Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Sunday, February 21, 2016

SPIRIT OF AL-FATEH

Bismillah. 

Spirit Of Al-Fateh telah melabuhkan tirainya. Penat lelah bertungkus lumus dari awal mula kertas kerja, masuk pejabat jumpa mudir *sorang diri*, text sana sini and sampai habis program sangat-sangat berbaloi. Nak kata penat memang agak penat tapi penat dunia untuk Allah, inshaAllah berbaloi di akhirat nanti. 

Aku dah tak tau nak share apa, cuma nak kongsi beberapa benda yang aku belajar sepanjang aku and the gang handle program ni. Memang banyak feedback-feedback yang positif dari budak-budak f1 sendiri dan aku akui memang banyak-banyak program yang aku terlibat sama, memang yang ni la salah satu program yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan yang sebenar. *ece 

Aku sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang banyak menyokong aku sepanjang menguruskan program ni. Memang manusia takkan lari dari kesilapan. Untuk sahabat-sahabatku yang baca post ni.Thanks again sebab sudi spent time together. jasa korang semua takkan lupus dalam ingatanku walau badai menimpaku, akan tetap ku lindung hingga akhir hayatku*karat.  

tetibe plak gatai tangan nak menaip banyak-banyak ni. Ok, i would like to share with you about program ni la. Jujur aku kata memang aku suka buat program2 alah macam ni tapi yang aku kurang suka sikit la sebab kena kerjasama dengan budak laki. Relax. Aku kurang suka ada sebabnya. Sebab? Dorang kurang bagi kerjasama kalau nak urus apa2 program. Aku mula judge benda ni waktu sekolah. Sangat anti dengan benda macam ni. Sebab tu la aku memilih untuk berdiri atas aki sendiri settle pasal kertas kerja and start berbincang. Dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tapi memang aku sangat berharap waktu tu ada pemimpin yang bertanggungjawab dari kalangan ummah yang digelar LELAKI yang uruskan semua kerja aku. Tapi, Allah tahu yang terbaik. 

Settle sampai situ. 

Alhamdulillah jugak dengan bantuan dari senior tahun lepas yang juga berpengalaman dalam mengurus program ni sangat membantu. Memang sangat membantu, copy paste balik je kertas kerja then edit sikit2 yang mana perlu. Dah. settled!

Ok. Masuk cerita balik. then, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah so far program berjalan lancar. macam tak percaya pun ada manage program yang agak besar jugak la bagi aku. dan segala andaian aku sebelum program semuanya bakal terungkai dari pemikiran satu demi satu. Antaranya, kerjasama antara batch kitorang sendiri. Alhamdulillah walaupun berlainan jantina, komitmen yang diberi cukup-cukup memuaskan hati aku. lagi parah dibuatnya hati aku berat sangat nak tinggalkan dorang sampai la sekarang. 

Satu demi satu kenangan sepanjang program menerjah ke ruang minda separa sedar aku. Sorang demi sorang yang lenyap dari pandanganku. Aku mulai keliru dengan keadaanku. Adakah masih punya harapanku untuk menggapai tangan mereka di akhirat kelak. Sedih. Siapa tak sedih oi. 5 tahun kenal, kawan , share banyak benda. lepas jumpa balik tup tup dah kena berpisah balik. entah bila pulak boleh jumpa. 

seriously talk, aku memang puas hati dengan kerjasama antara batch aku. Khusunya pengarah program, my beloved PA, and sofwatul mukhtarah. Korang memang the best. Aku tak pernah jumpa sahabat2 yang sehebat dorang. dah, jangan nangis. Biarkan kenangan yang menjadi ikatan persahabatan antara kita. Dari Allah, kerana Allah dan hanya kepada Allah kita bersama. InshaAllah semoga segala usaha kita semua menjadi asbab kita ke JannahNya. 

Mudah-mudahan segala kekurangan sepanjang program dapat kita ambil dan ubah menjadi sesuatu yang istimewa dalam diri kita yang merupakan aspek utama perubahan diri kita ke arah yang lebih baik. 

Akhir kalam, 

tika itu kita datang bersama keyakinan
dengan harapan yang penuh jitu
di saat kakimu melankah dengan satu tekad 
dengan satu matlmat

lalu kita bertemu di suatu suasana 
di mana kehidupan kita baru bermula 
ayunan langkah kita mencipta bahgia 
kita pupuk satu JALINAN 

apakah masih ada lai ukhuwwah antara kita
hubungan yang mesra antara kita semua
masih ada lagi ikatan penuh kasih
kasih sayang bersama kita masih satu jiwa

walau datang onak duri dalam perhubungan kita
damaikanlah ia dengan ikatan murni
persaudaraan ini kan terus terjalin 
kerna kita punya kasih

bila masanya kan tiba 
kita kan terpisah 
namn percayalah 
kita masih bahagia

kita satu jiwa JALINAN antara kita
bersama-sama 
selamanya

kerana dirimu begitu berharga 


سيروا على بركات الله


4 comments:

  1. terima kasih bell utk segalanya. sumpah segala kenangan mse progam takkan pernah dilupakan. mmg byk perkara baru yg dipelajari inshaAllah merubah diri ke arah yg lebih baik. minta maaf di atas segala kekurangan sepanjang program ni berjalan. 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihmu diterima.terima kasih juga atas segala masa yang awak luangkan untuk program ni. good luck. kita sama-sama berubah k ;)

      Delete
  2. waaaaaa,terharunya..
    nak nangis rasa..
    thanks bimbing saya slma 5 thn..
    thanks tgur saya kala saya tersasar@terlalai dr jlnNya..
    UHIBBUKUM LILLAHITAALA..

    ReplyDelete

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude