Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Thursday, February 25, 2016

SABAR DAN REDHA

Bismillah.

Hari ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Pap! Anything happen like a blink of an eyes. Dalam satu hari. Memang betul la Allah nak bagi sekejap je and Allah nak ambik balik pun sekejap. Dan ketahuilah every cloud have a silver lining.

Al-kisahnya
*****

Bangunku dari tidur yang lena tanpa menghiraukan bunyi alarm di sebelah. Langkahku diteruskan dengan melakukan kewajipan sebagai hamba. Then, lepas yasiin and so on aku sambung tidur balik *keletihan ,konon* ketahuilah pada waktu tu aku tak mandi lagi. muahaha. Malas. Tapi harini je *kot. 

Bangun balik sekitar jam 8 and siap-siap nak ke kelas jahitan alang-alang tu nak singgah sekolah jap bagi balik pendrive yang aku pinjam. Malam tadi aku siap-siap transfer video and dokumentasi aku terus letak kat atas meja. Elok-elok je. Dengan harapan aku bangun pagi esok terus je capai. 

Tapi. 

Tapi, kita merancang Allah yang tentukan. Pagi ni lain pulak jadinya. Segalanya berlaku tanpa diduga. 

Aku mula perasan bila aku nak blah. Tu pun aku ingat sebab ummi yang tolong ingatkan. Masuk bilik. Istighfar banyak-banyak aku. HILANG! ALLAH! Apakah? Adakah Kau merajuk denganku pada pagi tadi?  *terduduk, ayat-ayat drama muncul dalam otak*

Cari punya cari, geledah sana sini. Bilik bukannya bapak besar. Macam mana boleh hilang? Aku cuai? Ya. Mungkin ya dan mungkin tak. Tapi ya. Ah! Apa-apa je la. 

Aku tanya abe, abah,ummi hatta adik aku yang kecik pun disoal siasat. Ya la, siapa nak masuk bilik aku pagi-pagi tanpa sebab kan. Memang diorang jarang masuk bilik aku. Atau mungkin singgah jenguk aku sebab bilik aku sebelah dapur je. Usaha. 

Dalam hati hanya Allah yang tahu. Takutnya aku nak berhadapan dengan cikgu tu. Apa lagi alasan yang aku nak guna? Aku takkan duduk tenang sekali benda yang aku nak aku tak dapat. 

"Ilah. Dhuha dah kan? Gi sambung buat solat hajat dulu. Nanti ummi tolong cari setakat mana mampu. ;)" 

Allah. Kau sayang aku. :') 



Lepas solat semua tu aku sambung cari dan masa bila aku tertidur pun aku tak sedar. Sedar sedar je ummi terus hulur kunci kereta. 

"Nah! Gi la cerita kat cikgu benda yang sebenar. InshaAllah reda la sikit hati tu ;)"

Allah. Hati aku tercuit. Tercuit dek kerana kasih sayangMu yang melimpah terhadap hambaMu. Syukur. 

Sampai sekolah. Speechless. Masuk bilik cikgu terus peluk cikgu. Rasa cam nak nangis pun ada. So, mula la sesi kaunseling*ece*. Alhamdulillah. Cikgu senyum je. Tanpa menunjuk reaksi negatif dan tak marah pun. Cikgu suruh usaha lagi cari sampai dapat. Kalau tak jumpa, ganti. Ouh. *hairan* Cikgu gelak je dengar aku cerita 'mungkin tikus yang curi kot'. Boleh jadi je kan. 

Ok, segalanya terselit hikmah di situ. Dah, selesai sampai situ. *dalam usaha mencari lagi ni, huhu*

Sampai maghrib tadi aku tak jamah nasi tau. Jaga badan. haha. Kurang selera. Memang kepala otak ni duk melayang je fikirkan pendrive tu. huhu. 

Dahla tak jamah nasi, solat pulak agak terganggu dek terdengar perbualan abah dan ummi tentang pendrive aku yang hilang tu. Tawaku tahan. Geli hati terdengar suara abah yang merayu kepada tikus agar dipulangkan pendrive cikgu. haha. Allah. Ku lihat kasih sayangMu terserlah di situ. Tetapi aku tahu, kasih sayangMu melebihi kasih sayang ummi dan abah. 

*****

So, dah boleh fikir sendiri la kan apa hikmah yang tercalit kat situ? ;)

Lepas ni aku taknak pinjam-pinjam lagi dah. Insaf jap. even terdesak sangat pun cepat-cepat bagi balik. *peringatan untuk aku sendiri*

Ok. Selesai sampai tu. Tutup cerita. 

Allah menguji kita mengikut kesesuaian diri kita
Kadang-kadang Allah bagi kita ujian kecil je
Tapi kita mudah sangat merungut
Allah rindu kita
Mungkin ini salah satu asbab Allah tak perkenankan lagi doa kita
Kalau kat dunia Dia tak bagi cash, mungkin ada yang telah tersedia untuk kita
Di mana? Di akhirat sana nanti. InshaAllah. 
Short story yang se simple punya la aku bagi untuk hari ni. Kering idea nak bagi lebih-lebih. That's all. Thank you.

سيروا على بركات الله









No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude