Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Wednesday, February 24, 2016

HE KNOWS THE BEST

Bismillah. 

Alhamdulillah resume untuk malam ni dah settle. Ujian buat resume ni mashaAllah hanya Allah yang tahu. Tu tak start buat cv lagi ni. Dengan kertas personality test hilang tang mana tak tau. Biasa la ada anak kecik. *izhar tak bersalah*. See? Ada masalah bukan nak settle, siap tuduh-tuduh orang pulak. MashaAllah. *insaf jap*. Don't worry, sekarang segalanya di hujung jari anda. *blogger ni memang taknak up sikit ke, letak emoji banyak-banyak gitu.huhu*

Let's say. Personality test. Dari situ mungkin aku baru kenal siapa sebenar diri aku tapi kadang-kadang bukan boleh percaya sangat pun. Tapi yang ni memang aku rasa diri aku. Bukan apa, dalam satu row tu kena pilih kita punya characteristic. Then, siap baru la dia kelaskan kita ni jenis warna apa. Aku? Red. Hahaha.  Aku majority pilih sifat yang kena sangat dengan warna merah.

Kadang-kadang je aku suka warna merah. Kalau merah tu gabung dengan hitam. Memang aku suka and aku takkan tolak. Here my characteristic. Kalau nak cuba nanti aku ajar. *tapi kertas aku sendiri hilang*


Tak nampak? Tak payah nampak. Tak penting pun. Kalau nampak pun kira rezeki la kot. 

Majority sifat bagi warna tu memang ada pada aku tapi aku takkan percaya bulat-bulat fakta tu until benda tu berlaku pada diri aku and aku dapat feel tu sendiri. *koya* kalau fakta ni memang betul pun apa salahnya kalau aku nak move on ke arah yang lebih baik. kan?

Ok. Now, benda tu semua sekadar sampingan untuk topik asal. 

Back to the real life. Berapa hari lagi countdown untuk result SPM 2015? haha. soalan cepu cemas. 

Takpe la. berapa-berapa hari tu semua tak penting untuk kejar akhirat. Tapi penting juga untuk kita nak prepare diri and face the day. 

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Segalanya bercampur baur. 

Aku pun tak tahu nak sambung taip apa. Puzzled for awhile. 

Sedikit pesanan dari aku la. InshaAllah pesanan ni juga ditujukan untuk aku sendiri. 

Macam mana bentuk result pun yang kita dapat lepas ni. Bulat? Petak? Or anything la.  First thing first yang benda wajib yang kita kena buat adalah lapangkan dada dan SYUKUR. Even kita sedih sebab gembira atau sebaliknya tetap syukur.

Then jangan lupa orang pertama yang kita kena jumpa adalah ibubapa kita. kalau boleh nanti kalu kau dapat result flying colours gitu try share perasaan dengan mak ayah kita naik pentas sama-sama ambik result dengan mudir mesti best kan *aku teringin sangat nak buat. tapi hanya berserah kepada Allah. InshaAllah* 

Sebelum tu, try jangan over confident. Sebab benda ni pun pernah aku alami. huhu

Ok. then. Benda-benda lain tu secara automatik kita akan buat like salam-salam dengan cikgu, borak dengan kawan-kawan sebelum berpisah kan. Masing-masing dah ada halatuju sendiri. 

Now, let's say persiapan sebelum result membahang diri anda. 

Step 1 and next next next. 

Kita dah kena start selit doa untuk sahabat-sahabat kita. Kalau tak pernah buat. Boleh mula dari sekarang. 

Cuba selitkan masa dengan Allah tu lebih sikit dalam schedule harian kita. Takpe, jangan nak putus asa lagi, relax. 7 hari ni segalanya tiada yang mustahil bagi Allah asalkan segalanya kita bergantung kepada Allah. InshaAllah. 

Ok, perbanyakkan wasilah-wasilah baik yang pernah kita buat. Mula dari diri hingga kepada ummah. Apa yang pernah kita korbankan untuk orang sekeliling kita. Jadikan ia wasilah antara diri kita dengan Allah. InshaAllah dengan segala kebaikan dan ibadah-ibadah yang pernah kita lakukan menjadi bukti kesungguhan kita kepada Allah. 

Mungkin sekadar ini sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Ingat ni 

 وعسى ان تكرهوا شيئ وهو خير لكم وعسى ان تحبوا شيئ وهو شر لكم وااله يعلم وانتم لا تعلمونMaksudnya: Boleh jadi kamu tidak menyenagi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-baqarah:216)

سيروا على بركات الله


No comments:

Post a Comment

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude