Bismillah.
Setiap manusia takkan lari dari masalah. Kebiasaanya manusia cuba untuk menjauhi masalah tersebut tapi hakikatnya sejauh mana masalah itu akan terkedek-kedek keluar dari sereberum manusia? Yang jadi masalahnya. Masalah kecik pun boleh jadi besar. Sebab? Manusia sendiri yang perbesarkan masalah kecik.
Tanpa masalah, manusia takkan rasa manisnya hidup. Every cloud have a silver lining. Jadi apa yang perlu kita buat? D.U.I.T . Doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.
Saya taknak hurai panjang pasal masalah nanti makin bertambah masalah. Masalah yang sedia ada ni pun tak selesai lagi. Jap. Masalah ke ni? *fikir balik*
*****
Minggu orientasi. Yes. Benda tu dah jadi kebiasaan bagi budak-budak baru dengan pakaian baru, tempat baru, kenalan baru tapi muka still sama je. Harap-harap attitude 'baru' dan kearah yang lebih baik.
Sebelum diorientasikan, saya akan mengorientasikan budak-budak lain dulu. Itu yang mungkin menjadi masalah sikit buat masa sekarang ni. Banyak benda nak kena fikir ni. Ye la. Alang-alang buat mesti nak yang terbaik kan. Takkan nak sia-siakan peluang depan mata dan takkan nak patah balik kot.
Mungkin sahabat-sahabat saya yang dah daftar masuk ke Darul Quran-Uia pada waktu ni sedang berorientasi. So, selamat maju jaya. cc: Megat
Minggu orientasi Tahun 2011 takkan dapat dilupakan. Tengah-tengah bincang pasal orientasi kali ni, sedikit sebanyak kenangan-kenangan Tahun 2011 menerjah ke ruang sereberum ni untuk ditaksirkan. Rindu. Pengalaman diberi kepercayaan as 'penghuluwati' takkan pernah luput dalam ingatan. *ece. syok sendiri dah ni*. Kena cakap dengan dinding macam orang gila. Perasaan memang bercampur habisla. Nak nangis pun ada, gembira pun ada, marah pun ada.
Kalu nak imbas balik sampai akhir tahun ni pun takkan ada penamatnya. Jadi, waktu tu saya belajar satu benda
Nak jadi pemimpin bukan senang, dan nak jadi orang yang dipimpin juga bukan senang. Jadi cuba jadi diri sendiri yang mudah disenangi.
Saya cuba pegang prinsip ni sampai sekarang. Walaupun saya bergelar seorang pemimpin, saya berazam untuk jadi orang yang mudah disenangi oleh orang lain. Dan percayalah pada diri sendiri bahawa tiada yang mustahil sehingga kita berusaha mencuba perkara yang mustahil.
So, peluang untuk berjasa kepada ummat sedang terpampar depan mata. Tunggu masa untuk di 'ngap' je. Betulkan niat. Positifkan minda. Semua benda boleh settle.
*****
Buat adik-adik yang bakal melangkah ke alam baru:
Disini bermulanya segala kisahKita bersama mengaharungi susah payahDengan pelbagai ujian yang bakal menerjahSehingga tiada noktahDisini bermulanya suatu kekuatanKuatnya seseorang kerana keimananDari keimanan bercambahlah pemikiranYang dapat menuntun segala harapanDisini bermulanya segala kebahagiaanYang mencoretkan segala kenanganDaripada permusuhan menjadi persahabataanYang takkan pernah dapat dilupakanDalam ingatan
Salam perkenalan. Semoga dapat meningkatkan segala amalan. Untuk dihitung pada hari pembalasan.
سيروا على بركات الله
No comments:
Post a Comment