Assalamualaikum. Please be nice here ;)
KAU PERLU TAHU, AKU BUKAN MAKSUM

Friday, January 29, 2016

SAHABAT ITU RAINBOW KEHIDUPAN

Bismillah. 

Hari yang sungguh mencabar buat diriku. Di hari mulia ini, Allah banyak mengujiku dengan pelbagai perkara dimana bagiku ujian tersebut amat mencabar kesabaranku. Tetapi, ujianku ini tidak sehebat ujian saudara-saudara kita yang tinggal di dalam suasana yang jauh bezanya dari Malaysia. Syria, Mesir, Palestin. Nama-nama negara tu mungkin cukup kita kenali di media massa. 

Ujianku juga tidak semencabar ujian yang ditimpa oleh sahabat-sahabat seperjuanganku. Aku bangga menjadi sahabatnya. Saat pertama kali aku cuba berusaha dengannya untuk mencari pengganti bagi wakil kami untuk ke suatu program yang semamannya agak besar yang melibatkan orang-orang atasan. Sewaktu aku sedang sibuk dengan urusanku dengan kelas jahitan dan sebagainya. Dia berusaha alone untuk cari pengganti kitorang.

Walaupun dia dikutuk oleh manusia yang lain. Ya, aku kenal dia dengan perangainya yang entah kemana jugak la. Tapi, yang aku agak bangga dengan dia dengan satu sifat dia. Nak tahu? Ok, sifat yang paling tiptop sekali aku suka pasal dia selalu semangat buat kerja even dia kena kutuk ke apa ke, bagi dia kutukan semua tu adalah nothing. Asalkan kerjanya selesai. Memang win ah budak camni. Mana nak cari woi zaman sekarang. 

Ok. Tu sorang. Yang ni sorang aku bangga dengan dia sebab dia la pendengar setia aku. Walaupun aku kurang senang kalau ada yang nak dekat dengan dia. *jealous menebal dalam diri* budak ni boleh katakan everytime dia asyik sengih je memanjang. Memang senyuman dia tu, pergh! sampai telinga. Kekasih gelap dia tengok boleh cair beb! Haha. Aku tak tahu bila masa dia ada masalah. Atau budak ni memang takde masalah. Tapi, aku tahu dalam certain2 hari pun dia ada masalah juga. Tapi dia cuba untuk bendung semua tu sorang-sorang je, kalau dia rasa berat sangat je mungkin dia akan share dengan aku. 

Aku baik. Tak paksa dia untuk cerita dekat aku. *masuk bakul angkat sendiri* tapi aku paling takleh blah kalau dia tengah mengantuk. Memang rasa nak baling je sandal ni kat muka dia. Kalau orang yang jenis tak faham budak ni memang naya ah, terasa sampai tulang belakang kot. 

Ok, last person yang aku teringin nak describe dia ialah jeng3. 

Budak ni memang suka kucing dan suka kacau orang. kadang-kadang buat aku rasa menyampah pun ada. Tapi lama-lama tu mula terbiasa sebab dah malas nak layan perangai dia. Tapi terlayan juga perasan ni. So, aku mula mendidik hati supaya lebih bersabar dengan kerenah dia. Aku bersyukur juga sebab dikurniakan sahabat seperti dia. Dalam secara tak langsung aku boleh didik hati aku dengan sifat sabar. dan aku terus bersabar dengan celoteh manja dia. 

*****

Aku takde lah nak describe semua sahabat aku kan. Tapi, ketahuilah walau senakal or segila mana pun diorang aku still sayang diorang. Perangai nakal mereka la kadang-kadang yang mengimbau kembali kenangan-kenangan aku dengan mereka. 


Bersahabatlah biar seribu, bermusuh jangan sekali. Masa time sekolah menengah lah banyak benda aku belajar. Kadang. dengan ukhuwwah lah kita dapat belajar banyak benda yang kita takkan dapat dari mana-mana buku kecuali dari pengalaman kita sendiri. Mereka juga ibarat pelangi yang memberi warna dan corak masing-masing untuk kita kenal dan selami jiwa mereka. hargailah mereka sebelum tiba detik perpisahan.

Aku takde niat pun nak tulis tentang sahabat, tapi budak-budak ni syok sangat duk throwback so, au join sekali la. Syok sangat, mungkin terluah dekat sini. Akhir kalam, bersahabatlah kerana Allah kerana inshaAllah di setiap ukhuwwah yang terjalan pasti ada pertolongan dari Allah. Jangan pernah terfikir untuk berukhuwwah kerana  

انما  المؤمنون اخوة
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"
Al-Hujurat: ayat 10

سيروا على بركات الله

Thursday, January 28, 2016

AKU LIHAT HIKMAH

Bismillah. 

Harini. Allah bentangkan aku banyak nikmat dimana nikmat tu takkan dapat terkira dek kerana akal yang terbatas. Allah tunjukkan aku banyak benda yang banyak memberi aku kesedaran dalam hidup. Mungkin perkara ni pernah terjadi dalam hidup aku pada suatu ketika dahulu. Mungkin aku tak perasan pun lagi apa hikmah di sebalik semua ni. 

Setakat aku cuti sebulan ni, aku rasa aku banyak bazirkan masa aku ke arah yang tak beri manfaat langsung pada aku. I think la. Even i had try to change myself into new life. Until now, i can't see the effect. I hope, i can be such a better person like sahabat2 in zaman rasulullah that they were tried to be a kind person in Allah's and person's view. 

Acah-acah speaking plak. Apa salahnya kalau kita mencuba, kan? Aku nak start menjinak dengan english sekarang ni. Well, alang-alang aku join kursus bahasa mestilah kena mencuba kan. 

Actually, aku happy sangat dapat join kursus tu. Everyone enjoy themelf in that class. Aku pun tak terkecuali la. Even aku bukannya power sangat english2 ni. Tapi, you will wait and see who am i after this. 

Simple. Takde stress2. Happy je semua. Lecturer tu punya la banyak cakap sampai masa pun tak cukup tau. Maaf miss iza, terbicara tentang anda plak. But, i think she is the positive person that i had met. Maybe, InshaAllah. 

So, i would like to share with you about my experience. On my second class, i had played a game and it started with a big circle. Kitorang kena buat bulatan besar, then miss bagi arahan. Semua orang fokus je dengar miss tu cakap. HUH! Sah-sah permainan memang mencabar diri aku untuk menonjolkan diri aku yang sebenarnya. MUAHAHAHA!

So, dalam bulatan tu kalau starting pun dengan budak lelaki, kebetulan aku duk sebelah kanan perempuan yang duk sebelah dia. *Tak berbelit pun kan.* So, aku punya turn adalah kedua last. Main apa?

Main sebut perkataan yang miss bagi ikut bilangan kedudukan kita dalam bulatan itu. OMAI! memang aku adalah orang yang paling banyak kena sebut la ni? Debaran kian terasa, hatiku mula resah dan gelisah, tanganku mirip persis orang kena parkinson. Kehormatanku tercabar. Sampai je turn aku. Akhirnya. Terpecah jugak labu sayong dalam jiwa dan ragaku. 


Jadi, budak2 kelas tu pun label la aku as a confident person. Ece! Kembang semangkuk, pecah! 

Maka, kelas pun tamat. Kat sini aku belajar, ye la selain fokus dan dapat tahu karakter masig-masing, kita jangan pernah takut untuk mencuba walaupun hakikatnya salah. At least kita mencuba, daripada selama-lamanya kita akan sesat dengan kata hati yang mungkin kadang-kadang tinggal parah je. That's all from me. Thank you. Ops! Last but not least, walaupun kita sedang berukhuwwah, jangan pernah lupa akan akhlak. 

Seberkesan-kesan dakwah adalah melalui tingkah laku. So, tunjukkan akhlak yang terbaik supaya islam dapat menjadi contoh kepada ummah yang kian menghampiri hari pembalasan. 

خير الناس احسنهم خلقا
Maksudnya: "Sebaik-baik manusia ialah mereka yang baik akhlaknya."

سيروا على بركات الله




Sunday, January 24, 2016

LUMRAH UJIAN HIDUP

Bismillah. 

Hari ni, timbul rasa kecewa pada diri yang datangnya entah dari mana dan siapa. Mungkin dari kelemahan sendiri. Atau mungkin datang dari hati yang tidak berpas hati. Manusia. Takkan lari dari buat silap. Agak kecewa pada diri tentang hal-hal yang lalu. 

Sekali lagi. Kecewa pada diri kerana tidak mampu memberi yang terbaik pada tempoh lalu. Mungkin usaha kita dah terbaik, manusia takkan dapat trace apa yang tersirat dalam diri. Hanya Allah yang tahu. 

Mula rasa down untuk next program. Tapi, kalau bukan kerana memikirkan jasa kepada ummat. Usaha setakat ni je la. Semoga segala usaha ni membuahkan hasil yang lumayan di akhirat kelak. Mungkin hanya dengan pengorbanan di dunia sekarang yang mampu untukku  membawa bekal di mahsyar nanti.

Andai waktu dapat diundur kembali. Akan ku berfikir sebelum membuat tindakan. 
Andai waktu dapat diundur kembali. Akan ku terus tersenyum walau datang onak dan duri.
Andai waktu dapat diundur. Alangkah baiknya aku berfikir dan terus berfikir.

Tapi.

Apakan daya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau bukan sekarang inshaAllah akan datang. Teruskan bersangka baik kepada Allah. Isi hati hanya mampu diluahkan melalui penulisan yang mungkin tersirat, after Allah.

Selepas mendengar khabar angin, desas desus tentang feedback tentang prog lepas, tipu la kata tak putus asa. Yes. Saya dah pun putus asa. 'Hei, kalau tak de kelemahan bukan manusia namanya. And kalau kita tak terima komen dari mulut manusia macam mana kita nak tahu kelemahan kita. Lagipun, kelemahan ni la yang mengajar dan mengingatkan kita akan hakikat sebenar kebenaran', tegur dari minda tak sedar. 

Yes. Kalau kita tak tahu kelemahan kita macam mana kita nak ubah something yang kurang tu jadi lebih baik, kan? Mungkin dari sini juga saya belajar satu perkara. Cuba bersabar untuk melayani kerenah manusia. Atau lebih tepat lagi, sabar dalam menghadapi ujian yang tidak la sebesar Nabi Ulul 'Azmi or Nabi Muhammad. 

Ujian diorang lagi hebat beb. Diorang lagi kental dari kita beb. Pergh! Yang tu baru win!
Kita? Kita? Ujian celah gigi je dah nak putus asa. Ya. Saya la tu. 

Masihkah lagi aku berputus asa? Hairan. Kenapa la tak fikir elok-elok. I mean. Positif. So, khulasahnya. Cuba belajar berfikir dulu sebelum memutuskan sesuatu keputusan. Dan sabar dalam setiap ujian hidup walaupun perkara tersebut agak perit untuk kita telan. 

Sabar bukan  dalam menghadapi ujian saje. Bahkan dalam semua perkara, inshaAllah orang yang bersabar ini akan diberi ganjaran yang berganda-ganda di akhirat kelak. InshaAllah saya akan akhiri coretan ini dengan sepotong ayat Al-Quran. Mudah-mudahan dapat memberi kesan pada hati yang dijaga oleh Yang Maha Penjaga.  

ياءيها الذين ءامن استعينوا باصبر والصلاة ان الله مع الصابرين
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman.Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar."
Al-Baqarah: ayat 153


سيروا على بركات الله

SEBENTUK PERMATA BARU. CANTIK!

Bismillah. 

Nothing to say. Penat. Hanya Allah yang tahu. Ok. Buat program bukan benda main-main tau. Dari awal kita start buat paperwork dah kena betulkan niat. Hingga program selesai, tu pun niat belm selesai tau. Always. Betulkan niat. Everything and every single thing we do, we must serah je segalanya kerana Allah. *inggeris rojak sikit, melayu tulen katakan*. 

Nowadays, saya tengok pada pandangan saya sendiri memang dah banyak consultant-contsaltant di bawah NLP dah buka minda ramai pelajar. Saya kagum! macam mana la diorang ni handle program-program ni denan sistematik? Kadang-kadang tu terbit juga perasaan hasad dengki yang menggunung tengok diorang arrange program-program di bawah consultant diorang. 

Itulah yang dikatakan anugerah daripada Allah. Cuma manusia je yang agak malas untuk berusaha. Tak payah tuding jari dekat orang lain. Diri sendiri ni banyak yang perlu diperbaiki. Dah banyak artikel-artikel islamik yang pernah menerjah minda tapi macam takde satu pun yang boleh melekat dan istiqamah buat benda tu. Ye la, masa tu je insafnya. Lain hari, nauzubillah. 

Saya tak pertikaikan bahawa istiqamah itu agak payah. Tapi percayalah, jika kita ada rasa dan timbul perasaan dan satu keinginan yang menggelodak dalam diri yang kita nak berubah, kita akan usahakannya. Kalau setakat hangat-hangat tahi ayam je, belum tentu kita akan istiqamah dalam perubahan kita. 

Yang saya agak pasti masalah besar yang sering orang pertikaikan adalah masalah IKHTILAT. Saya harap sangat apa yang saya tulis ni dapat tegur diri saya sendiri yang cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kerana 

PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI-LELAKI YANG BAIK. INSHAALLAH.


Sekarang ni,bukan setakat orang yang belum kahwin yang pertikaikan masalah ni, orang yangdah kahwin pun apa kurangnya. Baru-baru ni, saya tercuri dengar seorang insan yang telah berumur berkongsi pengalaman hidup beliau bersama isterinya. Pendekkan cerita, dia telah memerhati ramai anak-anak perempuan zaman sekarang dah kurang rasa malu *saya terkedu*. "Mana taknya, dah la pakaian tu nauzubillah. Yang dah kahwin ni duk bergatai lagi dengan laki lain. Aku perhati je. Nampak je aku tak ambil berat. Test sikit je tu. Tapi panas dalam hati ni tengok ummat sekarang hanya Allah yang tahu", tambahnya lagi.

Umur pakcik ni mungkin dalam lingkungan atuk-atuk saya la. Walaupun penampilan dia dah macam atuk-atuk, tapi satu yang saya kagum tentang dia. Setiap kali dia ingin memulakan tindakannya, perkataan BISMILLAH tidak lekang dari bibirnya. *curi-curi tengok atuk orang ada jugak manfaat dari duk mengendap anak teruna orang*. 

See? Sekarang ni kita cuba usaha sama-sama untuk tinggalkan apa yang patut tinggalkan. Kemudian kita utamakan yang penting dan pentingkan yang utama. Faham? Berbelit otak? 

meh sini saya nak kongsi cara-cara untuk kita hindari masalah ikhtilat ni. InshaAllah berkesan pada saya. Kalau saya mampu buat, inshaAllah anda lagi mampu untuk lakukannya. mesti kena yakin niat kerana Allah. 

First and foremost, memang sukar untuk saya tinggalkan semua tu. Maka, datanglah semua hasutan-hasutan syaitan yang pankatnya, fuh! kalah pangkat PDRM. Sekarang ni pun tengah asyik menghasut supaya hentikan penulisan yang membuang masa ni *ada i kesah*. 

Jadi, kita mulakan dengan niat kerana 

انما الاعمال بالنية
maksudnya: Setiap amalan dimulakan dengan niat.
Niat kerana Allah. Tanam pada hati, inshaAllah Allah akan bagi yang terbaik untuk hambaNya yang menuju ke jalan yang lurus. First step saya buat after niat ialah cuba untuk sibukkan diri. Selalu bagi alasan kepada ajnabi supaya taknak diganggu. Cuba sibukkan diri? Nak sibuk macam mana? Cuba cari satu rutin yang boleh bagi manfaat kepada kita. at least paling tak pun dapat hilankan rasa bosan kita. cuba gantikan rutin tu dengan masa yang banyak kita habiskan duk mengahadap telefon. Contoh? berkebun, tolong mak ayah, execise, tulis novel, rangka masa depan, and other something that can give you kepuasan pada diri. Ini cuma sugest je, jangan duk bantai buat semua. 

Kalau dah takleh sangat cuba slow-slow. InshaAllah slow-slow ni la yang dapat bagi impak yang maksima. Buat secara peringkat inshaAllah dapat istiaqamah. Sedangkan Al-Quran juga turun secara berperigkat. Indahnya islam, kan?


So, step seterusnya saya juga sedang usahakan ialah. Cuba remove semua kawan ajnabi yang tidak seangkatan dengan kita. Kiranya takde urusan la, kalau setakat tanya khabar tu, kenapa tak suruh dia tanya khabar ibu dia dulu ke, nenek dia dulu ke, adik perempuan ke dll la. Memang masa ni la, general syaitan tahap berapa entah akan datang hasut kita tanpa kita sedari. Saya pun pernah 'terjerat' suatu ketika, tetapi teringat dengan pesanan ustazah zubidah. Pesanannya masih terngiang-ngiang di telinga ni. 
"Kalau kita jaga diri kita dari sekarang, takde hubungan dengan mana-mana ajnabi. InshaAllah jodoh kita juga macam tu. Kalau kita dari sekarang duk main mesej-mesej dengan ajnabi, jangan marah dkat suami kita andai diorang sendiri duk mesej dengan perempuan lain selepas kahwin. Nak ke?", kata-kata yang pernah menusuk dalam kalbu ni. 
Cuba jangan ambil masa terlalu lama untuk fikir tentang hal ni, nanti tak pasal-pasal kena kena suntika parafin dari general syaitan. InshaAllah setiap apa yang kita lakukan terselit hikmahnya di situ. Kita akan sedar hikmahnya sutu hari nanti dengan berkat rahmatNya. Ingatlah pesanan terakhir dari Kekasihmu khas untukmu dan diri ini 

"وعسى ان تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى ان تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وانتم لا تعلمون " 
Maksudnya: "Boleh jadi kamu tidak menyenagi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak ketahui."
Al-baqarah ayat 216
Ingat. Maut tidak mengenal waktu dan usia. Sama-sama kita menuju ke alam yang baru. Iaitu alam hijrah.

 سيروا على بركات الله

Tuesday, January 19, 2016

MINION BE LIKE COMPANION

Bismillah. 

Cuba meluangkan sedikit masa untuk berceloteh dan berkongsi kegembiraan. Walaupun tiada siapa yang hairan tentang post ni. Ok. Ingin saya sumbatkan kegembiraan di dalam hati anda bahawa 

BERSAHABAT KERANA ALLAH SANGAT MANIS. IBARAT MANISNYA BUAH STRAWBERI YANG BARU DIPETIK DARI LADANG. 

Dengan diiringi background music blog ini. Pinjamkan saya mata dan minda supaya dapat melihat dan membaca dengan penuh khusyuk tanpa sebarang gangguan dari syaitan.

Ya. bertepatan dengan kata-kata yang di bold di atas. Dengan ini, suka saya untuk berkongsi bahawa sahabat kerana Allah sangat manis, kalah madu. *ayat skema sikit*



Pernah baca or terlihat kat somewhere x perkataan ni "belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu". Ada tak? Paling tak pun pernah dengar la tu pun samar-samar je kan. Baiklah. Andai kata anda dah cuba bersahabat kerana Allah tapi takde rasa pape pun. BOHONG. Segeralah bertaubat. 

Allah murka kepada orang yang menyampaikan sedangkan mereka tidak mengerjakannya.

Pesanan dariku untukmu, duhai sahabat. 

Tatkala diri ini rebah, bantulah untuk memapahku. 
Tatkala diri ini hanyut, bantulah aku untuk sedarkanku. 

Dan sesungguhnya;

المؤمن مراءة المؤمن
Maksudnya: Seseorang mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain.

Ingatlah sahabat, 
sahabat yang ikhlas bersahabat yang hanya mam[u mengecapi nikmat bersahabat itu sendiri. 

Tanpamu sahabat, mana mungkin aku bisa tersenyum. 
Tanpamu sahabat, mana mungkin aku bisa meraih kegembiraan. 

Mungkin terkadang aku sering melukakan hatimu, 
Manusia. Mana mungkin lari dalam melakukan kesilapan dan sesungguhnya manusia itu juga pelupa.
Jadi, dengan rendah diri *walaupun ketinggianku mencecah tiang letrik ;)* aku memohon keampunan di atas kekhilafanku sepanjang bergelar sebagai sahabatmu. 

Akhir kalam, ingat pesanan akhirku. 

Perjuangan kita sebagai bukan setakat baca, ingat, faham, fikir, amal, dan sebar Al Quran sahaja bahkan bukan pada nama atau gelaran. Tetapi perjuangan sebenar kita adalah untuk memiliki darjat Syurga yang paling tinggi iaitu Syurga Firdaus.


سيروا على بركات الله

SANGKA BAIK VS SANGKA BURUK

Bismillah.

Ya. Yakinlah bahawa percaturan Allah adalah yang terbaik. Memang tak dapat sangkal lagi. Walaupun kadang-kadang sangat perit untuk kita terima sesuatu kebenaran tersebut tetapi yakinlah bahawa setiap apa yan berlaku pada diri kita adalah mengikut kehendak Allah dan setiap yang diatur terselit hikmahnya yang tersendiri. Hikmah? Mungkin kita takan tahu tentang sesuat hikmah disebalik kejadian yang menimpa kita andai kita tidak berfikir sejenak.

*****

Banyak benda yang saya belajar hari ni. Walaupun kadan-kadang benda tu dah sering kita dengar dan baca kat mana-mana, tapi kalau benda tu tak jadi depan mata kita, kita takkan percaya. *saya la bukan kita*. Mungkin kadang-kadang dah jadi lumrah dalam kehidupan segelintir manusia. Husnudzon dan Suudzon. It's mean, bersangka baik dan bersangka buruk.

Duhai sahabatku yang saya kasihi. Jangan pernah sesekali terdetik dalam hati kita untuk bersangka buruk terhadap ibu bapa, ok? Cuba belajar dari kesilapan andai pernah terdetik dalam hati yang dijaga oleh Penjaga. Setelah seharian berlalu, baru saya terfikir bahawa bersangka buruk tidak memberi apa-apa faedah kepada diri bahkan menambah rasa resah dan gundah dalam diri. 

Betul. Cuba bersihkan balik hati kita dengan istighfar kerana
استغفار يظهر القلب 

Hari ni. Saya telah melakukan kesilapan yang cukup besar bagi saya dan saya anggap ini adalah salah satu teguran Allah kepada saya. Agar saya lebih positif dan lebih matang dalam berfikir. Jadikan kisah ini sebagai teladan dan pengajaran dalam hidup. 

Ya. Hari ini merupakan hari kelahiranku *mengikut kalendar masihi*. Seawal pagi hari lagi saya bangun untuk siapkan diri ke kelas jahitan. Abah dengan segera bergegas ke tempat kerja. Berkecil hati? Agaklah. Tanpa menoleh ke arahnya, saya menyuapkan baki roti yang telah dimakan sedikit demi sedikit. Tanpa bersalam lagi, saya terus ke bilik untuk bersiap. Dalam hati kecil ini berkata "Abah takkan ingat hari ni hari apa. Sibuk kerja. Tak pernah nak luang masa dengan anak-anak." Hatiku merintih. Sakit. Tapi abah. Tabah. 



Selesai kelas jahitan. Hati makin tersenyum kerana van pos laju di dalam pekarangan rumahku. Hati semakin riang dek kerana ummi menghulurkan sebidang kain yang memang cukup untuk menggembirakan hati ini. Lalu, kelopak mata membenarkan sejenis air yang suci lagi menyucikan singgah diantara kelopak mata atas dan bawah. 

Ummi mulakan ceritanya dengan menyuruhku untuk berterima kasih kepada abah kerana dia tidak lupa akan hari ini dan menghulurkan beberapa not fulus untuk dibelanjakan untukku. Hati mula sebak *muka still control ayu* . Kesudahannya. Cukup indah untuk diceritakan. Biarkannya menjadi rahsia kami dan Allah. 

*****

Allah. Memang. Memang aku tak layak untuk SyurgaMu. Namun tak upaya untuk aku ke nerakaMu. Aku terlalu memndangkan kesempurnaan sehinggakan aku tidak bersyukur dengan nikmat yang telah Allah bentangkan di hadapan mataku. Aku buta. Ya. Itu yang sesuai, yang sesuai untuk aku melabelkan diri aku pada waktu itu. Tapi, aku bersyukur. Kalu bukan kerana begitu dan begini, aku takkan dapat berfikir dan belajar dari kesilapan. Juga aku takkan dapat kongsi pengalaman hari bermakna ini dengan oran yang cukup bermakna. Iaitu ummat Muhammad. 

Dengan berbekalkan semangat yang dituplam kembali oleh ummi. Terima kasih ummi kerana memahami diri ini. Siapa kita untuk judge ibu bapa kita selagi mereka hidup berlandaskan syara'? 
Cuba iltizamkan dalam diri supaya lebih berfikiran positif dengan bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya. Syaitan sentiasa menyesatkan ummat Nabi Muhammad. Takkan kita nak layan je syaitan. Sampai bila? Tepuk dada tanya iman.

سيروا على بركات الله


Friday, January 8, 2016

ASAS MAKANAN HATI

Bismillah

Hati jika tidak dituai dengan ilmu, hidup tidak akan sempurna. Hati tanpa ilmu ialah hati yang sakit. Begitu juga manusia yang perlukan makanan harian untuk hidup. Tanpanya kematiannya sudah pasti. Bukankah penuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim? Bukti? Nah! 


Rasulullah SAW bersabda:
طلب العلم فريضة على كل مسلم
Maksudnya: menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap Muslim 




Kalau nak difahamkan konsep ilmu ni, perlu mendalaminya dengan lebih lama. Banyak perkara yang dijadikan di muka bumi ini yang dapat ketahui melalui ilmu. See? Besarkan peranan ilmu? So, kalau kita setakat nak bahas tentang agama kalau tanpa ilmu memang ke laut la jawabnya. 

الدال على الخير كفاعله
Maksudnya: orang yang menunjuk ke jalan kebaikan sama seperti mengerjakannya. 

Saya suka dengan kata-kata yang dipetik dari kitab Bimbingan Mu'minin ini. Tapi kalau salah konsep, itu yang bahaya. Banyak benda yang kita boleh sangkal dengan akal tentang ayat ni. Tapi dengan akal yang positif dapat merosotkan sangkalan negatif kita. So, jadikan kata-kata diatas as kita punya semangat untuk buat pahala.

Sebab?

Orang yang berilmu ni akan diangkat darjatnya di dunia dan di akhirat. Cuma, perkara itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. InshaAllah dengan hati yang bersih tanpa maksiat, manusia tersebut sedar akan kelebihan berilmu. Pernah dengar atau terbaca kata- kata ni?


العلماء  ورثة الأنبياء
Maksudnya: para ulama' itu adalah warisan para nabi. 

Dah terang lagi bersuluh martabat nabi tu pun dah tinggi. Apatah lagi kalau disamakan dengan para ulama'. See? Punyala tinggi darjat para ulama' ni disamakan dengan nabi. Jangan salah faham tau. Para ulama' itu adalah para penuntut ilmu. Ulama' mufradnya ialah ilmu. Ulama' dalam keadaan jamak, so orang yang mempunyai banyak ilmu. *melencong kepada nahu bahasa arab la plak*

Ku seru. Wahai penuntut ilmu. Janganlah kamu membazirkan waktumu dengan perkara sia-sia. Begitu juga diriku. Yang hanya menulis dan inshaAllah dalam proses istiqamah dalam perubahan. Jadi, disini ingin ku suntik semangatmu dengan sedikit vaksin supaya dirimu menjadi seorang penuntut yang berjasa kepada diri juga kepada orang lain. *terlebih dos*

Hari ni je. Saya belajar banyak benda. Walaupun benda ni dah banyak kali kita dengar tapi baru hari ni saya baru sedar. Kita tidak akan peroleh ilmu tanpa belajar dari kesilapan. Tapi. Satu soalan yang pernah bermain-main dalam fikiran saya.

Kenapa kita sebagai rakyat Malaysia ni malu untuk bertanya? Dan malu kalau buat silap? Dan suka mengejek kalau orang buat silap?

Jawapan berdasarkan spekulasi sendiri ialah " ouh. Diorang semua dengki kat aku." Dan entahlah. Kadang-kadang benda tu semua flow keluar ikut telinga kiri. It's ok. Benda tu tak halang kita pun untuk hidup. Asalkan aku bahagia.

سيروا على بركات الله


Wednesday, January 6, 2016

PERMULAAN CABARAN

Bismillah. 

Setiap manusia takkan lari dari masalah. Kebiasaanya manusia cuba untuk menjauhi masalah tersebut tapi hakikatnya sejauh mana masalah itu akan terkedek-kedek keluar dari sereberum manusia? Yang jadi masalahnya. Masalah kecik pun boleh jadi besar. Sebab? Manusia sendiri yang perbesarkan masalah kecik.

Tanpa masalah, manusia takkan rasa manisnya hidup. Every cloud have a silver lining. Jadi apa yang perlu kita buat? D.U.I.T . Doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.


Saya taknak hurai panjang pasal masalah nanti makin bertambah masalah. Masalah yang sedia ada ni pun tak selesai lagi. Jap. Masalah ke ni? *fikir balik*

*****


Minggu orientasi. Yes. Benda tu dah jadi kebiasaan bagi budak-budak baru dengan pakaian baru, tempat baru, kenalan baru tapi muka still sama je. Harap-harap attitude 'baru' dan kearah yang lebih baik. 

Sebelum diorientasikan, saya akan mengorientasikan budak-budak lain dulu. Itu yang mungkin menjadi masalah sikit buat masa sekarang ni. Banyak benda nak kena fikir ni. Ye la. Alang-alang buat mesti nak yang terbaik kan. Takkan nak sia-siakan peluang depan mata dan takkan nak patah balik kot. 

Mungkin sahabat-sahabat saya yang dah daftar masuk ke Darul Quran-Uia pada waktu ni sedang berorientasi. So, selamat maju jaya. cc: Megat

Minggu orientasi Tahun 2011 takkan dapat dilupakan. Tengah-tengah bincang pasal orientasi kali ni, sedikit sebanyak kenangan-kenangan Tahun 2011 menerjah ke ruang sereberum ni untuk ditaksirkan. Rindu. Pengalaman diberi kepercayaan as 'penghuluwati' takkan pernah luput dalam ingatan. *ece. syok sendiri dah ni*. Kena cakap dengan dinding macam orang gila. Perasaan memang bercampur habisla. Nak nangis pun ada, gembira pun ada, marah pun ada. 

Kalu nak imbas balik sampai akhir tahun ni pun takkan ada penamatnya. Jadi, waktu tu saya belajar satu benda 
Nak jadi pemimpin bukan senang, dan nak jadi orang yang dipimpin juga bukan senang. Jadi cuba jadi diri sendiri yang mudah disenangi. 
Saya cuba pegang prinsip ni sampai sekarang. Walaupun saya bergelar seorang pemimpin, saya berazam untuk jadi orang yang mudah disenangi oleh orang lain. Dan percayalah pada diri sendiri bahawa tiada yang mustahil sehingga kita berusaha mencuba perkara yang mustahil. 

So, peluang untuk berjasa kepada ummat sedang terpampar depan mata. Tunggu masa untuk di 'ngap' je. Betulkan niat. Positifkan minda. Semua benda boleh settle. 

*****
Buat adik-adik yang bakal melangkah ke alam baru:

Disini bermulanya segala kisah
Kita bersama mengaharungi susah payah
Dengan pelbagai ujian yang bakal menerjah
Sehingga tiada noktah
Disini bermulanya suatu kekuatan
Kuatnya seseorang kerana keimanan
Dari keimanan bercambahlah pemikiran 
Yang dapat menuntun segala harapan
Disini bermulanya segala kebahagiaan
Yang mencoretkan segala kenangan 
Daripada permusuhan menjadi persahabataan
Yang takkan pernah dapat dilupakan
Dalam ingatan

Salam perkenalan. Semoga dapat meningkatkan segala amalan. Untuk dihitung pada hari pembalasan.


سيروا على بركات الله

Friday, January 1, 2016

CINTA TIDAK BUTA

Bismillah.

Sedikit perkongsian untuk membuktikan cinta Allah kepada hambaNya adalah melebihi segala-galanya. Mungkin kadang-kadang kita sebagai hamba Dia tak perasan tentang hal ni. Ketahuilah sahabat-sahabatku bahawa sejahat-jahat dan seburuk-buruk mana pun diri kita. Allah tetap sayang kita. 

Al-kisahnya.

*****

Selesai interview untuk pengambilan ustazah sementara. *menunggu result SPM*
Dengan harapan yang tidak berapa nak tinggi dengan jawapan yang kurang sesuai dengan soalan yang diajukan. *tapi hati kepingin ingin mencuba untuk mencari lebih pengalaman di samping mencari pendapatan sendiri*

Setelah beberapa minggu.

Keputusan untuk interview sudahpun diketahui masing-masing. Kecuali seorang hamba. Harapannya tidaklah segunung Kinabalu apatah lagi Gunung Everest. Hanya tersenyum. Walaupun di sebalik hempedunya terdapat seketul darah yang agak terluka. *mungkin Allah nak bagi aku lebih dari ini*. 
Setelah diperiksa telefon bimbit milik ummi, abah dam miliknya hatinya cuba bersangka baik dan mengadu kepada Allah. Allah. Ada hikmah di sebalik semua ini kan?

Masuk bilik. Buka buku. Baca buku sambil landing atas katil. Fikiran masih merayau-rayau keluar dari alaf buku. 

Tok tok. Kedengaran daun pintu bilik dibuka perlahan. Oh ummi. 

"Sabarlah. Allah tahu yang terbaik. Allah nak awak rehat banyak lagi la tu. Habiskan urusan satu persatu. Nanti manage masa elok-elok. *tersenyum*" -ummi

"Terima kasih ummi." *tersenyum. Allah nak aku lebih dekat dengan dia*

Selang beberapa minit kemudian. Abah muncul. 

"Macam mana? Dapat tak? Takpe. Dia nak awak mengajar budak-budak kat rumah la tu. Esok kita pergi beli kerusi dan meja banyak-banyak letak kat luar. Awak mengajar budak-budak tu ok. Dah la tu. Jangan ambil hati sangat. *tersenyum*"-abah

Dalam diam, hatiku merintih. 

Allah. Mereka sayang aku. Walaupun hal ni bagiku tidaklah seserius keputusan ujian peperiksaan besar mahupun percubaan. 

Kasih sayang mereka jelas terpancar di hadapan mataku. Apatah lagi kasih sayang Allah yang melebihi kasih sayang ibu bapa. Allah rindu aku. 

*****

Berdoalah agar diberi kesabaran dan ketabahan hati dalam menghadapi ujian Allah. Tahun baru. Ujian baru. Awal tahun baru dah diberi ujian. Tetapi ujian ini tidak sedahsyat ujian yang menimpa nabi-nabi dan para auliya' pada zaman dahulu. Semoga dapat mengambil ibrah daripada ujian-ujian yang bakal ditempuhi pada tahun ini. 

ان اكرمكم عند الله اتقاكم
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang bertaqwa
(Al-Hujurat: 13)
 Semoga pada tahun baru masihi ini dapat kita tingkatkan lagi amalan-amalan yang tertangguh pada tahun-tahun lepas. Selit pada hati bahawa 

Mati itu pasti 
Cuma pada waktu yang tidak pasti
Untuk mendapatkan Syurga yang hakiki

SELAMAT TAHUN BARU 2016

سيروا على بركات الله

 
Editor by Aikaito|Share Digalakkan|Don't Be Rude