Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Sunday, April 30, 2017

TO BE CONTINUED 2

Bismillah.

Berkenaan dengan post aku sebelum ini , suka untuk aku sambung balik aku punya pandangan sepanjang keberadaan aku di bumi Syam ini.

As islam, we know that Bumi Syam ini memang penuh dengan barakah dan rahmah. Memang sangat-sangat rugi kalau kita tidak memanfaatkan masa kita sepenuhnya sepanjang belajar di sini.

Aku tak berniat nak menaip panjang cuma mungkin kalau terpanjang itu baca tutup mata sebelah, buat-buat tak tahu. Gitu!

Kembali kepada topik asal dan bersempena dengan header baru blog ni, woo! suka untuk aku share apa itu maksud TARBIYYAH?

Berdasarkan kajian dan perbandingan yang telah dibuat:
Tarbiyyah itu adalah seni pembinaan potensi insan dan pengembaliannya kepada fitrah serta proses pemeliharaan kedua-duanya secara berterusan.

So, kalau aku tak explain ni agak-agak korang faham tak? Aku cuba untuk bagi pandangan dari sudut mental dan akal aku

Aku petik atas kata kunci seni pembinaan potensi insan, which is satu cara yang sesuai untuk tingkatkan kita punya kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita tak kesahlah dari segi pembelajaran atau kemahiran mahupun kesenian dan gunakannya dengan cara yang betul dengan kembali kepada Allah.

Jadi, kaitannya header blog kali ini dengan tajuk aku dan apa yang aku akan kupaskan adalah hidup dalam suasana tarbiyah. Bila dengan je tarbiyah ni, woo! boleh nightmare kot. Itu pandangan untuk manusia yang belum celik bahawa dunya ni memang dah tak lama untuk dihuni.

Dan tanggapan awal aku bila aku sampai sini, aku teringin nak cari gali dan cari dan terus menggali yang mana terbaik Allah tetapkan untuk aku. Yes! Kita boleh kata semua orang boleh sampaikan dakwan, tarbiyyah? Cakap dan cermah kat member pun boleh kata dakwah.

No no no. Bukan itu yang aku nak, bukan demand tetapi kita perlu demand untuk kita pilih yang terbaik untuk diri kita, untuk buktikan kita sayang diri kita. Hati kita, perlu untuk dirapikan dengan sebaiknya. Bukan sebab dunia semata bahkan kita kena kenal dan tahu macam mana cara untuk kita campakkan diri kita untuk sentiasa dalam rahmah Allah.

Nak kata aku dah mula bergiat dari sekolah rendah tu mungkin ya, tapi tidak segalak para ulama' lain yang dahagakan ilmu. Sekolah menengah memang tarbiyyah penuh dari sekolah.

Bilamana aku disini

"Jangan ikut akak tu, dia nak perangkap kau dengan persatuan je tu."

"Kau muda lagi, awal lagi kat sini, tak perlu fikir lagi soal semua ni."

"Balas budi orang yang tolong kau dulu sebelum kau lupa daratan."

Dan sebagainya . . . . . . .. . . .

Dan bila orang tanya pendapat aku ? Aku senyap. Tak tahu nak jawab apa. Dan bila Taufiq datang menyapa aku terus bermonolog dengan diri

"Tarbiyyah ni perlu berterusan. Kau tengok? Bilamana sekolah menengah kau stop benda ni semua, apa yang menguatkan kau dalam urusan dakwah selain teori yang pernah kau belajar? Percent dia tu banyak mana je yang terkesan dalam hati kau untuk urusan dakwah? Maslahnya, ada lagi ke? Atau dah terkabur dengan titik hitam?

Kau perlu, terpulang atas diri kau sekarang ni. Apa yang kau nak sumbang kepada ummah? Sebelum itu, apa modal kau untuk jalan dakwah? Alahai. Jangan lah sempit sangat pemikiran tu, bilamana kau dah yakin dengan sesuatu benda tu jalan terus je. Macam la sebelum ni kau tak pernah join benda tu. 

Lagipun hati kau tengan parah, sape lagi yang nak ingatkan kau dengan jalan tarbiyyah macam ni. Manis tu, kau kena rasa sendiri. Macam mana nak rasa? Cuba lah dulu. Belum cuba belum tahu.

Dan bila dah terjebak dengan benda ni, kau akan mula lihat dunya ni memang tak kekal selamanya."

Senyum sendiri aku :)

Bila dah namanya sanfurah memang hampir semua benda tak tahu. Bila ditanya kenapa?

"Sebab senior yang ajak."

"Sebab senior tu belanja saya macam-macam. Terhutang budi rasanya."

No! Buang jauh-jauh pemikiran tu. Jangan salahgunakan akal kita untuk menilai tapi lihat balik diri kita apa yang kita mahu. Kalau tak mahu, tak mengapa sebab islam pun bukan agama yang memaksa. Jangan kerana dunya kita lupa kita ada Pencipta.

Khulasah sebelum mata dilelapkan, carilah! Bukan cari yang bukan-bukan, tetapi carilah cara untuk kita sayang diri kita dengan cara memberi makan pada jiwa, roh dan tak lupa jasad kita. Seimbangkan yang hak untuk diri kita. Cuba untuk bersedia dari sekarang kerana mati itu pasti. Dah mati jangan sampai kita belum pasti dengan jawapan yang disoal Munkar dan Nakir nanti.
Pesan akhir aku:

Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan tarbiyyah.


 سيرو على بركات الله

Wednesday, April 26, 2017

GULA GULA KAPAS

Bismillah.

Kadang hidup ni aku boleh umpakan macam makan gula gula kapas tau. Manis dia tu sekejap je boleh larut lepas tu, HILANG! Kadang rasa manis tu makan masa sikit nak larut. Ada yang cepat tindakbalas dengan saliva ni nak rasa manis tu pun sekejap je.

Macam tu la hidup kita, tak semua yang manis tu akan kekal manis. Manis yang tak berpanjangan. Yang difikir manis kadang tercampur masin sikit. Sebab apa? Mungkin ada silapnya dalam manis tersebut.

Dan bersyukurlah dengan ketentuan tahap kemanisan hidup daripada Allah. Kadang tak semua benda berlaku dalam hidup kita ni indah belaka. Tidak! Kalau nak indah nanti tunggu Sorga la ye.

Terpanggil untuk cerita beberapa benda.


KELUARGA

Bila sebut pasal keluarga, mungkin ada insan yang dilahrkan dalam keadaan keluarga yang beriman, sejuk mata memandang, dengan pegangan islam yang kuat. Ada insan yang dilahirkan dalam latar belakang keluarga yang kurang didikan agama. Tapi, satu benda kita kena fikir. SYUKUR.

Syukur sebab kita ada keluarga. Cuba bayangkan insan-insan yang lahir tanpa keluarga disisi. I mean macam baby yang kena buang tu. Allahu, tergamak kan manusia buat macam tu.

Satu benda yang aku perasan bila ber muamalat (baca:bergaul) dengan manusia. Iya la, bila dah besar ni memang kenal ramai orang. Lagi jauh kita pergi, lagi ramai kita kenal dan dengar cerita, kongsi cerita semua tu. Lain orang lain kehidupan mereka.

Lepas dengar dan ada yang bekongsi cerita kisah suka duka family mereka. Kadang aku dengki, dengki dengan suasana islam yang lahir dalam kalangan keluarga sahabat-sahabat aku. Itu antaranya. Ada family, lahir dalam suasana islam tapi ada je yang kurang daripada kalangan mereka sendiri. Ada pulak family tanpa ayah dan ada yang tanpa ibu.

Aku? Tak bersyukur lagi? Dah la ada ibu bapa yang sihat. Abang as timbalan ketua keluarga. Tambah pulak bonus Allah bagi dapat adik-adik baru. Sepasang pulak tu. Walaupun jarak umur yang jauh tapi tak menghalang kasih sayang yang baru nak mekar.

Dan bila duk jauh dengan keluarga ni aku perasan banyak benda yang berubah dalam diri aku dan keluarga aku sendiri. Alhamdulillah. Yang pasti aku homesick weih.

Homesick kat sini tak sama homesick dekat asrama dolu-dolu. Yang pasti kat sini lagi parah. Ah! Sakit dan terseksa jugak sebab berjauhan dari mata. Aku tak tahu aku boleh bersabar atau tak bila datang ujian yang lagi dahsyat daripada sakit sikit-sikit macam tu. Allah.

Kadang kalau merungut ke apa, tak suka keluarga sendiri dengan perangai masing-masing yang tak boleh dengan cara kita. Syukurlah. At least, Allah tak pudarkan rasa kasih sayang dalam diri antara keluarga kita.

Kadanga terfikir banyak kekurangan dalam keluarga sendiri sampai tak nampak kelebihan yang ada dalam keluarga kita. Bila dah dengar pengalaman dan cerita-cerita keluarga orang lain. Ouh, aku bersyukur dapat keluarga macam ni. Walaupun perlu banyakkan tampalan dalam kekurangan. Tak terfikir, mungkin Allah nak uji kita, sebab Allah sayang kita.

Takkan Allah nak masukkan kita dalam SyurgaNya tanpa ujian kan. Tetibe cakap pasal Syurga Allah ni kan, terfikir jugak. Dah cukup ke amalan aku untuk sampai Syurga tu. Takut bercampur kepingin sangat kan. Ummi abah redha ke tidak dengang kehadiran aku. Perangai aku. Allah. Takut.

So, as anak ni. Tak perlu la kau nak nilai sejauh mana tahap kebahagiaan seseorang tu kan. Daripada kita duk nilai semua benda dunia ni, lebih baik kita cuba usaha dan sibukkan diri perbetulkan yang mana kurang. Kalau ada silap kita betulkan dengan cara hikmah. Jangan sampai kita nampak keburukan seseorang sampai dikaburi kebaikannya daripada pandangan syaiton duurjanaaa.

Sekian.

سيرو على بركات الله


Sunday, April 9, 2017

20 RIYAL

Bismillah.

"Dugaan dan ujian mematangkan diri."

Tiada manusia yang dilahirkan tanpa ujian dan dugaan hidup. Sebelum ni selalu je mudah putus asa, sebab apa? Sebab taknak dan tak sudi nak berhadapan dengan ujian semua ni.

Believe it  or not bilamana kau ambil mudah dan follow the flow je bila dapat ujian ni, kau akan rasa lapang dan tak mudah nak frust and buat benda negatif yang tak patut masuk di akal. Sebab apa? Sebab kau ada Allah sebagai tempat untuk bergantung.

*****

Seusai solat subuh dan solat dhuha di Masjidil Haram, soalan yang tertangguh dalam fikiran kembali menerjah. 

"Allah, aku tak cukup duit nak makan ni. Sekali sekala teringin nak makan sedap, tapi makanan kat sini mahal la Ya Allah." 

Dalam perjalanan pulang ke hotel, dua orang wanita lingkungan umur 40-an tersenyum padaku,

"Assalamualaikum cik :) "

"Waalaikumussalam. Dari mana ni nak?"

"Malaysia cik, tapi belajar di Jordan."

"Oh, Malaysia kat mana?" 

"Terengganu. Makcik?"

"Terengganu jugak, dekat ... kampung ... "

"Allahu, sama la makcik saya pun dari kawasan tu jugak. Tak sangka boleh jumpa kat sini."

"Alhamdulillah. Dapat juga merasa jumpa dengan budak belajar luar negara ni. Makcik first time datang sini. Doakan urusan makcik dimudahkan okay."

Not 20 riyal dikeluarkan dan dihulurkan kepadaku. 



"Ambil lah, buat makan. Belajar elok-elok kat negara orang. Nanti balik boleh jumpa makcik. Makcik pergi dulu ya nak."

Kaku. Hanya tangisan yang menemani aku sepanjang ke tempat solat. 

*****

Menarik. Sangat menarik. Banyak lagi kisah dan keajaiban yang berlaku hanya sekelip mata dengan detik hati je kau seolah tak percaya. Percayalah! Yakin dengan Allah. Takkan sia-sia sampai bila-bila. Dah, nanti free aku share lagi. 

Kesimpulan, kau takkan berseorangan kat dunia, kerna kau punya Allah. 


Saturday, April 8, 2017

MASALAH HATI

Bismillah.

dalam kesibukan hari hari yang tiada pengakhhirannya kecuali mati, 
tiada paksaan untuk kita membuat pilihan sendiri, samada ke arah kebaikan mahupun terjun ke junaman yang dalam. 
Aku, memang tak asing lagi dari dunia aku yang hanya aku yang layak memilihnya. 

dan dalam dunia yang penuh dengan dugaan dan ujian hidup, aku disapa dengan dugaan hidup entah sampai bila akanku hadapi saat ini. 
tiada saat tiada minit yang dapat ku hitung untuk menyelesaikan masalah aku. 

ya, MASALAH HATI 



Hati. memang payah nak jaga. Tambahan, ia sukar dilihat malaha dapat dirasa. 
tersalah rasa, teruk padahnya. terlebih rasa, itu yang perlu untuk kebaikan bukan sebaliknya. 

Bawa diri, pimpin diri dan sayangi diri ibarat menyayangi sesuatu yang sangat bernilai. Kerana diri kita sangat bernilai. Nilaian yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Okay, ini sekadar muqaddimahnya. 

Untuk hati yang tidak selalu tenang, penawarnya adalah tatap muka saya, okay mengarut. ISTIGHFAR 

Ya, istighfar. Dalam kita tak sedar, dosa kita terbang dan hapus. poof!

Dan kaitannya tajuk ni dengan diri aku sekarang adalah berkenaan hati. Tolong, tolong bantu aku untuk teruskan kawalan dan sekatan hati untuk mana-mana ajnabi. 
Aku takut. Cukuplah hanya menjadi mawar berduri yang perlu diasah lagi. Aku takut. 

Ya, hati aku selalu tergoda oleh bisikan bisikan syaiton. Seolah mereka mengetahui kelemahanku. Aku takut, bukan pada syaiton durjana tapi azab Allah yang dahsyat. 

Hanya mampu istighfar untuk mengelak diri terus diuji. 

Dan aku terus diuji dengan hati. 

Oh. Aku tahu mungkin puncanya bermula dengan mata. Ya, pandangan mata.
Dari mata jatuh ke hati, memang tidak asing lagi pepatah ini. Mata, anak panah syaiton. 

Aduh! Sakit yang teramat sangat. 

Teruslah beristighfar. Walaupun amaln ini adalah sekecil alah tetapi nilaian pada akhirat sangat besar, dan penilaian ibadah pada mata Allah adalah berbeza dengan manusia. 
Teruskan beramal dan beribadah. Kita tidak tahu amalan mana yang diterima Allah.

سيرو على بركات الله

Wednesday, April 5, 2017

TO BE CONTINUED

Bismillah.

Assalamualaikum. Dah lama aku pencen dalam bidang penulisan ni, sekarang teringin pulak nak terjun balik dalam ni. Sekarang tengah hitung hari nak balik Malaysia. Cuti panjang sangat 3 bulan. Jadi, memang kena manfaat masa betul-betul nanti burn macam tu je duit tiket. Rugi la kalau dah cuti tapi tak dapat apa-apa. NOTHING

Suka untuk aku kongsi pendapat aku mengenai hari-hari aku yang telah berlalu dengan pantasnya. Ye la, aku bukannya jenis macam perempuan lain yang duk suka update memanjang. Tak facebook, instagram. Aku paling tak pun twitter, tu pun kalau ilham datang menyapa. Bukan senang ilham nak sapa aku tau. Tambah pulak aku ni bukan pembaca tegar buku-buku sastera. Aku mampu selak syair arab je tu pun kerana terpaksa. Kalau tak, tunggu hidayah pulak datang menyapa.

Directly, masuk bulan ni dah hampir setengah tahun lebih aku belajar kat sini. Banyak benda baru sama ada baik atau buruk yang aku nampak dan lalui. Study abroad especially dekat timur tengah is not easy as you think. Ye la, dah benua eropah sebelah je. Banyak tempat lawa-lawa boleh terjah. Tapi aku tak terasa lagi nak keluar terjah alam. Tak tahu kenapa. Rugi kan?

Sebab sekarang musim bunga 



So I decided untuk buat umrah dulu sebelum ke mana-mana. So sampai sekarang la aku tak kemana-mana. Chill la tak sampai setahun lagi kot aku kat sini.

Ok kita dah out of topic dah sikit. So back to our topic is about my opinion sepanjang aku stay sini. Setakat mana aku boleh karang je la ye. Aku bukan penulis tegar yang punyai ayat bunga dan puitisnya boleh meletopkan gunung berapi yang sedang bergelegak. Ok itu bukan aku.

Tengah-tengah menaip ni aku baru teringat ! Aku ada meeting malam ni! Ottoke! Kena siap awal. Okay. Ciao! Pape pun

سيرو على بركات الله
 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude