk peribadi yang mulia. 

Banyak benda yang aku nak share tapi dengan mood yang nak masuk tidur dah ni, mungkin tak banyak yang aku boleh ulas. 

من اكثر من الستغفار جعل الله له من كل هم فرجا ومن كل ضيق مخرجا ورزقه من حيث لا يحتسب 
Maksudnya: Barangsiapa memperbanyak memohon keampunan, niscaya Allah akan menukarkan segala kesulitannya menjadi kelapangan, dan segala kesempitannya diberikan jalan keluar, dan Dia akan memberinya rezeki tanpa terkira banyaknya.
Sedikit perkongsian hadis yang dipetik dari kitab Bimbingan Mu'minin. *do pm me untuk letak baris

Mungkin satu kisah ni yang mengajar aku untuk terus berfikir akan hikmah di sebalik segala yang Allah tetapkan untuk aku.

Pernah tak kita kurang kepercayaan kepada Allah? I mean macam ragu-ragu kalau buat ni dapat ni. And apa-apa yang berkait dengan semua ni la. Ya. Aku pernah dan aku rasa waktu tu aku sangat-sangat la berdosa, Tapi hebatnya Allah, Dia tetap bagi ketenangan dalam hidup aku.

Contoh, budak junior ni pesan kat aku. Kalau kita nak sangat-sangat sesuatu tu try la buat solat hajat 12 rakaat inshaAllah segalanya dapat. Mak aiih. Masa tu macam-macam benda negatif masuk kepala aku. Ya la, junior je kot. Apa barang nasihat senior, aku lagi banyak makan garam la banding dia. Tu la aku masa tu.

Dan hari-hari berlalu macam tu je. Tanpa aku ambil berat dengan kata-kata tu. Walau sedikit pun. Gelapkah hati aku? Busukkahhati aku? Hitamkah hati aku? Allahu. -,-

Lepas kejadian tu, hari-hari aku berlalu dengan tenang. Setenang daun yang gugur ke permukaan bumi. Aku pelik. Dan secara tidak sengaja kata-kata adik junior tu menerjah masuk ruang otak aku. Pedih hati ni. Tanpa sebab.

Hidayah Allah sangat tersebar luas tunggu masa untuk dicapai dalam pelbagai bentuk. Masa? Anytime je.

So, back to my story. Then, sampai la saat aku terdesak sangat. Mungkin sebab tu aku try solat hajat 12 rakaat. Dengan terdesak aku spent time together. How so sweet aku malam tu. *jangan jealous
Keesokannya, tup tap tup tap. Alhamdulillah segalanya beres dan sangat lancar. Allah. Apakah? Malu.

Manusia. Memang time terdesak je sanggup buat apa-apa agar apa yang didesak tu dia dapat. Haah. Keadaan tu memang sesuai sangat dengan aku waktu tu.

Dan mulai dari hari tu. Aku cuba istiqamah untuk terus menyerahkan segalanya kepada Allah. Dan aku mula istiqamah untuk meminta pada Allah dahulu sebelum meminta kepada makhluknya walaupun hal yang remeh temeh macam tengah lapar ke kan.

Memang aku akui. Istiqamah sangat susah. *ayat sama*
Tapi apa salahnya kalau kita cuba slow-slow. Mungkin yang slow tu akan bagi effect yang besar pada diri. Macam solat hajat 12 rakaat. Cuba buat ikut musim sikit. I mean. Kalau luar musim exam ke, try buat 2x seminggu ke. Kalu dalam minggu exam try la up sikit jadi tiap hari ke.

Lahai. Minggu exam baru nak cari Allah. Helo. Lebih baik dari yang tak jumpa Allah terus. Cuba jangan tengok luaran sesorang, cuba dalami hati diorang. Setakat mana keikhlasan mereka-mereka hanya Allah yang tahu. Tak payah duk sibuk, doakan yang terbaik cukup memadai. Saham akhirat pun dapat.


 So, kipidap and donigibab! Allah tahu isi hati kita. Tak perlu berfikir panjang untuk kekal bersama Allah.

Sebelum aku stop menaip.

Allah. Tengah-tengah syok duk borak dengan ustaz baru-baru ni. *curi masa program sikit, maaf ya pengarah* Tiba-tiba hati aku terusik dengan satu kata-kata yang meniti di bibir ustaz saat ingin melangkah pergi menyambung tugasan

"Ana dah doakan untuk batch awak. tapi ketahuilah ana takkan pernah lupa awak. Nama awak selalu ana sebut masa duk depan Kaabah. Nama awak dah sampai di tempat suci. InshaAllah tanah suci juga mengalu-alukan jasad awak ke sana. Dan segala yang awak hajat, InshaAllah atas ketentuan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk awak. :)"

Allahu. Jernih. Hanya bergenang. Speechless. "Alhamdulillah" hanya satu lafaz yang menyinggah di hati. "jazakallahu khoiron kathiiran" satu lafaz yang tersekat-sekat keluar dari bibir.

Mungkin perasaan ini aku tak dapat kongsikan dan gambarkan. Kerana segalanya Allah. Hanya Allah yang tahu.



سيروا على بركات الله

No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude