Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Saturday, March 16, 2019

SUATU HARI




Duhai,
kau punya manusia untuk menyayangi
kau punya manusia untuk disayangi
tidak selayaknya kau bersendiri

Duhai,
mengenangkan perkara negatif bakal memundurkan dirimu
apatah lagi berperilaku yang jahat
bukankah sebaliknya kau harus berbahagia?

Duhai,
tidak salah untuk mengecilkan diri
tapi berpadalah
kau juga layak disanjung
tapi berpadalah
jangan sampai lupa diri

Duhai,
mengasingkan diri dari yang lain buka penyelesaiannya
bahkan menjadikan kau lebih derita
perit bukan?

Duhai,
usah selalu menunduk
sesekali dongaklah ke langit
lihatlah apa yang dibentangkan oleh Rabb mu
indah dan menenangkan

Bersyukurlah duhai diri kerna masih punyai nyawa untuk terus bernafas


Thursday, February 14, 2019

2019

2019 calligraphy for New Year greeting cards type background new banner year happy for sale number 2019 vintage poster new year text greeting calligraphy design card vector lettering typography


Selamat Tahun Baru.


Hampir satu tahun aku meninggalkan karier penulisan di blog ini. Agaknya masih ada kah orang yang berminat dengan penulisan aku yang tidak seberapa ni. Acah je ni. Padahal viewers tak ramai pun.

Alhamdulillah aku berjaya tempuh hidup tahun 2018 dengan berjaya sampai ke akhirnya walaupun di tengah tengah tahun tu ada la naik turun iman jatuh bangun semangatnya walaubagaimanapun aku harus menempuhinya. Bak kata pepatah, alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang dah dalam tahun 2018 tempuhilah dengan sebaiknya. Kaitan sangat.

Nak cerita pengalaman pahit manis tu banyak sangat tapi ingat ingat lupa lah. Jumpa orang baru tu semestinya dengan pengalaman bersama orang baru serta environment baru sudah tentu membuatkan aku makin hari makin berkembang otak dan pemikiran pun semakin mencapah. Ke? hahaha, masuk bakul angkat sendiri

Jatuh bangun dalam pendidikan dan persatuan itu sudah menjadi perkara biasa dalam kitaran hidup aku. The new things in my life i joined Shaklee's business. Benda ni la paling rare dalam hidup aku sepanjang tahun 2018. Seorang insan yang tak pernah suka ada ikatan dengan duit then terjun dalam benda baru and proud to myself sebab berjaya buktikan kepada diri sendiri yang aku mampu. Aku cuba dan aku mampu dan aku harap aku dapat bertahan lama dalam bidang ni. Mudah-mudahan.

The big things happened in this year which is i joined the election in my campus. Nak kata campus tak juga, kiranya persatuan induk Malaysia di Jordan ni. Yes, walaupun tak menang dalam kerusi yang bertanding tu which is as Ketua Hewi Mahasiswa Malaysia Jordan aku still dapat feel sendiri suasana pilihanraya and pengalaman tu memang sangat sangat mahal. Special case sebab aku je yang rasa benda tu sebab aku yang bertanding bukannya kau 😆

Pilihanraya ni memang aku sangat rasa dia punya bahang dia. Masa ni la kita akan nampak dan tahu siapa diri kita yang sebenar dan diri orang lain. eh (?)

Oh ya, sepatutnya post kali ni aku nak cerita pasal aku travel ke Turki tapi benda tu tergendala and aku tend to untuk cerita benda ni la.

In sya Allah next post i will share about my journey travelling europe, Ada yang suggest dekat aku maybe boleh buat dalam bentuk vlogger kot but aku rasa kurang yakin and maybe i will. Depends n my mood la, gambar ni pun banyak lagi au tak siap edit. Aku pun tak tahu hari hari aku buat apa hahaha

Okay, korang yang baca post ni doakan kebahagiaan aku di dunia dan akhirat tau.

Selamat malam. Suka hati la nak ucap selamat malam pun sebab aku menulis benda ni waktu malam and lagipun aku dah nak tido ni. Maafkan salah silap aku. Bye 😜


Wednesday, May 17, 2017

NANGIS LAJU LAJU

GEMBIRA
.
SEDIH
.
BANGGA
.
TERHARU

TAK TAHU NAK RASA APA.

Puzzled! 😐

Suka sangat. Alhamdulillah 4 tahun berturut-turut abah dapat anugerah pekerja cemerlang 💕 TAHNIAH ABAH!

Nak expose, tak reti
Realiti bukan tak reti
Tapi takut nanti hati mati
Lupa semua benda dari Ilahi




Aku lebih memilih untuk cakap depan-depan abah secara unformal.

Dan menulis untuk lebih meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Even entah ada orang baca atau tidak. Itu terpulang. Untuk menjaga hati. Tak payah tahu lagi bagus.

Jadi post ini untuk abah terchenta. *kalau abah baca* mungkin suatu hari nanti.

Untuk Abah,

Ilah bangga dengan abah. Even abah sibuk kerja, kurang masa dengan ilah. Tapi ilah nampak abah cuba untuk ambil tahu dan caring dengan ilah dan yang lain.

Abah. Walaupun abah tak luah secara formal abah sayang kami, tapi tingkah laku dan perbuatan abah dah cukup menggambarkan kasih sayang tu. Alhamdulillah.

Kalau terkadang ilah banyak sakitkan hati abah.

Pernah sekali abah mengadu,

"Abah takkan janji apa-apa dah dengan ilah. InshaAllah kalau abah mampu abah akan tunaikan."

"Kenapa?", soal si anak.

"Sebab masa kecik-kecik ilah ada kata ilah benci abah sebab tak tunaikan janji dengan ilah. Ilah banyak kali kata ilah benci abah sebab .."

Terdiam. Kaku. *berderai 😢

Benda kecil, masa masih kecil. Abah simpan, sampai sekarang. Maafkan ilah abah 😓

Dan benda kecil juga yang selalu membuat hati aku berbunga 🌷 kalah musim spring kat sini.

Guess what?

Bila abah panggil aku dengan perkataan SAYANG ☺️

Walaupun nampak kecil, tapi sangat bermakna bagi aku. Memang susah nak dengar abah luah perkataan tu even dekat ummi sendiri. Tapi sekali je luah, aku tahu itu sangat bermakna bagi aku.

Abah dah buktikan,
Abah dapat anugerah tu.

Aku? Macam mana aku nak buktikan?

Jom beat dua abah. Kita beat sama-sama untuk cemerlang. Mulai sekarang.

Alhamdulillah Ya Allah,
Terima Kasih untuk waktu ini.

Abah, terima kasih untuk segalanya di dunya. Moga usaha abah untuk kejar dunya setanding dengan usaha abah untuk capai Syurga dan bersama-sama di akhirat sana 🌹

Tulus,
Si anak yang sekepala dengan abahnya plan nak bagi surprise dekat ummi. Bahawasanya si anak BALIK BERAYA DI MALAYSIA ✈️ 3 BULAN WOOO ! Yeah!

Sunday, April 30, 2017

TO BE CONTINUED 2

Bismillah.

Berkenaan dengan post aku sebelum ini , suka untuk aku sambung balik aku punya pandangan sepanjang keberadaan aku di bumi Syam ini.

As islam, we know that Bumi Syam ini memang penuh dengan barakah dan rahmah. Memang sangat-sangat rugi kalau kita tidak memanfaatkan masa kita sepenuhnya sepanjang belajar di sini.

Aku tak berniat nak menaip panjang cuma mungkin kalau terpanjang itu baca tutup mata sebelah, buat-buat tak tahu. Gitu!

Kembali kepada topik asal dan bersempena dengan header baru blog ni, woo! suka untuk aku share apa itu maksud TARBIYYAH?

Berdasarkan kajian dan perbandingan yang telah dibuat:
Tarbiyyah itu adalah seni pembinaan potensi insan dan pengembaliannya kepada fitrah serta proses pemeliharaan kedua-duanya secara berterusan.

So, kalau aku tak explain ni agak-agak korang faham tak? Aku cuba untuk bagi pandangan dari sudut mental dan akal aku

Aku petik atas kata kunci seni pembinaan potensi insan, which is satu cara yang sesuai untuk tingkatkan kita punya kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kita tak kesahlah dari segi pembelajaran atau kemahiran mahupun kesenian dan gunakannya dengan cara yang betul dengan kembali kepada Allah.

Jadi, kaitannya header blog kali ini dengan tajuk aku dan apa yang aku akan kupaskan adalah hidup dalam suasana tarbiyah. Bila dengan je tarbiyah ni, woo! boleh nightmare kot. Itu pandangan untuk manusia yang belum celik bahawa dunya ni memang dah tak lama untuk dihuni.

Dan tanggapan awal aku bila aku sampai sini, aku teringin nak cari gali dan cari dan terus menggali yang mana terbaik Allah tetapkan untuk aku. Yes! Kita boleh kata semua orang boleh sampaikan dakwan, tarbiyyah? Cakap dan cermah kat member pun boleh kata dakwah.

No no no. Bukan itu yang aku nak, bukan demand tetapi kita perlu demand untuk kita pilih yang terbaik untuk diri kita, untuk buktikan kita sayang diri kita. Hati kita, perlu untuk dirapikan dengan sebaiknya. Bukan sebab dunia semata bahkan kita kena kenal dan tahu macam mana cara untuk kita campakkan diri kita untuk sentiasa dalam rahmah Allah.

Nak kata aku dah mula bergiat dari sekolah rendah tu mungkin ya, tapi tidak segalak para ulama' lain yang dahagakan ilmu. Sekolah menengah memang tarbiyyah penuh dari sekolah.

Bilamana aku disini

"Jangan ikut akak tu, dia nak perangkap kau dengan persatuan je tu."

"Kau muda lagi, awal lagi kat sini, tak perlu fikir lagi soal semua ni."

"Balas budi orang yang tolong kau dulu sebelum kau lupa daratan."

Dan sebagainya . . . . . . .. . . .

Dan bila orang tanya pendapat aku ? Aku senyap. Tak tahu nak jawab apa. Dan bila Taufiq datang menyapa aku terus bermonolog dengan diri

"Tarbiyyah ni perlu berterusan. Kau tengok? Bilamana sekolah menengah kau stop benda ni semua, apa yang menguatkan kau dalam urusan dakwah selain teori yang pernah kau belajar? Percent dia tu banyak mana je yang terkesan dalam hati kau untuk urusan dakwah? Maslahnya, ada lagi ke? Atau dah terkabur dengan titik hitam?

Kau perlu, terpulang atas diri kau sekarang ni. Apa yang kau nak sumbang kepada ummah? Sebelum itu, apa modal kau untuk jalan dakwah? Alahai. Jangan lah sempit sangat pemikiran tu, bilamana kau dah yakin dengan sesuatu benda tu jalan terus je. Macam la sebelum ni kau tak pernah join benda tu. 

Lagipun hati kau tengan parah, sape lagi yang nak ingatkan kau dengan jalan tarbiyyah macam ni. Manis tu, kau kena rasa sendiri. Macam mana nak rasa? Cuba lah dulu. Belum cuba belum tahu.

Dan bila dah terjebak dengan benda ni, kau akan mula lihat dunya ni memang tak kekal selamanya."

Senyum sendiri aku :)

Bila dah namanya sanfurah memang hampir semua benda tak tahu. Bila ditanya kenapa?

"Sebab senior yang ajak."

"Sebab senior tu belanja saya macam-macam. Terhutang budi rasanya."

No! Buang jauh-jauh pemikiran tu. Jangan salahgunakan akal kita untuk menilai tapi lihat balik diri kita apa yang kita mahu. Kalau tak mahu, tak mengapa sebab islam pun bukan agama yang memaksa. Jangan kerana dunya kita lupa kita ada Pencipta.

Khulasah sebelum mata dilelapkan, carilah! Bukan cari yang bukan-bukan, tetapi carilah cara untuk kita sayang diri kita dengan cara memberi makan pada jiwa, roh dan tak lupa jasad kita. Seimbangkan yang hak untuk diri kita. Cuba untuk bersedia dari sekarang kerana mati itu pasti. Dah mati jangan sampai kita belum pasti dengan jawapan yang disoal Munkar dan Nakir nanti.
Pesan akhir aku:

Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan tarbiyyah.


 سيرو على بركات الله

Wednesday, April 26, 2017

GULA GULA KAPAS

Bismillah.

Kadang hidup ni aku boleh umpakan macam makan gula gula kapas tau. Manis dia tu sekejap je boleh larut lepas tu, HILANG! Kadang rasa manis tu makan masa sikit nak larut. Ada yang cepat tindakbalas dengan saliva ni nak rasa manis tu pun sekejap je.

Macam tu la hidup kita, tak semua yang manis tu akan kekal manis. Manis yang tak berpanjangan. Yang difikir manis kadang tercampur masin sikit. Sebab apa? Mungkin ada silapnya dalam manis tersebut.

Dan bersyukurlah dengan ketentuan tahap kemanisan hidup daripada Allah. Kadang tak semua benda berlaku dalam hidup kita ni indah belaka. Tidak! Kalau nak indah nanti tunggu Sorga la ye.

Terpanggil untuk cerita beberapa benda.


KELUARGA

Bila sebut pasal keluarga, mungkin ada insan yang dilahrkan dalam keadaan keluarga yang beriman, sejuk mata memandang, dengan pegangan islam yang kuat. Ada insan yang dilahirkan dalam latar belakang keluarga yang kurang didikan agama. Tapi, satu benda kita kena fikir. SYUKUR.

Syukur sebab kita ada keluarga. Cuba bayangkan insan-insan yang lahir tanpa keluarga disisi. I mean macam baby yang kena buang tu. Allahu, tergamak kan manusia buat macam tu.

Satu benda yang aku perasan bila ber muamalat (baca:bergaul) dengan manusia. Iya la, bila dah besar ni memang kenal ramai orang. Lagi jauh kita pergi, lagi ramai kita kenal dan dengar cerita, kongsi cerita semua tu. Lain orang lain kehidupan mereka.

Lepas dengar dan ada yang bekongsi cerita kisah suka duka family mereka. Kadang aku dengki, dengki dengan suasana islam yang lahir dalam kalangan keluarga sahabat-sahabat aku. Itu antaranya. Ada family, lahir dalam suasana islam tapi ada je yang kurang daripada kalangan mereka sendiri. Ada pulak family tanpa ayah dan ada yang tanpa ibu.

Aku? Tak bersyukur lagi? Dah la ada ibu bapa yang sihat. Abang as timbalan ketua keluarga. Tambah pulak bonus Allah bagi dapat adik-adik baru. Sepasang pulak tu. Walaupun jarak umur yang jauh tapi tak menghalang kasih sayang yang baru nak mekar.

Dan bila duk jauh dengan keluarga ni aku perasan banyak benda yang berubah dalam diri aku dan keluarga aku sendiri. Alhamdulillah. Yang pasti aku homesick weih.

Homesick kat sini tak sama homesick dekat asrama dolu-dolu. Yang pasti kat sini lagi parah. Ah! Sakit dan terseksa jugak sebab berjauhan dari mata. Aku tak tahu aku boleh bersabar atau tak bila datang ujian yang lagi dahsyat daripada sakit sikit-sikit macam tu. Allah.

Kadang kalau merungut ke apa, tak suka keluarga sendiri dengan perangai masing-masing yang tak boleh dengan cara kita. Syukurlah. At least, Allah tak pudarkan rasa kasih sayang dalam diri antara keluarga kita.

Kadanga terfikir banyak kekurangan dalam keluarga sendiri sampai tak nampak kelebihan yang ada dalam keluarga kita. Bila dah dengar pengalaman dan cerita-cerita keluarga orang lain. Ouh, aku bersyukur dapat keluarga macam ni. Walaupun perlu banyakkan tampalan dalam kekurangan. Tak terfikir, mungkin Allah nak uji kita, sebab Allah sayang kita.

Takkan Allah nak masukkan kita dalam SyurgaNya tanpa ujian kan. Tetibe cakap pasal Syurga Allah ni kan, terfikir jugak. Dah cukup ke amalan aku untuk sampai Syurga tu. Takut bercampur kepingin sangat kan. Ummi abah redha ke tidak dengang kehadiran aku. Perangai aku. Allah. Takut.

So, as anak ni. Tak perlu la kau nak nilai sejauh mana tahap kebahagiaan seseorang tu kan. Daripada kita duk nilai semua benda dunia ni, lebih baik kita cuba usaha dan sibukkan diri perbetulkan yang mana kurang. Kalau ada silap kita betulkan dengan cara hikmah. Jangan sampai kita nampak keburukan seseorang sampai dikaburi kebaikannya daripada pandangan syaiton duurjanaaa.

Sekian.

سيرو على بركات الله


Sunday, April 9, 2017

20 RIYAL

Bismillah.

"Dugaan dan ujian mematangkan diri."

Tiada manusia yang dilahirkan tanpa ujian dan dugaan hidup. Sebelum ni selalu je mudah putus asa, sebab apa? Sebab taknak dan tak sudi nak berhadapan dengan ujian semua ni.

Believe it  or not bilamana kau ambil mudah dan follow the flow je bila dapat ujian ni, kau akan rasa lapang dan tak mudah nak frust and buat benda negatif yang tak patut masuk di akal. Sebab apa? Sebab kau ada Allah sebagai tempat untuk bergantung.

*****

Seusai solat subuh dan solat dhuha di Masjidil Haram, soalan yang tertangguh dalam fikiran kembali menerjah. 

"Allah, aku tak cukup duit nak makan ni. Sekali sekala teringin nak makan sedap, tapi makanan kat sini mahal la Ya Allah." 

Dalam perjalanan pulang ke hotel, dua orang wanita lingkungan umur 40-an tersenyum padaku,

"Assalamualaikum cik :) "

"Waalaikumussalam. Dari mana ni nak?"

"Malaysia cik, tapi belajar di Jordan."

"Oh, Malaysia kat mana?" 

"Terengganu. Makcik?"

"Terengganu jugak, dekat ... kampung ... "

"Allahu, sama la makcik saya pun dari kawasan tu jugak. Tak sangka boleh jumpa kat sini."

"Alhamdulillah. Dapat juga merasa jumpa dengan budak belajar luar negara ni. Makcik first time datang sini. Doakan urusan makcik dimudahkan okay."

Not 20 riyal dikeluarkan dan dihulurkan kepadaku. 



"Ambil lah, buat makan. Belajar elok-elok kat negara orang. Nanti balik boleh jumpa makcik. Makcik pergi dulu ya nak."

Kaku. Hanya tangisan yang menemani aku sepanjang ke tempat solat. 

*****

Menarik. Sangat menarik. Banyak lagi kisah dan keajaiban yang berlaku hanya sekelip mata dengan detik hati je kau seolah tak percaya. Percayalah! Yakin dengan Allah. Takkan sia-sia sampai bila-bila. Dah, nanti free aku share lagi. 

Kesimpulan, kau takkan berseorangan kat dunia, kerna kau punya Allah. 


Saturday, April 8, 2017

MASALAH HATI

Bismillah.

dalam kesibukan hari hari yang tiada pengakhhirannya kecuali mati, 
tiada paksaan untuk kita membuat pilihan sendiri, samada ke arah kebaikan mahupun terjun ke junaman yang dalam. 
Aku, memang tak asing lagi dari dunia aku yang hanya aku yang layak memilihnya. 

dan dalam dunia yang penuh dengan dugaan dan ujian hidup, aku disapa dengan dugaan hidup entah sampai bila akanku hadapi saat ini. 
tiada saat tiada minit yang dapat ku hitung untuk menyelesaikan masalah aku. 

ya, MASALAH HATI 



Hati. memang payah nak jaga. Tambahan, ia sukar dilihat malaha dapat dirasa. 
tersalah rasa, teruk padahnya. terlebih rasa, itu yang perlu untuk kebaikan bukan sebaliknya. 

Bawa diri, pimpin diri dan sayangi diri ibarat menyayangi sesuatu yang sangat bernilai. Kerana diri kita sangat bernilai. Nilaian yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Okay, ini sekadar muqaddimahnya. 

Untuk hati yang tidak selalu tenang, penawarnya adalah tatap muka saya, okay mengarut. ISTIGHFAR 

Ya, istighfar. Dalam kita tak sedar, dosa kita terbang dan hapus. poof!

Dan kaitannya tajuk ni dengan diri aku sekarang adalah berkenaan hati. Tolong, tolong bantu aku untuk teruskan kawalan dan sekatan hati untuk mana-mana ajnabi. 
Aku takut. Cukuplah hanya menjadi mawar berduri yang perlu diasah lagi. Aku takut. 

Ya, hati aku selalu tergoda oleh bisikan bisikan syaiton. Seolah mereka mengetahui kelemahanku. Aku takut, bukan pada syaiton durjana tapi azab Allah yang dahsyat. 

Hanya mampu istighfar untuk mengelak diri terus diuji. 

Dan aku terus diuji dengan hati. 

Oh. Aku tahu mungkin puncanya bermula dengan mata. Ya, pandangan mata.
Dari mata jatuh ke hati, memang tidak asing lagi pepatah ini. Mata, anak panah syaiton. 

Aduh! Sakit yang teramat sangat. 

Teruslah beristighfar. Walaupun amaln ini adalah sekecil alah tetapi nilaian pada akhirat sangat besar, dan penilaian ibadah pada mata Allah adalah berbeza dengan manusia. 
Teruskan beramal dan beribadah. Kita tidak tahu amalan mana yang diterima Allah.

سيرو على بركات الله

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude