Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Sunday, February 28, 2016

NAK MERAJUK, MENGELUH, PROTES?

Bismillah.

Dahsyat! Banyak giler benda nak kena print. MENGELUH.  Kadang-kadang aku tak faham jugak kerja abah ni. Hmm. Abaikan. Biarkannya menjadi satu monolog dalam diri aku je. #sisgigih

PROTES! 

Rajukan dan keluhan membawa kepada protes. Protes kepada siapa. Layakkah kita. Hanya tahu melihat ujian yang hakikatnya menduga keimanan hati.

Masih juga mahu merajuk. masih juga mahu mengeluh. Masih juga berani memprotes. Tertipu. Dek kerana mata hati sendiri yang buta. Bukannya mahu melihat nikmat yang menggunung. Sungguh hamba yang memang tidak tahu malu. Sombong! 

وان تعدوا نعمة الله لا تحصوها ان الله لغفوررحيم
Maksudnya : "Dan jika kamu menhitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(An-Nahl:18)
See. Kita sedar tak yang kita tak sedar?

Diri mudah melihat kelebihan orang lain. Merajuk yang tiada berkesudahan. Result keluar. Hanya tahu bermolog sendiri tanpa jawapan yang berkesudahan.

"Mengapa aku tidak pandai seperti dia, asyik mendapat keputusan yang rendah dalam peperiksaan."

Timbul pelbagai persoalan dalam diri. Mengapa aku tidak petah berbicara seperti dia. Mengapa aku tidak termasuk dalam golongan yang cemerlang seperti dia. Asyik-asyik dia je. Semua benda dia nak kebas. Mengapa mengapa dan mengapa.

Segalanya membawa kepada protes dalam diri.

Kerana terlalu mengikut hati yang sering tidak puas, usaha yang entah kemana. Jika mendapat keputusan yang rendah dalam peperiksaan, sungguh mudah mengankat bendera putih. Malas. Malas melanda diri, pelbagai alasan yang digunakan untuk selalu meletakkan diri pada aras bahaya dalam berusaha.

Tertipu dengan hati yang sudah dicemari titik-titik hitam.

Seharusnya berusaha mencari kelebihan diri, bukan begitu mudah menyerh kalah. Selalu tetapkan diri dalam keadaan yang bermatlamat hidup agar hidup tidak disia-siakan begitu sahaja. Allah tidak begitu kejam menjadikan manusia itu hanya dipenuhi keburukan dan kekurangan.

Hati mudah menyalahkan Dia. Hati mudah mengatakan Dia tidak adil. Bukannya mahu membongkar kekuatan diri untuk menjadikan diri lebih baik. Terus berpegang dengan diri yang tidak layak dalam semua perkara malahan banyak memberi alasan pada diri.

Yang dipandang hanya kelebihan orang lain yang lebih. Merungut. Sedangkan Allah telah membentangkan ruang dan peluang kepada kita. Haruskah kita terus merungut. Mata hati tertutup daripada terpandang anugerah daripada Allah yang sudah ada dalam diri.

Insafi diri. Contohi mereka yang mencuba untuk terus bergerak dalam landasan yang penuh liku-liku walaupun kekurangan dari segi fikizal tetapi masih mampu berdiri teguh.



Masih juga mahu mengeluh.

Terkadang kita sakit sedikit, mengeluh. Allah tarik nikmat pernafasan. Ya, selsema. Mengeluh. Cuba positifkan setiap ujian yang Allah hantar itu diibaratkan seperti hidangan buat kita. Hidangan yang mampu membawa kita kepada kenikmatan. Bilamana kenikmatan tersebut dapat membawa kita semakin dekat kepada Allah.

Masih juga mahu merajuk.

Apabila diberi nikmat, sedikit tanda bersyukur. Tetapi, apabila ditimpa ujian, seribu keluhan terluah. Satu kesalahan cukup mudah memadamkan seribu kebaikan. Satu ujian dengan mudah melenyapkan seribu nikmat.

Ingatlah.

Dalam usaha meniti tanggan ke Syurga, ujian itu perlu. Setelah pemberian nikmat yang bergunung. Sungguh, bahagialah apabila diuji. Kerana setiap ujian terselit suatu kejaiban yang menjadi rahsia Ilahi. Berusahalah. Allah tahu yang terbaik.


سيروا على بركات الله

Thursday, February 25, 2016

SABAR DAN REDHA

Bismillah.

Hari ni banyak benda yang berlaku dalam hidup aku. Pap! Anything happen like a blink of an eyes. Dalam satu hari. Memang betul la Allah nak bagi sekejap je and Allah nak ambik balik pun sekejap. Dan ketahuilah every cloud have a silver lining.

Al-kisahnya
*****

Bangunku dari tidur yang lena tanpa menghiraukan bunyi alarm di sebelah. Langkahku diteruskan dengan melakukan kewajipan sebagai hamba. Then, lepas yasiin and so on aku sambung tidur balik *keletihan ,konon* ketahuilah pada waktu tu aku tak mandi lagi. muahaha. Malas. Tapi harini je *kot. 

Bangun balik sekitar jam 8 and siap-siap nak ke kelas jahitan alang-alang tu nak singgah sekolah jap bagi balik pendrive yang aku pinjam. Malam tadi aku siap-siap transfer video and dokumentasi aku terus letak kat atas meja. Elok-elok je. Dengan harapan aku bangun pagi esok terus je capai. 

Tapi. 

Tapi, kita merancang Allah yang tentukan. Pagi ni lain pulak jadinya. Segalanya berlaku tanpa diduga. 

Aku mula perasan bila aku nak blah. Tu pun aku ingat sebab ummi yang tolong ingatkan. Masuk bilik. Istighfar banyak-banyak aku. HILANG! ALLAH! Apakah? Adakah Kau merajuk denganku pada pagi tadi?  *terduduk, ayat-ayat drama muncul dalam otak*

Cari punya cari, geledah sana sini. Bilik bukannya bapak besar. Macam mana boleh hilang? Aku cuai? Ya. Mungkin ya dan mungkin tak. Tapi ya. Ah! Apa-apa je la. 

Aku tanya abe, abah,ummi hatta adik aku yang kecik pun disoal siasat. Ya la, siapa nak masuk bilik aku pagi-pagi tanpa sebab kan. Memang diorang jarang masuk bilik aku. Atau mungkin singgah jenguk aku sebab bilik aku sebelah dapur je. Usaha. 

Dalam hati hanya Allah yang tahu. Takutnya aku nak berhadapan dengan cikgu tu. Apa lagi alasan yang aku nak guna? Aku takkan duduk tenang sekali benda yang aku nak aku tak dapat. 

"Ilah. Dhuha dah kan? Gi sambung buat solat hajat dulu. Nanti ummi tolong cari setakat mana mampu. ;)" 

Allah. Kau sayang aku. :') 



Lepas solat semua tu aku sambung cari dan masa bila aku tertidur pun aku tak sedar. Sedar sedar je ummi terus hulur kunci kereta. 

"Nah! Gi la cerita kat cikgu benda yang sebenar. InshaAllah reda la sikit hati tu ;)"

Allah. Hati aku tercuit. Tercuit dek kerana kasih sayangMu yang melimpah terhadap hambaMu. Syukur. 

Sampai sekolah. Speechless. Masuk bilik cikgu terus peluk cikgu. Rasa cam nak nangis pun ada. So, mula la sesi kaunseling*ece*. Alhamdulillah. Cikgu senyum je. Tanpa menunjuk reaksi negatif dan tak marah pun. Cikgu suruh usaha lagi cari sampai dapat. Kalau tak jumpa, ganti. Ouh. *hairan* Cikgu gelak je dengar aku cerita 'mungkin tikus yang curi kot'. Boleh jadi je kan. 

Ok, segalanya terselit hikmah di situ. Dah, selesai sampai situ. *dalam usaha mencari lagi ni, huhu*

Sampai maghrib tadi aku tak jamah nasi tau. Jaga badan. haha. Kurang selera. Memang kepala otak ni duk melayang je fikirkan pendrive tu. huhu. 

Dahla tak jamah nasi, solat pulak agak terganggu dek terdengar perbualan abah dan ummi tentang pendrive aku yang hilang tu. Tawaku tahan. Geli hati terdengar suara abah yang merayu kepada tikus agar dipulangkan pendrive cikgu. haha. Allah. Ku lihat kasih sayangMu terserlah di situ. Tetapi aku tahu, kasih sayangMu melebihi kasih sayang ummi dan abah. 

*****

So, dah boleh fikir sendiri la kan apa hikmah yang tercalit kat situ? ;)

Lepas ni aku taknak pinjam-pinjam lagi dah. Insaf jap. even terdesak sangat pun cepat-cepat bagi balik. *peringatan untuk aku sendiri*

Ok. Selesai sampai tu. Tutup cerita. 

Allah menguji kita mengikut kesesuaian diri kita
Kadang-kadang Allah bagi kita ujian kecil je
Tapi kita mudah sangat merungut
Allah rindu kita
Mungkin ini salah satu asbab Allah tak perkenankan lagi doa kita
Kalau kat dunia Dia tak bagi cash, mungkin ada yang telah tersedia untuk kita
Di mana? Di akhirat sana nanti. InshaAllah. 
Short story yang se simple punya la aku bagi untuk hari ni. Kering idea nak bagi lebih-lebih. That's all. Thank you.

سيروا على بركات الله









Wednesday, February 24, 2016

HE KNOWS THE BEST

Bismillah. 

Alhamdulillah resume untuk malam ni dah settle. Ujian buat resume ni mashaAllah hanya Allah yang tahu. Tu tak start buat cv lagi ni. Dengan kertas personality test hilang tang mana tak tau. Biasa la ada anak kecik. *izhar tak bersalah*. See? Ada masalah bukan nak settle, siap tuduh-tuduh orang pulak. MashaAllah. *insaf jap*. Don't worry, sekarang segalanya di hujung jari anda. *blogger ni memang taknak up sikit ke, letak emoji banyak-banyak gitu.huhu*

Let's say. Personality test. Dari situ mungkin aku baru kenal siapa sebenar diri aku tapi kadang-kadang bukan boleh percaya sangat pun. Tapi yang ni memang aku rasa diri aku. Bukan apa, dalam satu row tu kena pilih kita punya characteristic. Then, siap baru la dia kelaskan kita ni jenis warna apa. Aku? Red. Hahaha.  Aku majority pilih sifat yang kena sangat dengan warna merah.

Kadang-kadang je aku suka warna merah. Kalau merah tu gabung dengan hitam. Memang aku suka and aku takkan tolak. Here my characteristic. Kalau nak cuba nanti aku ajar. *tapi kertas aku sendiri hilang*


Tak nampak? Tak payah nampak. Tak penting pun. Kalau nampak pun kira rezeki la kot. 

Majority sifat bagi warna tu memang ada pada aku tapi aku takkan percaya bulat-bulat fakta tu until benda tu berlaku pada diri aku and aku dapat feel tu sendiri. *koya* kalau fakta ni memang betul pun apa salahnya kalau aku nak move on ke arah yang lebih baik. kan?

Ok. Now, benda tu semua sekadar sampingan untuk topik asal. 

Back to the real life. Berapa hari lagi countdown untuk result SPM 2015? haha. soalan cepu cemas. 

Takpe la. berapa-berapa hari tu semua tak penting untuk kejar akhirat. Tapi penting juga untuk kita nak prepare diri and face the day. 

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Segalanya bercampur baur. 

Aku pun tak tahu nak sambung taip apa. Puzzled for awhile. 

Sedikit pesanan dari aku la. InshaAllah pesanan ni juga ditujukan untuk aku sendiri. 

Macam mana bentuk result pun yang kita dapat lepas ni. Bulat? Petak? Or anything la.  First thing first yang benda wajib yang kita kena buat adalah lapangkan dada dan SYUKUR. Even kita sedih sebab gembira atau sebaliknya tetap syukur.

Then jangan lupa orang pertama yang kita kena jumpa adalah ibubapa kita. kalau boleh nanti kalu kau dapat result flying colours gitu try share perasaan dengan mak ayah kita naik pentas sama-sama ambik result dengan mudir mesti best kan *aku teringin sangat nak buat. tapi hanya berserah kepada Allah. InshaAllah* 

Sebelum tu, try jangan over confident. Sebab benda ni pun pernah aku alami. huhu

Ok. then. Benda-benda lain tu secara automatik kita akan buat like salam-salam dengan cikgu, borak dengan kawan-kawan sebelum berpisah kan. Masing-masing dah ada halatuju sendiri. 

Now, let's say persiapan sebelum result membahang diri anda. 

Step 1 and next next next. 

Kita dah kena start selit doa untuk sahabat-sahabat kita. Kalau tak pernah buat. Boleh mula dari sekarang. 

Cuba selitkan masa dengan Allah tu lebih sikit dalam schedule harian kita. Takpe, jangan nak putus asa lagi, relax. 7 hari ni segalanya tiada yang mustahil bagi Allah asalkan segalanya kita bergantung kepada Allah. InshaAllah. 

Ok, perbanyakkan wasilah-wasilah baik yang pernah kita buat. Mula dari diri hingga kepada ummah. Apa yang pernah kita korbankan untuk orang sekeliling kita. Jadikan ia wasilah antara diri kita dengan Allah. InshaAllah dengan segala kebaikan dan ibadah-ibadah yang pernah kita lakukan menjadi bukti kesungguhan kita kepada Allah. 

Mungkin sekadar ini sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Ingat ni 

 وعسى ان تكرهوا شيئ وهو خير لكم وعسى ان تحبوا شيئ وهو شر لكم وااله يعلم وانتم لا تعلمونMaksudnya: Boleh jadi kamu tidak menyenagi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-baqarah:216)

سيروا على بركات الله


JIWA KENTAL

Bismillah. 

Alhamdulillah. satu kalimah yang meniti di bibirku saat diri dapat mengecapi nikmat Allah buat kali yang ke berapa pun aku tidak pasti. So, untuk hari ni. Selamat hari lahir aku ucapkan untuk adikku yang merupakan anugerah terakhir dari Allah untuk keluarga aku *the siblings. Ahmad Izhar Hakimi. Nama yang mempunyai makna yang tersirat. InshaAllah semoga namanya dapat membentuk peribadi yang mulia. 

Banyak benda yang aku nak share tapi dengan mood yang nak masuk tidur dah ni, mungkin tak banyak yang aku boleh ulas. 

من اكثر من الستغفار جعل الله له من كل هم فرجا ومن كل ضيق مخرجا ورزقه من حيث لا يحتسب 
Maksudnya: Barangsiapa memperbanyak memohon keampunan, niscaya Allah akan menukarkan segala kesulitannya menjadi kelapangan, dan segala kesempitannya diberikan jalan keluar, dan Dia akan memberinya rezeki tanpa terkira banyaknya.
Sedikit perkongsian hadis yang dipetik dari kitab Bimbingan Mu'minin. *do pm me untuk letak baris

Mungkin satu kisah ni yang mengajar aku untuk terus berfikir akan hikmah di sebalik segala yang Allah tetapkan untuk aku.

Pernah tak kita kurang kepercayaan kepada Allah? I mean macam ragu-ragu kalau buat ni dapat ni. And apa-apa yang berkait dengan semua ni la. Ya. Aku pernah dan aku rasa waktu tu aku sangat-sangat la berdosa, Tapi hebatnya Allah, Dia tetap bagi ketenangan dalam hidup aku.

Contoh, budak junior ni pesan kat aku. Kalau kita nak sangat-sangat sesuatu tu try la buat solat hajat 12 rakaat inshaAllah segalanya dapat. Mak aiih. Masa tu macam-macam benda negatif masuk kepala aku. Ya la, junior je kot. Apa barang nasihat senior, aku lagi banyak makan garam la banding dia. Tu la aku masa tu.

Dan hari-hari berlalu macam tu je. Tanpa aku ambil berat dengan kata-kata tu. Walau sedikit pun. Gelapkah hati aku? Busukkahhati aku? Hitamkah hati aku? Allahu. -,-

Lepas kejadian tu, hari-hari aku berlalu dengan tenang. Setenang daun yang gugur ke permukaan bumi. Aku pelik. Dan secara tidak sengaja kata-kata adik junior tu menerjah masuk ruang otak aku. Pedih hati ni. Tanpa sebab.

Hidayah Allah sangat tersebar luas tunggu masa untuk dicapai dalam pelbagai bentuk. Masa? Anytime je.

So, back to my story. Then, sampai la saat aku terdesak sangat. Mungkin sebab tu aku try solat hajat 12 rakaat. Dengan terdesak aku spent time together. How so sweet aku malam tu. *jangan jealous
Keesokannya, tup tap tup tap. Alhamdulillah segalanya beres dan sangat lancar. Allah. Apakah? Malu.

Manusia. Memang time terdesak je sanggup buat apa-apa agar apa yang didesak tu dia dapat. Haah. Keadaan tu memang sesuai sangat dengan aku waktu tu.

Dan mulai dari hari tu. Aku cuba istiqamah untuk terus menyerahkan segalanya kepada Allah. Dan aku mula istiqamah untuk meminta pada Allah dahulu sebelum meminta kepada makhluknya walaupun hal yang remeh temeh macam tengah lapar ke kan.

Memang aku akui. Istiqamah sangat susah. *ayat sama*
Tapi apa salahnya kalau kita cuba slow-slow. Mungkin yang slow tu akan bagi effect yang besar pada diri. Macam solat hajat 12 rakaat. Cuba buat ikut musim sikit. I mean. Kalau luar musim exam ke, try buat 2x seminggu ke. Kalu dalam minggu exam try la up sikit jadi tiap hari ke.

Lahai. Minggu exam baru nak cari Allah. Helo. Lebih baik dari yang tak jumpa Allah terus. Cuba jangan tengok luaran sesorang, cuba dalami hati diorang. Setakat mana keikhlasan mereka-mereka hanya Allah yang tahu. Tak payah duk sibuk, doakan yang terbaik cukup memadai. Saham akhirat pun dapat.


 So, kipidap and donigibab! Allah tahu isi hati kita. Tak perlu berfikir panjang untuk kekal bersama Allah.

Sebelum aku stop menaip.

Allah. Tengah-tengah syok duk borak dengan ustaz baru-baru ni. *curi masa program sikit, maaf ya pengarah* Tiba-tiba hati aku terusik dengan satu kata-kata yang meniti di bibir ustaz saat ingin melangkah pergi menyambung tugasan

"Ana dah doakan untuk batch awak. tapi ketahuilah ana takkan pernah lupa awak. Nama awak selalu ana sebut masa duk depan Kaabah. Nama awak dah sampai di tempat suci. InshaAllah tanah suci juga mengalu-alukan jasad awak ke sana. Dan segala yang awak hajat, InshaAllah atas ketentuan Allah. Dia tahu yang terbaik untuk awak. :)"

Allahu. Jernih. Hanya bergenang. Speechless. "Alhamdulillah" hanya satu lafaz yang menyinggah di hati. "jazakallahu khoiron kathiiran" satu lafaz yang tersekat-sekat keluar dari bibir.

Mungkin perasaan ini aku tak dapat kongsikan dan gambarkan. Kerana segalanya Allah. Hanya Allah yang tahu.



سيروا على بركات الله

Monday, February 22, 2016

SUATU KETIKA

Bismillah.

Atas permintaan orang tersayang. Izinkan aku menerjah balik ruang minda untuk mengarang balik sedikit sebanyak mengenai program yang telah berlangsung hujung minggu baru-baru ni. 

Masih menunggu tajuk yang sesuai untuk terus menaip ;) 

suatu ketika

Mak aiih. Tajuk bapak puitis. Sesuai sangat la dengan tuan punya badan.

Ditemani dengan background music yang baru je di update. InshaAllah i will make this post as simple as you, Aina. 

Ehem. 

Suatu ketika. Throwback kejap. Aku tak tahu macam mana boleh jadi se akrab macam sekarang dengan minah yang always tersengih. Memang sengih je memanjang. Sengihan dia tu la yang selalu kaburkan mata aku dengan banyak masalah. Masalah aku. Dia? Aku tengok hidup dia macam takde masalah, tapi hebatnya dia ni smpai ke lubang tikus dia cuba simpan masalah dia. Haila. Memang tikus betulla. haha. seperti dalam post sebelum2 ni aku ada je describe pasal dia mungkin dia je yang tak perasan. kot. 

Aku senang sangat dapat kenal dia. Dari awal kitorang kenal sampai sekarang aku harap hubungan ni kekal sampai ke cucu cicit. Tapi ye la, terkadang kalau busy tu, sampai text pun dah jarang, aku minta maaf awal-awal sebab mungkin hubungan kita sedang diuji. *ece. tapi ketahuilah satu rahsia di padang mahsyar nanti mengenaimu antara aku dengan Sang pencipta. *jap, mata masuk habuk*

Pandai kau pilih tajuk ye. Nanti ada masa aku sambung. Taknak feel sangat. simpan sikit tuk masa depan. 

Aina. Yes. nama tu. Banyak sangat bagi sokongan kat aku dalam apebenda la. dari benda kecik hatta sebesar gajah. Program s.o.f ni pun dia yang banyak tolong aku. Sanggup pinjamkan masa dia untuk aku settle masalah aku. Even dia pun mungkin busy tapi saje tak bagitau aku kot. 

Dia mintak aku cerita pasal program baru ni tapi entahlah tajuk yang dia pilih ni memang sangat sesuai kalau aku nak describe pasal dia. tapi bukan untuk program tu. 

Budak ni memang PA terbaik aku la katakan. Time program memang aku katakan aku sangat-sangat sibuk. sampai mak ayah call pun aku lupa nak call balik. Tapi Alamdulillah nasib baik umi abah faham. tapi aku suka je, enjoy je layan program ni. Fon aku tak pernah nak duk senyap sampaikan ringtone fon yang purba tu asyik terngiang je kat telinga. masuk tandas bunyi fon, tidur bunyi fon, solat, apatah lagi. memang agak terganggu kekhusyukan di situ.

Hahaha. Bila diimbas balik nak kata sibuk sangat aku. Banyak sangat fikir sampai benda2 yang aku fikir nak settle kemudian semuanya masuk mimpi. Nak tergolek aku bangun awal pagi sebab perasan yang aku cakap sorang2 malam2 buta. apa yang meracau pun aku tak tahu yang pasti aku banun tido tu last word aku cakap, "nanti saya bagi balik semua barang2 ni kat makcik". haha.  bangun pagi esok mimi terus mengadu yang dia rasa muka dia kena hempap dengan benda keras. rupa-rupanya tangan aku sempat menyinggah muka dia. 

Tu la. Tidur dalam keadaan penat plus setan duk ushar. memang pergh ah!

Mungkin setakat ni je untuk waktu ni. Nanti kalau rajin aku sambung la malam ni ke. kot. malam ni kelas pra uni. omy! belajar takkan pernah habis. sebab 

طلب العلم فريضة على كل مسلم
maksudnya: Menuntut ilmu adalah perkara wajib atas setiap muslim.
That's all from me. . Penned off


I love you to the moon and never come back kerana Allah

سيروا على بركات الله

Sunday, February 21, 2016

SPIRIT OF AL-FATEH

Bismillah. 

Spirit Of Al-Fateh telah melabuhkan tirainya. Penat lelah bertungkus lumus dari awal mula kertas kerja, masuk pejabat jumpa mudir *sorang diri*, text sana sini and sampai habis program sangat-sangat berbaloi. Nak kata penat memang agak penat tapi penat dunia untuk Allah, inshaAllah berbaloi di akhirat nanti. 

Aku dah tak tau nak share apa, cuma nak kongsi beberapa benda yang aku belajar sepanjang aku and the gang handle program ni. Memang banyak feedback-feedback yang positif dari budak-budak f1 sendiri dan aku akui memang banyak-banyak program yang aku terlibat sama, memang yang ni la salah satu program yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan yang sebenar. *ece 

Aku sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang banyak menyokong aku sepanjang menguruskan program ni. Memang manusia takkan lari dari kesilapan. Untuk sahabat-sahabatku yang baca post ni.Thanks again sebab sudi spent time together. jasa korang semua takkan lupus dalam ingatanku walau badai menimpaku, akan tetap ku lindung hingga akhir hayatku*karat.  

tetibe plak gatai tangan nak menaip banyak-banyak ni. Ok, i would like to share with you about program ni la. Jujur aku kata memang aku suka buat program2 alah macam ni tapi yang aku kurang suka sikit la sebab kena kerjasama dengan budak laki. Relax. Aku kurang suka ada sebabnya. Sebab? Dorang kurang bagi kerjasama kalau nak urus apa2 program. Aku mula judge benda ni waktu sekolah. Sangat anti dengan benda macam ni. Sebab tu la aku memilih untuk berdiri atas aki sendiri settle pasal kertas kerja and start berbincang. Dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tapi memang aku sangat berharap waktu tu ada pemimpin yang bertanggungjawab dari kalangan ummah yang digelar LELAKI yang uruskan semua kerja aku. Tapi, Allah tahu yang terbaik. 

Settle sampai situ. 

Alhamdulillah jugak dengan bantuan dari senior tahun lepas yang juga berpengalaman dalam mengurus program ni sangat membantu. Memang sangat membantu, copy paste balik je kertas kerja then edit sikit2 yang mana perlu. Dah. settled!

Ok. Masuk cerita balik. then, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah so far program berjalan lancar. macam tak percaya pun ada manage program yang agak besar jugak la bagi aku. dan segala andaian aku sebelum program semuanya bakal terungkai dari pemikiran satu demi satu. Antaranya, kerjasama antara batch kitorang sendiri. Alhamdulillah walaupun berlainan jantina, komitmen yang diberi cukup-cukup memuaskan hati aku. lagi parah dibuatnya hati aku berat sangat nak tinggalkan dorang sampai la sekarang. 

Satu demi satu kenangan sepanjang program menerjah ke ruang minda separa sedar aku. Sorang demi sorang yang lenyap dari pandanganku. Aku mulai keliru dengan keadaanku. Adakah masih punya harapanku untuk menggapai tangan mereka di akhirat kelak. Sedih. Siapa tak sedih oi. 5 tahun kenal, kawan , share banyak benda. lepas jumpa balik tup tup dah kena berpisah balik. entah bila pulak boleh jumpa. 

seriously talk, aku memang puas hati dengan kerjasama antara batch aku. Khusunya pengarah program, my beloved PA, and sofwatul mukhtarah. Korang memang the best. Aku tak pernah jumpa sahabat2 yang sehebat dorang. dah, jangan nangis. Biarkan kenangan yang menjadi ikatan persahabatan antara kita. Dari Allah, kerana Allah dan hanya kepada Allah kita bersama. InshaAllah semoga segala usaha kita semua menjadi asbab kita ke JannahNya. 

Mudah-mudahan segala kekurangan sepanjang program dapat kita ambil dan ubah menjadi sesuatu yang istimewa dalam diri kita yang merupakan aspek utama perubahan diri kita ke arah yang lebih baik. 

Akhir kalam, 

tika itu kita datang bersama keyakinan
dengan harapan yang penuh jitu
di saat kakimu melankah dengan satu tekad 
dengan satu matlmat

lalu kita bertemu di suatu suasana 
di mana kehidupan kita baru bermula 
ayunan langkah kita mencipta bahgia 
kita pupuk satu JALINAN 

apakah masih ada lai ukhuwwah antara kita
hubungan yang mesra antara kita semua
masih ada lagi ikatan penuh kasih
kasih sayang bersama kita masih satu jiwa

walau datang onak duri dalam perhubungan kita
damaikanlah ia dengan ikatan murni
persaudaraan ini kan terus terjalin 
kerna kita punya kasih

bila masanya kan tiba 
kita kan terpisah 
namn percayalah 
kita masih bahagia

kita satu jiwa JALINAN antara kita
bersama-sama 
selamanya

kerana dirimu begitu berharga 


سيروا على بركات الله


Tuesday, February 2, 2016

THE LUCKY ONE

Bismillah. 

Today is the tired day for me. I had faced the JPJ test for today and alhamdulillah everything had been done softly. It is my second test of JPJ test. I repeat it on this day. I got flying colours in the test. 

Rasa macam tak percaya pun ada. Yela, boleh katakan dalam sebulan je aku latihan then terus test JPJ. First time test tu memang agak mencabar bagiku. Bila nak mula tu, penyakit gabra menyinggah dalam diri. 

Masuk kereta terus lupa nak buat apa. Semua step boleh katakan aku lupa. Ni la padahnya malas nak solat hajat. Tu untuk yang first time, semua test failed!

Untuk yang ulangan. Hari ini. Alhamdulillah segalanya Allah permudahkan. Betolla. Jika kita pinta dahulu kepada Allah sebelum kita menagih simpati dari manusia, InshaAllah pertolongan tersebut akan menyapa kepada kita direct dari Allah. 

Boleh katakan, aku lulus harini adalah dengan berkat rahmatNya serta pertolonganNya. Memang pelik bin ajaib. Kalau diikutkan aku memang failed. tapi pertolongan Allah itu sekelip amata berlaku depan mata aku. kun fayakun. Kalau dah namaya rezeki, Allah dah tetapkan bahagian masing-masing. mungkin harini rezeki aku, esok lusa rezeki orang lain. Cuma kita perlu bersabar dan hadapinya dengan reda.

Hari ni pun, aku belajar banyak benda dan aku suka sangat bila aku dapat share dengan korang. kes pasal JPJ tu kita tutup. Buka pasal kursus pra uni yang aku join plak. Alhamdulillah so far so good. It can build the  confident levels in myself to improve my english even i have to use the "bahasa rojak".

Jadi, i would like to share with you some do'a if we get any nikmat.

الحمدالله الذي بنعمته تتم الصالحات
Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menyempurnakan kebaikan-kebaikan"


Maka. Hendaklah kita sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segala urusan kita serta orang disekeliling kita. That's all for today.


سيروا على بركات الله

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude